Chapter 30

336 33 0
                                    

5 hari berlalu sejak kejadian itu berlaku dan Seolhyun langsung tidak kelihatan. Ara dan Chaera pergi ke rumah Seolhyun setiap hari lepas tamat waktu persekolahan untuk memastikan Seolhyun tidak apa²

Tetapi Seolhyun tidak pernah membenarkan dua orang kawan baiknya masuk untuk menjenguknya. Katanya dia hendak bersendirian dan tidak mahu diganggu

[Di taman sekolah]

Ara sedang berjalan ke situ sini sambil menggigit kuku ibu jarinya

"Ara, boleh tak kau duduk? Pening la aku tengok kau. Daripada tadi lagi jalan situ sini tak henti²" Chaera hanya menggeleng kepala melihat sahabatnya yang seorang ni

"Macam mana aku nak duduk? Termasuk harini dah 5 hari tau Hyun tak datang sekolah. Aku risau la" akhirnya Ara duduk disebelah Chaera

"Apa yang kau risaukan?"

"Macam mana kalau Seolhyun buat kerja gila? Argghh! Aku takut la Chae"

"Kerja gila? Maksud kau?"

"Kau tahu jela kerja gila. Telan pil tidur. Kelar tangan sendiri. Gantung diri. Terjun bangunan"

Chaera memandang Ara dengan muka yang terkejut "Kau ni.. Cuba la fikir logik sikit. Takkan la Seolhyun nak buat semua tu"

"Hei kalau kau terlampau stress boleh depress tau. Depress tula yang suruh kau buat semua tu sampai kau tak boleh fikir apa² dah"

"Yela aku tau la pasal tu"

Kriiiing!!

"Loceng dah bunyi tu. Lepas habis waktu belajar, kita pergi tengok dia. Kau jangan la risau sangat. Kan kau pula yang stress"

"K..."

Chaera dan Ara berlalu pergi menuju ke kelas mereka dan tanpa mereka sedari Jihoon terdengar perbualan mereka

--

[Di kelas 5-B]

Jihyo memandang Jihoon dengan senyuman yang lebar dan mendekati Jihoon

"Jihoon~"

Panggilannya langsung tidak dipedulikan oleh Jihoon

"Jihoon~ Kau..." Belum sempat Jihyo menghabiskan ayatnya Jihoon memotongnya dengan memakai earphone kerana tidak mahu mendengar apa² daripada Jihyo

"Park Jihoon!" suara Jihyo sedikit ditinggikan tetapi masih tidak dipedulikan oleh jejaka bernama Park Jihoon "Ugh! Fine!" Jihyo duduk kembali ditempatnya

Jihoon memandang belakang Jihyo yang sedang menghadapnya kemudiannya dia menjeling dan pandangannya beralih keluar jendela

Seolhyun... I'm so sorry

Fikiran Jihoon terlayang sambil lagu Spring Breeze by Wanna One dimainkan ditelinganya
.
.
.
.
.
.
.
TO BE CONTINUE...

𝑶𝒖𝒓 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆 ➸ 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑱𝒊𝒉𝒐𝒐𝒏Where stories live. Discover now