11. June . 2010
10.00 a.m.
" Okay kelas, saya nak ke tandas sekejap. Siapkan nota. Nanti saya akan check. " ujar Mr Jee, guru mata pelajaran Sivik mereka.
Sekelas menganggukkan kepala masing-masing kecuali Yoongi , Hoseok dan Namjoon. Masing-masing diam membeku.
Sebaik sahaja Mr Jee keluar dari kelas, Namjoon terus mengetuk-ngetuk mejanya menggunakan mata pen nya. Bunyi bising dari Namjoon menaikkan amarah Yoongi.
" Woi, kau tak reti diam ke ha? " soal Yoongi. Namjoon yang duduk di barisan belakang itu dijelingnya sekilas.
Namjoon tersenyum sinis. " Aku tak reti diam tapi aku reti jaga ahli keluarga aku. " balas Namjoon.
Yoongi mengangkat wajahnya. Tangannya yang tadi ligat menulis nota itu berhenti dari perlakuan itu. Wajahnya perlahan-lahan menoleh ke belakang dan tertancap pada Namjoon yang masih tersenyum sinis itu.
" Apa kau cakap? " soal Yoongi sambil menyilangkan kedua-dua belah tangannya.
Namjoon memandang Yoongi dengan sebelah kening yang dinaikkan. " Tak sangka kau dah pekak. Mungkin balasan sebab kau tak reti jaga dongsaeng sendiri. " ujar Namjoon.
Hoseok menelan liurnya. Dapat dirasakan bahwa pergaduhan akan tercetus sebentar lagi.
Yoongi tergelak kecil. Senyuman sinis dihadiahkan pada Namjoon.
" Berapa kali aku nak cakap yang dia bukan dongsaeng aku? Aku anak tunggal! " ujar Yoongi. Mejanya dihentak kuat membuatkan satu kelas yang riuh rendah sebentar tadi, senyap serta-merta.
Namjoon bingkas bangkit dari duduknya lalu memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluar. " Aku malas nak cakap dengan orang berlagak macam kau. Baik aku keluar dari kelas ni, pergi lawat dan jaga Jimin. " ujar Namjoon.
Langkahnya diatur keluar dari kelas dan menuju ke bilik perubatan yang menempatkan Jimin yang kesakitan akibat dibelasah itu.
" A-aku nak ikut! " ujar Hoseok lalu pantas dia bangun dan mengejar Namjoon yang sudah jauh ke hadapan.
Naik turun nafas Yoongi dibuatnya. Rata-rata pelajar di kelasnya memandangnya dengan pandangan jijik membuatkan amarah Yoongi semakin membuak-buak. Kedua-dua belah penumbuknya dikepal erat.
" Sial lah! " jerit Yoongi sambil meramas rambutnya kasar.
♡♡
12.15 p.m.
" Jimin? "
Hoseok pantas bangun menghampiri Jimin yang perlahan-lahan cuba membuka kelopak matanya itu. Namjoon keluar sebentar untuk membeli roti buat mereka kerana mereka ingin menjaga Jimin sepanjang hari. Malas masuk ke kelas.
" Hoseokkie hyung? " Jimin cuba memegang tangan Hoseok tetapi tangannya terlalu lemah untuk memegang sesuatu.
Hoseok mengeluh kecil dan mengukir sekuntum senyuman. Sedih sebenarnya melihat Jimin yang ceria menjadi sakit sebegini.
" Hyu-hyung.. Yoongi hyung eodiseo? " soal Jimin. Anak matanya melilau mencari kelibat Yoongi di sekitar bilik perubatan itu tetapi tiada tanda-tanda yang Yoongi ada di sana.
" Yoongi tak ada. " balas Hoseok. Bibirnya dicebikkan. Geram. Nasib baik sahaja Jimin tidak dengar apa yang Yoongi katakan pagi tadi.
YOU ARE READING
#2 brother [ C ]
FanfictionStart [ 27 . 12 . 2018 ] End [ 27 . 12 . 2018 ] " No one would understand you more than your brother. " " The only moments that I kept in mind is the moments when you smile and praise me although you hate me. " " Whatever happens , you are still m...