[ 11 ]

293 27 0
                                    

10 . June . 2010

10.00 a.m.

" Min Yoongi! "

Yoongi pantas berlari anak menuruni anak tangga. Mana taknya, sudah masuk kali ke sepuluh Shinah jerit nama Yoongi tetapi budak itu tidak turun-turun lagi.

Setiba di hadapan pintu, kelihatan Shinah sudah berdiri sambil mencekak pinggang memandangnya. Yoongi tersenyum kecil sambil menggosok-gosok belakang tengkuknya.

" Bersiap mengalahkan yeoja! " perli Shinah lalu melanglah keluar dari perkarangan rumah.

Yoongi sempat menangkap Jimin yang masih lagi menikmati jus oren di dapur itu.

" Yah. Ppali wa. " ujar Yoongi sambil membaling kusyen sofa ke arah Jimin.

Jimin yang tersedak itu menepuk-nepuk dadanya. Yoongi pula pantas sahaja menyarungkan selipar pada kakinya lalu melangkah keluar dari perkarangan rumah. Pintu kereta dibuka lalu badannya membolos masuk ke dalam kereta.

" Hm.. Hyung dah mula terima aku ke? " soal Jimin sendirian dengan senyuman.

Sejak dari hari di mana dia sakit, Jimin perasan bahawa perangai Yoongi sudah serba sedikit berubah. Mungkin Yoongi masih dalam proses untuk menerima Jimin dalam hidupnya.

♡♡

10.30 a.m.

" Ha, korang pilihlah nak beli baju apa. Omma tunggu dekat cafe seberang jalan
tu. " ujar Shinah lalu dia melintas jalan menuju ke Spring Café yang terletak di seberang jalan.

Sengaja Shinah mengajak Yoongi dan Jimin keluar berjalan-jalan. Memandangkan dia baru memperoleh gajinya, dia mahu membelanja Yoongi dan Jimin masing-masing sepasang baju baru.

Yoongi membelek-belek sehelai hoodie berwarna hitam yang menarik perhatiannya. Hoodie tersebut tertulis RETRO padanya.

" Jimin, lawakan hoodie ni? " soal Yoongi sambil mengangkat hoodie itu agar Jimin dapat melihatnya.

Jimin menjengketkan sedikit kakinya agar dapat melihat hoodie itu dengan lebih jelas. Al-maklumlah, dua-dua pendek hm..

" Ha lawa-lawa! Kalau hyung pakai mesti nampak smart! " puji Jimin sambil membuat thumbs up pada Yoongi.

Yoongi tersenyum mendengar pujian Jimin. Jimin yang nampak senyuman dari Yoongi turut merasa gembira. Seumur hidupnya, itulah kali pertama Yoongi senyum padanya.

" Okaylah, aku beli hoodie ni. " kata Yoongi akhirnya membuat keputusan.

Yoongi mengambil hoodie itu dari gantungan lalu menuju ke arah kaunter

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yoongi mengambil hoodie itu dari gantungan lalu menuju ke arah kaunter.

" Hyung! Cuba tengok hoodie ni, sesuai tak dengan Chim? " soal Jimin pula meminta pendapat dari Yoongi.

#2 brother  [ C ]Where stories live. Discover now