_____
sampai sahaja di hadapan rumah ku, taehyung terus berhenti kan keretanya betul-betul dekat depan pagar rumah aku
" okay byㅡ "
" nanti aku datang rumah kau "
" nak buat apa ? "
" pergi taman "
" ala saya malasㅡ "
" no more excuse ! kau siap-siap then aku ambik arraseo ?! pakai lawa-lawa sikit jangan pakai selekeh macam nak mintak sedekah ", sindir taehyung. aku pulak dah mencebik. apa dia ingat aku ni tak pandai nak bergaya ke ?
memang lah aku ni perangai serupa jantan tapi aku pandai k bab-bab bergaya macam perempuan !
" hm yelah ! ", aku terus menolak pintu keretanya untuk keluar. belum sempat aku nak keluar, tangan aku ditarik
aku terus mendengus geram
" haish ! nak apa lagi ?! "
" cepat sikit siap tu. kejap lagi aku dah sampai kau baru terhegeh-hegeh nak siap ", aku mengangguk malas
" aish tahulah ! ", baru sahaja aku hendak bangun untuk keluar dari keretanya, sekali lagi tangan aku ditarik sehinggakan kepala aku terhantuk
aish dia ni ! aku tendang kang !
" apa lagi !!? "
" hehe mian. nak kiss boleh ? ", taehyung terus mengajukan pipinya di hadapan ku
aku tersenyum sinis. nak kiss sangat kan ?
PPAK !
pipinya terus aku tepuk dengan kuat sampai berbekas. taehyung pula sudah merenung aku dengan renungan mautnya
" apa ? tu kan kiss jugak. tapi kiss tangan. kbye ! ", kalini baru aku boleh keluar dari keretanya. kalau tak, asik kena tarik je !
dia ingat ni acara tarik tali masa hari sukan tu ke ?
_____
" yah bae jinyoung ! duduklah ! appa tengok kamu ni asik mundar-mandir je ! ", ujar tuan bae sambil memandang ke arah anaknya yang dari tadi mundar-mandir di hadapannya
" HAA ! appa ! kenal song hyejin ?! ", terhinjut bahu tuan bae apabila disergah oleh anaknya sendiri. mujur sahaja dia tidak ada penyakit jantung kalau tak dah kiok dah dia kat situ
fyi kiok tu mati k
" yah jinyoung ! kamu ni cuba cakap perlahan sikit ! terkejut appa tau tak !? ", marah tuan bae
" yelah yelah. appa, appa kenal tak song hyejin ? ", soal jinyoung dengan lemah-lembut, sopan-santun dan ayunya
" mestilah appa kenal dia anak kepada kaㅡ ahh maksud appa, mestilah appa kenal ! appa kan pengetua ", balas tuan bae kepada anak tunggalnya itu
jinyoung pula sudah melompat di hadapannya itu
" YESSS ! APPA LAH HERO JINYOUNG ! appa, appa ada tak maklumat diri hyejin ? ", soal jinyoung lagi
" kalau ada pun kamu nak buat apa ? ", jinyoung mendengus geram. pantang betul dia apabila ditanya soalan, dijawab dengan soalan
" hish, adalah ! "
" ada. kat pejabat ", jawab tuan bae selamba. terus jinyoung menghentakkan kakinya. tanda protes
" alaaaa appa.... ish appa ni tak membantu lah ! okaylah jinyoung tarik balik kata-kata jinyoung yang appa ni hero jinyoung hmph ! ", jinyoung mencebik. tangannya pula disilangkan ke dada. mukanya juga turut dipalingkan ke tempat lain. merajuk
" hm okay macam ni. appa memang tak ada maklumat diri hyejin tapi nombor telefon dia appa adalah ", jinyoung kembali memandang ke arah appanya dengan muka yang berseri-seri sambil senyuman hingga ke telinga menghiasi wajahnya
dia kat rumah memang gedik, kat sekolah acah macho taik hanjing puih !
" haa appa appa ! nak nombor telefon dia ! ppali ppali ! ", tuan bae terus mengeluarkan handphone nya lalu dia berikan kepada jinyoung
" carilah nombor dia sendiri ", ujar tuan bae
" baik bosㅡ ", baru sahaja jinyoung hendak menaiki tangga untuk ke biliknya, puan bae terus menegurnya
" apa bising-bising tadi ? omma tengah masak pun terkejut dibuatnya ", ujar puan bae
" hehe takde pape ", sengih jinyoung lalu terus dia berlari menaiki tangga menuju ke biliknya
lepas hilang sahaja kelibat jinyoung, puan bae terus memandang ke arah suaminya
" waeyo yeobo ? ", soalnya kepada suaminya
" anak awak tulah sibuk sangat nak nombor telefon hyejin ", balas tuan bae
" OMO ! hyejin anak si hyekyo ke ?! ", soal puan bae teruja. yelah, omma hyejin dan omma jinyoung kan kawan baik, memanglah dia teruja. cuma anak-anak mereka je yang tak tahu lagi
" haah, song hyejin. dia baru je masuk sekolah tadi ", ujar tuan bae. puan bae pula sudah menepuk tangannya
" awak dah kenapa tepuk tangan ? ", soal tuan bae
" mestilah saya tepuk. ni berita gembira ni ! kita boleh jodohkan mereka berdua dan saya juga boleh berbesan dengan hyekyo ! ", ujar puan bae dengan nada teruja
" omo ! bagus jugak tu ! saya tengok budak hyejin tu pun baik je orangnya. mana tahu mungkin dia seorang sahaja yang boleh tahan dengan perangai anak kita tu ", kalini tuan bae juga turut sama teruja
puan bae terus tersenyum manis sambil menganggukkan kepalanya terhadap kata-kata yang diberikan oleh suaminya itu
to be continued
ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ
segala vote dan comment, amat dihargai ♡
YOU ARE READING
Crush Aku Si Mulut Puaka : Bae Jinyoung
Fanfic𝟐𝟎𝟏𝟗 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 ♡ first love || crush || enemy || married || love ♡ ❥ when the first we met, I already fallen for you but are we fate each other ? 【C o m p l e t e d】✔ Highest rank : #1 baejinyoung