°
°"Yoori, kamu ni taknak sambung belajar ke?" soal Puan Seo
Yoori menayangkan muka seposennya "Yoori bukan taknak omma, yoori nak enjoy-enjoy dulu hehe"
Puan Seo mengeluh
"Iyalah omma tahu kamu nak enjoy dulu, tapi cubalah. Cari kerja ke?" kata Puan Seo lembut
Sudah berapa kali dia menegur anaknya itu, tetapi Yoori tetap dengan alasan yang sama. Enjoy.
"Tengok macam abang kamu tu, dia pergi sambung belajar dekat luar negara tahu" Puan Seo mula membangga-banggakan anak sulungnya itu
"Omma~ Yoori muda lagi lah omma~ Janganlah bandingkan Yoojin dengan Yoori" Yoori mencebik
Puan Seo mengeluh "suka hati kamulah Yoori, dah banyak kali omma pesan"
Yoori terdiam, mungkin berasa lega kerana Puan Seo sudah berhenti membebel
Puan Seo menuju ke dapur lalu mengimbas barang-barang di dapur.
"Yoori" panggil Puan Seo
Yoori yang sedang leka melihat tv bingkas bangun daripada sofa
"Ya omma, kenapa?" soal Yoori sambil mengerutkan dahinya
"Tolong belikan barang dapur" Puan Seo memberikan sekeping kertas kecil yang mengandungi bahan-bahan dapur yang perlu dibeli
Yoori membaca satu persatu perkataan yang ditulis oleh Puan Seo
"Banyaknya omma"
"Ada yang untuk harini, yang selebihnya untuk hari yang lain" terang Puan Seo
Yoori hanya mengangguk
"Nak pergi sekarang ke omma?" soal Yoori dengan muka naifnya
Puan Seo tersenyum "pergi tahun depan pun tak apa Yoori"
Setelah mendengar jawapan Puan Seo, Yoori tersengih. Mungkin dia sudah menangkap apa yang hendak Puan Seo sampaikan
"Okay-okay, Yoori pergi sekarang"
++
Yoori's
"Omma ni nak beli banyak-banyak buat apa, selalunya tak ada pula beli banyak macamni" rungut aku sendirian
Batu kecil yang ada di hadapan aku, aku sepak
Aku bukannya nak marah omma, cuma tabiat aku memang macam ni hehe
Setelah beberapa minit aku berjalan, sedar tidak sedar akhirnya aku telah sampai di pasaraya.
Okay Yoori, mari mulakan
(Skip)
Yatuhan beratnya barang-barang ni. Rugi betul aku tak pinjam kereta appa tadi.
Ah berjalan je lah, 1km je pun
Aku dengan gagahnya berjalan. Ini kalau boleh, aku dah boleh dapat abs dah ni.
BBUK!
Entah dari mana datangnya orang yang langgar aku ni. Aku dengan geram memandang lelaki tersebut. Tak nampak muka, yang aku nampak pun badan belakang dengan tangan je
Dengan selamba, dia blah macam tu je
"YAHHH!" jerit aku kuat
YOU ARE READING
[H] Neighbour • ksy
Fanfiction± apa kau rasa kalau parent kau jodohkan kau dengan jiran rumah sebelah? . . . Start : 31Dec2018 End : ---- ⓒchochoshi