04

4 0 0
                                    

Destiny

Bab 4

-----------------------------------------------------------

"Hati hati ye, Jungyeon! "

Tuan Kim melambaikan tangannya kearah Jungyeon yang melepasi pagar sekolah.

Jungyeon menoleh ke belakang lalu mengangguk sambil terukir senyuman manisnya. "Bye, papa! "

Kereta papanya hilang dari pandangan. Jungyeon mengeluh. Sekali lagi papa dia nak pergi luar negara.

Takdir dia memang selalu ditinggalkan ke?

Langkahnya diatur lemah ke kelas.

------

"Hai Jungkook! " Sapa gadis itu ceria.

Jungkook yang sibuk membaca buku mencebik. Bala dah datang.

"Kau nak apa? " Soal Jungkook malas.

Jungyeon berfikir seketika. "Saya nak senyuman manis dari awak! " Ujarnya dengan teruja.

Jungkook tergamam. Dia memandang gadis disebelahnya dengan dahi yang berkerut. "Motif? "

Jungyeon tersengih. "Saja..mesti awak nampak hensem masa senyum. " Gadis itu ketawa kecil.

"Macam ni? "

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Macam ni? "

Jungyeon tersenyum lalu mengangguk. "Comel plus hensemlah awak ni! "

Jungkook tersenyum mendengar pujian Jungyeon. TERSENYUM OK, TERSENYUM.

"Eh, awak suka eh saya puji awak? " Soal Jungyeon apabila melihat Jungkook tersenyum.

Jungkook terkejut lalu menggeleng. "Mana adalah! "

Gadis itu ketawa kecil. Pipi Jungkook memerah menahan malu.

"Heh, kau kata aku hensem plus comel. Habistu Taehyung tu apa? " Soal Jungkook ingin tahu.

"Hmm..Taehyung tu gentleman. Saya suka! Tapi, dia tak secomel awak. Kalau ikut kekacakan, dia menang dan awak kalah. Hehehe "

Jungkook mencebik mendengar jawapan Taehyung. Ya, memang tak dapat dinafikan. Taehyung tu memang terlalu hensem. Sebab tu ramai peminat. Tapi, Jungkook pun apa kurangnya. Dia pun ramai peminat.😏

"Awak dah siap kerja rumah Cikgu Yoongi? " Soal Jungyeon pada Jungkook.

Lelaki itu mengangguk. "Kenapa? Kau belum siap ke? "

"Taklah, saya saja je tanya awak. Hehehe " Gadis itu ketawa.

Dalam diam, Jungkook tersenyum bahagia.

------

"Kau rehat dengan Taehyung ke? "

Jungyeon yang baru hendak keluar dari kelas menoleh kearah Jungkook lalu menggeleng.

"Dia tak sekolah harini. " Riak wajah Jungyeon kelihatan sedih.

"Rehat dengan akulah. " Pelawa Jungkook.

Jungyeon memandang Jungkook teruja. "Yeke?! "

Jungkook mengusap lehernya lalu mengangguk perlahan. Rasa segan pula ajak perempuan makan dengan dia.

Lengan Jungkook dipaut gadis itu. "Hehehe terima kasih! "

Jungkook hanya mengangguk sambil tersenyum tawar.

------

"Jungkook, saya nak ke tandas sekejap. "

Aku memberitau Jungkook yang sedang rancak berbual dengan kawannya. Dia mengangguk.

Aku, apalagi. Terus ke tandaslah. Tak tahan dah nak terkencing ni.

------

Jungyeon keluar dari kubikel tandas setelah selesai membuang hajat. Dia menuju ke singki lalu mencuci tangannya.

Tiba tiba, terasa ada sepasang tangan cuba untuk mencekiknya.

Tanpa sempat Jungyeon menoleh, lehernya terus dicekik kuat. Mata Jungyeon melihat bayangan gadis yang mencekiknya melalui pantulan cermin.

"Kau ni dasar perempuan murah kan? Tak cukup dengan Taehyung, aku punya Jungkook pun kau nak ambik. Perempuan jenis apa kau ni? "

Cekikan pada leher Jungyeon dikuatkan membuatkan Jungyeon kehilangan nafas.

"Ahhh..le-lepaskan, saya t-tak boleh ber-nafas. " Rintih Jungyeon.

Gadis itu hanya ketawa sinis. "Matilah kau kat dalam tandas ni. "

Kepala Jungyeon dihentakkan ke dinding lalu gadis itu terus keluar dari tandas meninggalkan Jungyeon yang sudah terbaring lemah.

------

"Isy, mana Jungyeon ni? " Jungkook mengetap bibirnya risau akan ketiadaan gadis itu.

Dia fikir yang Jungyeon dah masuk kelas, rupanya dalam kelas pun takde. Bila tanya budak kelas sebelah, diorang kata diorang langsung tak nampak Jungyeon masuk kelas diorang harini.

Keluhan panjang dilepaskan. Mana perginya si Jungyeon ni? Buat dia risau je.

Tiba tiba dia teringat sesuatu. Segera dia bangun dari tempat duduknya lalu segera ke tandas pelajar perempuan yang berdekatan dengan kantin.


























🙃🙃🙃🙃🙃🙃
Hi gais.

DestinyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang