05

7 0 0
                                    

Destiny

Bab 5

-----------------------------------------------------------

"Jungyeon!! " Jerit Jungkook sebaik sahaja dia memasuki tandas perempuan.

Jungyeon yang terbaring lemah dengan darah yang mengalir banyak dari kepalanya didukung.

Segera gadis itu dibawa ke bilik kesihatan.

------

"Eh, Jungkook? Kenapa ni? " Soal guru yang menjaga bilik kesihatan.

"Err..kawan saya, dia pengsan dalam tandas tadi. " Ujar Jungkook cemas.

"Ha, bawak dia masuk dalam bilik tu. Bagi dia rehat. "

Jungkook mengangguk. "Err..boleh saya jaga dia? Saya risau kalau terjadi apa apa kat dia." Soalnya.

Cikgu itu mengangguk lalu tersenyum. "Boleh. Oklah, cikgu pergi dulu. "

Jungkook segera meletakkan Jungyeon keatas katil yang disediakan di bilik kesihatan.

Kotak kecemasan dicapai. Luka pada dahi Jungyeon dibersihkan.

Setelah selesai, kotak kecemasan tersebut diletakkan ke tempat asal semula.

Dia mendekatkan wajahnya pada wajah Jungyeon. Dahi gadis itu dikucup. "Cepatlah sedar, aku risau. "

Jungkook tersenyum lalu pergi ke kelas untuk mengambil begnya dan beg Jungyeon.

Nampaknya, dia terpaksa ponteng kelas untuk jaga Jungyeon.

------

"Ju-Jungkook? "

Lelaki yang sibuk membaca bukunya disebelah Jungyeon menoleh.

"Dah sedar? "

Jungyeon mengangguk lemah. "Saya kat mana ni? "

"Bilik kesihatan. Aku nampak kau pengsan kat dalam tandas. Siapa yang buat? " Soal Jungkook dingin.

Jungyeon mengetap bibirnya. "Sa-saya terhantuk kat dinding lepas tu terus pengsan. " Tipunya.

Jungkook ketawa perlahan lalu menutup bukunya. "Aku tak bodohlah, Kim Jung Yeon..kalau kau pengsan, dari mana datangnya kesan lebam kat leher kau tu? "

Dia pun baru perasan ada kesan lebam pada leher Jungyeon macam baru lepas kena cekik.

"Kenapa diam? " Jungkook pelik melihat Jungyeon yang kehilangan kata kata.

"Ada orang buat kau kan? " Soalnya sekali lagi.

Perlahan lahan, gadis itu mengangguk. "Tapi, saya tak kenal..mungkin, junior.. "

Keluhan panjang dilepaskan. Mesti salah satu daripada peminat fanatik dia.

"Takpe, aku boleh handle semua ni. Kau, lain kali jaga diri. Faham? "

Jungyeon mengangguk lalu tersenyum.

"Kenapa kau senyum? " Soal Jungkook pelik.

"Heheh saya gembira bila awak banyak cakap dengan saya. "

Jungkook hanya terdiam. Dia pun tak sedar yang dia ramah pulak dengan Jungyeon harini.

------

"Kau boleh ke balik sorang sorang? "

Jungyeon mengangguk laju. "Ya, saya boleh. " Dia tersenyum manis kearah Jungkook yang kelihatan risau.

"Hmm oklah aku nak balik. Aku pergi dulu. "

Jungyeon hanya memerhati sehingga kelibat Jungkook hilang dari pandangan.

"Hmm..awak tak tahu sisi lain saya. Saya lagi teruk dari awak, Jungkook. " Jungyeon tersenyum lalu berjalan kaki ke rumahnya.

------

"Hoi, perempuan!! "

Langkah Jungyeon terhenti. Segera gadis itu menoleh. Dia tersenyum manis.

"Apa awak buat kat sini? " Soalnya ramah.

"Aku dah kata kan, jangan rapat dengan Jungkook. Dia aku punya!! "

Jungyeon bercekak pinggang. Matanya memandang tajam kearah gadis yang berada dihadapannya.

Sempat dia memandang sekeliling. Takut ada orang nampak nanti, aniaya dia. Nasib takde orang.

"Awak lagi muda dari saya kan? Cubalah berlemah lembut sikit dengan senior awak. "

Gadis itu ketawa sinis. "Heh, senior lembik! "

Jungyeon tersenyum manis lalu mendekati gadis tersebut. Tangannya mengusap lembut kepala gadis itu.

"Jangan pandang rendah pada saya. " Ujarnya ringkas.

Gadis itu memandang Jungyeon pelik.
"Apa maksud kau ni? "

Jungyeon tersenyum sinis. Tangannya mencengkam kuat rambut gadis itu. "Aku kata, jangan pandang rendah pada aku. Sekali aku tumbuk kau, boleh pecah muka cantik kau ni. Aku jamin. "

Gadis itu mengadu kesakitan. "Eee..lepaslah! "

Cengkaman dirambut gadis itu dilepaskan. "Maaf, saya terkasar pulak. Awak baliklah, dah nak malam ni."

Jungyeon kembali kepada sikap asalnya. Gadis yang berlemah lembut dan ceria.

Gadis itu berlari meninggalkan Jungyeon yang tersenyum menang.

"Berani kau cari pasal dengan aku ya? Aku tahulah yang aku ni nampak lemah lembut. Tapi, aku tak lembiklah. " Gumam Jungyeon lalu mengatur langkah ke rumahnya.


















Hehe caner bab ni? Ok? Terasa rajin pulak nak update bebanyak.

🙃🙃🙃🙃

DestinyWhere stories live. Discover now