๑ 10

94 12 5
                                    

Soonyoung memandang Yoori yang kaku. Dia sedang memandang tangannya yang dipegang oleh Soonyoung.

"Ahh mian" cepat-cepat Soonyoung lepaskan tangan Yoori dari genggamannya

Soonyoung berdehem untuk mendapatkan perhatian Yoori kembali.

"So, kenapa ajak aku keluar?"

"Kau marahkan aku ke?" Yoori memandang ke bawah. Tidak berani menatap wajah Soonyoung yang mungkin sedang marah dengannya.

Soonyoung tersenyum tipis. Tipulah kalau dia cakap tak terasa dengan ayat Yoori. Macam kena cucuk-cucuk dengan pisau tahu.

"Taklah, mana ada" Soonyoung ketawa dengan janggal

"Yeke?"

"Yelah, takkan aku tipu kot"

Yoori hanya mengangguk

"Mian kalau ayat aku semalam buat kau terasa. Sebenarnya aku takde niat pun, aku cuma--"

Belum sempat Yoori habiskan ayatnya, Soonyoung memotong percakapannya.

"Gwaenchana, aku faham"

Situasi janggal kembali menyerbu mereka berdua.

"Em tapi aku boleh cuba"

Soonyoung memandang Yoori dengan pandangan hairan.

"I'll try to fall in love with you"

Kata-kata Yoori membuatkan Soonyoung tersenyum. Dia membongkokkan badannya sedikit. Kepala Yoori diusap lembut.

"Okay goodluck then"

+++

no one's

"Aik kejapnya kamu keluar" kata Puan Seo

"Ambil angin je aunty" balas Soonyoung sambil tersengih

Mereka kembali berbincang. Sepanjang perbincangan, Yoori hanya mendiamkan diri. Ya, kepalanya asyik memikirkan tentang hal tadi.

Aduh apa yang aku cakap tadi

Mindanya asyik terbayangkan wajah Soonyoung sewaktu dia mengusap kepalanya.

"Takkan secepat tu kau jatuh hati dengan dia?! Sedar Seo Yoori, kau perlu kenal hati budi dia dulu. Baru kau boleh jatuh hati!"

"Yoori"

"Yoori"

"Seo Yoori!"

Panggilan ketiga dari Puan Seo membuatkan Yoori tersedar dari lamunannya.

"U-uh nae eomma" Yoori memandang Puan Seo. Matanya dikalihkan pula kearah mereka bertiga. Semua sedang memandang Yoori.

Matanya dikalihkan lagi, tapi kali ni tepat ke arah mata Soonyoung. Pandangan mereka bertaut. Yoori cepat-cepat melarikan pandangannya.

"Kamu setuju ke tidak dengan apa yang kita bincang?" soal Puan Seo dengan harapan Yoori akan bersetuju.

"Aa~ s-setuju setuju" Yoori mengangguk tanpa mengetahui apa tujuannya. Dia sekali lagi bertanya

"Eh, setuju apa eomma?" soalan dari Yoori membuatkan Puan Seo menggelengkan kepalanya.

Yoori tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Ni semua salah Soonyoung huh.

+++

yoori's

Urgh lagi sebulan je aku akan kahwin dengan Soonyoung. Awal betul. Bagi lah aku kenal-kenal dulu dengan dia, ni tidak.

Maksudnya, ada sebulan je lah untuk aku kenal-kenal dengan dia.

Andwaeeeee

Percakapan dengan Soonyoung tempoh hari kembali berlegar di kepalaku.

Aduh kenapa lah aku boleh cakap macamtu dengan dia. Pandai-pandai je mulut ni!

Mulutku ditampar perlahan berkali-kali.

Terpaksalah aku kotakan janji apa yang aku cakapkan

Persoalannya, boleh ke aku jatuh hati dengan dia¿

"Yoori"

Lamunanku terhenti dek kerana panggilan eomma

"Ni ada orang nak jumpa ni"

Ala siapa pula nak jumpa malam-malam ni. Kacau betul lah!

Dengan rasa malas, aku menjejakkan kakiku ke bawah.

"Wae eomma? Siapa nak jumpa Yoori malam-malam ni?" soalku hairan. Tak ada lagi lah orang yang nak jumpa aku malam-malam.

"Tu pergi ruang tamu, dia ada kat situ"

Aku hanya mengikut arahan eomma. Susuk tubuh yang aku kenal itu aku pandang.

Soonyoung?

"Buat apa kat sini?" soal aku hairan.

Soonyoung menoleh "Hee annyeong! Jom  keluar kejap, boleh?"

"Keluar pergi mana"

"Er minum?"

Hm tetiba je. Tapi ni lah peluang aku untuk kenal-kenal dengan dia kan?

"Em okay"

❦❦❦

hii annyeongg :3 maaflah dah lama han tak update

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

hii annyeongg :3 maaflah dah lama han tak update. sebenarnya ada je dalam draft cuma tak kesampaian nak publish. han sekarang ni dah habiskan sampai part 12 dah hehe nanti tunggulah update dari han ye ✌🏻

[H] Neighbour • ksyWhere stories live. Discover now