CASMP ; 30

591 89 12
                                    

" yah ! song hyejin tunggu ! ", ujar jinyoung dengan nafas yang tercunggap-cunggap

hyejin yang sedang berjalan menuju ke taehyung itu, sempat menoleh kebelakang. nampak sahaja jinyoung berjalan mendekatinya, terus dia berlari lagi

berlari berkejaran seindah bunga di taman~

jinyoung yang nampak hyejin macam nak larikan diri darinya, dengan pantas dia berlari dan memeluk pinggang hyejin

hyejin terus terkaku apabila ada sepasang tangan yang memeluk pinggangnya

" nak lari mana hm ? nak pergi kat taehyung kau tu ? no way ! ", pelukan dipinggang hyejin semakin dieratkan bersama kepala yang disembamkan di bahu hyejin

hyejin tersentak. lantas, dia terus menyiku perut jinyoung

" akh ! sakitlah shibal ! "

" lepaskan kalau taknak kena lagi ", ujar hyejin ringkas

" no ! aku takkan lepaskan kau kalau kau nak pergi dekat si taehyung sunbae kesayangan kau tu ! "

" saya cakap lepas bae jinyoung. sebelum saya tendang tut tut awak tu ", mendatar sahaja suara hyejin kedengaran

" arra, aku lepas ! ish ! "

lerai sahaja pelukan jinyoung, hyejin terus memusingkan badannya kebelakang untuk melihat wajah jinyoung

" nak tanya ni. awak kenapa call saya tadi lepastu maki hamun saya ? "

" sebab aku sayang kau. asal tak boleh ? ke kau dah lebih sayangkan taehyung sunbae kau tu ? ", sindir jinyoung berserta senyuman sinis

" sayang ? maksud awak ? "

" okay aku mengaku. aku sayangkan kau. aku cintakan kau. HA puas !? "

hyejin terus tergamam. lidahnya terus menjadi kelu. dia tak sangka apa yang dikatakan jinyoung di dalam telefon dan sekarang ini adalah benar

ya dulu, dia pun mempunyai perasaan suka kepada jinyoung. tapi entah kenapa sekarang ni hati dia dah tawar

" err for the first and last aku cakap macam ni dekat perempuan kau tahu ! so, will you be my girlfriend ? ", ujarnya jinyoung dengan kepala yang menunduk. tangannya pula digenggamkan

" erk girlfriend ? whattheㅡ hm macam ni lah, kalau awak betul-betul nak sangat saya jadi girlfriend awak, ubah mulut awak yang puaka tu dulu. saya taknak mempunyai boyfriend yang puaka macam awak ", ujar hyejin lalu dia terus berlalu pergi meninggalkan jinyoung yang tercengang disitu

jinyoung mengepalkan penumbuknya. ya dia paling pantang sekali kalau ada orang yang reject dia ! kalau dia yang reject orang takpe lah ! ;--;

_____

tiba sahaja aku di buaian yang diduduki oleh taehyung, aku terus menghulurkan aiskrim kepadanya

" taehyung, nah aiskrim awak ! "

taehyung terus tersedar dari lamunannya lalu, aiskrim ditanganku dia ambil

" takde baki ? ", soal taehyung. aku terus memberikan wang untuk membeli aiskrim tadi kepada taehyung

" aik ? kau tak bayar ke aiskrim ni ? ", soal taehyung pelik sambil memandang ke arah wajahku

" ehh takdelah ! saya nak bayar tadi cuma pakcik tu cakap dia bagi free "

" ouh baguslah. jimat duit aku hoho ", ujar taehyung. selepas itu, dia terus menjilat aiskrim coklatnya

mata aku yang tadinya memandang ke arah taehyung, terus aku kalihkan ke arah aiskrim destiny kepunyaanku ini

aku teringat kata-kata yang diberikan oleh pakcik aiskrim tadi tu bahawa, warna aiskrim ini adalah sama warna dengan baju, rambut dan seluar jodoh aku

tapi masalahnya, warna aiskrim ni semua sama dengan jinyoung. takkan lah dia jodoh aku kutt !?

ergh no no ! itu hanyalah mitos semata-mata. takkanlah pakcik tu tukang tilik kut ?

tukang tilik jual aiskrim ? err pelik !

" uit ! termenung pulak ! makanlah aiskrim kau tu japgi cair kang ! ", teguran taehyung membuatkan aku tersedar dari lamunanku lalu, aku terus menganggukkan kepalaku kepadanya dan serentak dengan itu, aiskrimku dijilat

ermm sedapnyaaa~

to be continued
ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ
segala vote dan comment, amat dihargai

Crush Aku Si Mulut Puaka : Bae JinyoungWhere stories live. Discover now