Satu senyuman terukir indah di wajah Seolhyun dan senyuman itu dihadiahkan kepada Jihoon
"Morning"
"Morning. Kau..."
"Sorry aku guna dapur kau tanpa kebenaran tapi aku cuma nak balas jasa baik kau"
"Jasa baik aku?"
"Yela. Kau kan biarkan aku tido kat sini, guna mesin pencuci dan pengering pakaian kau, pinjam hoodie kau. Oh ya! Aku dah cuci hoodie kau tu dan aku dah jemurkannya kat ampaian"
"Ouh"
"Makan la. Aku pergi dulu. Takut ada orang nampak aku keluar dari rumah kau mesti diorang fikir bukan². Aku tak nak rosakkan nama baik dan populariti kau. Bye"
Jihoon tidak berkata apa² tetapi terus duduk dan menikmati sarapan paginya. Sudah lama dia tidak merasakan sarapan di waktu pagi. Nak buat macam mana, ayahnya sibuk bekerja dan kadang-kala ke kelab malam. Dia pula mana tahu masak
Sebelum Seolhyun melangkah keluar dari pintu utama rumah Jihoon "Oh ya! Jihoon"
Jihoon berpaling kearah Seolhyun berada. "Bekal tu untuk kau" jari Seolhyun tunjuk ke arah bekal yang telah disediakan olehnya "Bawala ke sekolah. Jimat sikit duit kau. Hihi" Seolhyun keluar dari rumah itu dan berjalan menuju ke sekolah
Jihoon memandang bekal untuknya itu "Caring nya si singa ni. Aku ingat dia ni jenis nerd. Masakan dia pun sedap. Not bad la"
Tepat jam 7:25 pagi, Jihoon siap mengikat tali kasutnya dan bergegas ke sekolah. Bekal pun sudah dibawa olehnya
--
Di sekolah
Jihoon memasuki kelasnya dan duduk di tempat duduknya. Sejurus sahaja punggung Jihoon menyentuh kerusi, salah seorang pelajar perempuan kelasnya menegurnya
"Morning Jihoon" senyuman lebar perempuan itu dipandang oleh Jihoon. "Kau nak apa? Tak pernah² tegur aku pagi² buta camni" betul kata Jihoon tak pernah pula Jihyo menegurnya sepanjang mereka berada dalam kelas yang sama
"Kau tahu kan aku suka kau?" senyuman manis Jihyo bertukar kepada smirk
"So? Ramai perempuan suka aku"
"Date dengan aku"
"Never"
"Fine. Tapi macam mana kalau aku bagitau semua orang yang Seolhyun tidur kat rumah kau semalam? Entah apa la difikirkan diorang nanti" Jihyo senyum kepada Jihoon
Jihoon betul² terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Jihyo
.
.
.
.
.
.
TO BE CONTINUE...
YOU ARE READING
𝑶𝒖𝒓 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆 ➸ 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑱𝒊𝒉𝒐𝒐𝒏
RomancePark Jihoon seorang budak lelaki yang dapat melihat masa hadapan. Tiada sesiapa yang tahu tentang kuasa luar biasa yang dia miliki. Akan tetapi pada suatu hari, dia telah menyelamatkan seorang gadis dan membuatkan gadis itu berasa curiga dan ingin m...