"Act tak okay tapi disebabkan kau nak belanja, aku okay lah"
Soonyoung tergelak kecil. Tangannya ligat memotong daging lembu yang dibakar.
Soonyoung menghulur pinggan diisi daging lembu yang dipotong tadi kepada Yoori
"Nah makan lah"
"Gumawo"
Yoori menyuap sekeping daging ke dalam mulutnya.
"Wahh sedapnyaa~"
"Sedap kan? Dulu tempat ni pernah jadi tempat favourite aku" sambil Soonyoung bercakap matanya sekali sekala akan melihat Yoori.
"Pandai betul kau pilih tempat untuk makan" Yoori ketawa kecil sebelum dia menyumbat daging lembu itu kedalam mulutnya.
Soonyoung tersenyum
"Dulu aku pernah lah datang dengan kawan aku kat sini, tapi tu time kecil lah siap bertemankan family lagi. Maklumlah baru budak kan" Soonyoung mula membuka ceritanya.
Yoori hanya mengangguk
"Kawan kau sekarang mana?" soal Yoori
Soonyoung meneguk segelas s*ju yang telah dia tuang tadi di gelas kecil.
"Kitaorang terpisah" sambung Soonyoung
Yoori sekali lagi mengangguk. Entah kenapa dia rasa tertarik untuk mendengar kisah silam Soonyoung.
"Dah 14 tahun kitaorang tak contact. Yelah dulu kecil-kecil lagi mana ada handphone apa semua" Soonyoung tersenyum.
"Korang terpisah sebab apa?" soal Yoori ingin tahu. Kisah Soonyoung seperti ada benda yang dia nak tahu.
"Aku pindah atas urusan keluarga" Soonyoung tersenyum kelat
Yoori tersentak.
"K-kau punya cerita-- sama macam aku"
"Aku pernah ada sorang kawan ni, dia pun pindah atas urusan keluarga." sambung Yoori lagi
Yoori tersenyum sebaris lalu mukanya ditundukkan sedikit. Terpancar wajahnya yang benar-benar sedih apabila teringat akan kisahnya yang dulu.
Perbuatan Yoori terhenti sejenak lalu dia menyoal Soonyoung
"Urm kalau kau tak kesah, boleh aku tau nama dia?"
Soonyoung menarik nafas panjang
"M-maaf kalau menyebok, lupakan je soalan aku tadi" Yoori memandang ke bawah. Dia menguis-nguis hujung bajunya. Mungkin soalan yang ditanya agak melebih bagi Soonyoung
Soonyoung sekali lagi menarik nafas sebelum mengeluarkan perkataan yang sudah lama dia hendak katakan.
"Yoori. Seo Yoori"
Kepala Yoori lantas terangkat. Riak wajahnya menunjukkan bahawa dia benar-benar terkejut.
"H-hoshi?"
Soonyoung mengangguk perlahan. Mata Yoori berkedip-kedip seakan tidak percaya apa yang didengari.
Dunianya seakan terhenti apabila dia mengetahui hal yang sebenar. Lama kelamaan matanya mula bergenang dengan air mata.
+++
"Kenapa lama sangat kau datang?"
"Tau tak aku lama tunggu kau!"
"Aku dah ingat mustahil untuk aku jumpa kau lagi!"
"Aku hampir putus asa cari kau.."
Yoori menghamburkan kata-katanya yang telah lama dia pendam. Badannya yang sudah tidak stabil kerana minuman tadi berjalan tanpa sokongan.
"Ya aku tau.. aku minta maaf" Soonyoung ditepinya sudah berjaga-jaga. Jatuh nanti susah pula.
"Kau kejam" Yoori mula menangis. Emosinya yang sudah tidak stabil membuatkan Soonyoung terpinga-pinga
"Uljima~ aku minta maaf sangat-sangat. Kau kena tahu aku buat ni bersebab"
Yoori berhenti menangis dia memandang Soonyoung disebelahnya "Apa sebabnya?"
"Aku kena ambil masa untuk bagitahu kau. Kau pun tau kita ni baru je jumpa takkan dah nak buka cerita pasal ni."
Yoori memandang kedepan "Kalau aku tau Soonyoung ni kau, dah lama aku—"
Belum sempat Yoori menghabiskan kata-kata, badannya tersandar di sisi bahu Soonyoung. Mujur sempat ditangkap oleh Soonyoung.
"Yoori? Yoori? Seo Yoori?" panggilan Soonyoung tidak terjawab
Soonyoung menggelengkan kepalanya sebelum dia menggendong Yoori di bahunya.
❦❦❦
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.