Hari pertama pendaftaran kolej sempena kemasukan semester satu, aku gerak awal pagi dari rumah dengan ibu ayah untuk ke Uni. Kebarangkalian untuk sama bilik dengan roommate masa interim rendah.. so aku datang la awal untuk elakkan kesesakkan sewaktu mendaftar. Ohh yaa tak lupa jugak aku datang awal sebab nak cop katil bawah. Masa interim dah merasa dapat katil atas sebab datang lambat sikit, tapi takda ler lambat sangat huhu dah tu rezeki yang aku dapat waktu tu. So untuk sem satu aku datang la awal..
Nak dijadikan cerita masa sampai tu, aku check senarai nama pelajar yang menduduki kolej, sorang roommate aku masa interim jadi roommate aku jugak untuk sem tu dan aku ternampak ada dua nama yang aku tak kenal. Dan mereka berdua budak part 3 which is senior laa kiranya kan.
Aku takut gakk masa tu sebab dapat senior. Masa interim ada student part 1 je dan roommate pun semua part 1. So takdalaa cuak sangat kan. Aku pulak sorang je, takda adik-beradik dan aku student sekolah harian. Bukan student sekolah asrama so takda feel dan pengalaman yang banyak macam mana duduk kolej. Kiranya inilah first-first time aku berjauhan dengan ibu ayah family selain masa interim huhu.
******************************
Bila dah daftar aku diberikan kad kolej dan kunci bilik. Aku ditempatkan di sebuah bilik di tingkat dua. Aku mengeluh lagi. Hahahaah sebab masa interim aku dapat tingkat satu so rilek je takdala penat sangat. Aku pun cepat-cepat laa naik sebab nak cop katil. Fuhh alhamdulillah takda siapa yang sampai lagi so dapat la katil bawah..
Dah siap-siap mengemas semua pasang cadar kemas locker semua still takda siapa sampai. Jam pun dekat pukul 11 pagi still takda yang sampai termasuklah roommate aku masa interim tu, Ira. Aku call lah dia..
"Assalamualaikum Ira, kita sebilik lagi la sem ni."
"Weh serious ahh Sara dengan Wani pulak macam mana? Sama takk?!"
"Tak wehh tak sama, diorang bilik lain. Aku tengok tadi ada nama baru so tak tahulah siapa yang kita dapat nanti."
"Alooo" Ira mengeluh.
"Kau kat mana ni kalau kau nak katil bawah datang la cepat sebab takda siapa sampai lagi kott."
"Yekeee aku dah sampai ni weh! Kat bawahh, japp aku naik! Kau tak leh tolong copkan ke huhu."
"Eee takutlaa hahaha lagipun aku nak turun dah nii gi makan jap dengan ibu ayah. Kau naik laa cepat."
"Okeeeii!" Ira mematikan phone.
Aku pun turun lah kebawah bersama ibu dan ayah ke tempat parking kereta. Kitorang dah rasa lapar hahaha, angkat-angkat barang tadi mengemas mengerah tenaga.. Disebabkan jalan dalam uni tu dah sesak dan ramai orang kitorang decide untuk makan kat luar. Masa tu degree diploma daftar serentak, ramai gilaa, dalam uni pun bole jem.
******************************
Aku dan family pun makan tengahari kat luar di sebuah medan selera. Lauk-pauk kedai tu sedap-sedap tau harga murah belaka pulak tu hahaha. Sambil makan aku berbual laa dengan ibu ayah.
"Bila lagi cutinya? Bila bole balik rumah?" Ayahku bertanya.
Ibu pun mencelah, "Eh awak ni baru sampai dah tanya dia bila nak balik. Hahahah"
Aku hanya ketawa, "Cuti midsem lah yah baru orang balik tapi tak tahu laa tarikhnya bila. Belum tengok lagi jadualnya.."
"Nanti nak ayah ambil ke? Pape bagi lah tahu ayah."
"Nanti pape Syaf bagitahu, alaa lambat lagii nanti-nantilah fikir hahahah."
Setelah selesai makan tengahari di medan selera tu aku mintak lagi ibu belikan mcd spicy chicken mcdeluxe satu set besar. Iyalaaa aku ni bukannya jenis yang pandai dan rajin keluar hangout la whatever so mungkin balik rumah nanti baru dapat makan mcd lagi.. huhuhu. Lepastu diorang pun hantar la aku semula balik kolej. Diorang nak jugak hantar aku sampai kebilik.. aku dah kata tak usah ler penat nak naik tangga, tadi dah laa bersusah-payah tolong angkatkan barang. Diorang tetap berkeras nak hantar sampai depan pintu bilik.
Ohh yaa bilik aku masa tu depan tangga, so kalau lalu tangga nampaklah bilik aku tuu.. masa nak naik tuu ada dua orang budak perempuan gakk tengah angkat barang macam kotak-kotak cemtu.. kitorang bagilaa diorang berdua lalu dulu.. muka yang sorang tu monyok je mungkin sebab penat kott angkat barang. Sekali rupanya diorang berdua menuju ke bilik yang sama dengan bilik yang aku duduk. Diorang masuk bilik angkat barang terus tutup pintu.. mungkin sebab diorang tak tahu kott aku pun duduk bilik tu. Aku, ayah dan ibu saling berpandangan..
Sebelum masuk ke dalam bilik, sempat jugak ibu ayah memberi sedikit nasihat sambil berbisik-bisik.. hahahah macam suara perlahan gitu lahh.
"Belajar rajin-rajin nakk, elok-elok jaga diri ya.. pape call la ibuu." Ibu memelukku erat.
Aku tahan je linangan air mata ni hahaha "Iyaa iyaaa." Itu je yang mampu keluar dari mulutku.
"Elok-elok duduk sini, kalau senior buli ke apa bagitahu jangan diam je." Ayahku berkata.
"Locker tu malam nak tidur kunci. Kunci adakan, laptop simpan dalam locker. Mana tahu nanti dapat roommate tak baik dia panjang tangan ke." Ibuku mengomel.
"Iyaaa iyaaa" itu je lah yang mampu aku jawab.
Biasalah mak-mak kann risau aje dia.. hahahah
Masa kitorang tengah berbual-bual luar bilik tu, kebetulan sorang perempuan tadi tu keluar dari bilik, dia melihat ibuku dan tersenyum manis.. ibu pun senyum je laa balik. Yang ni yang lagi sorang tu, bukan yang muka monyok tadi hahahaha.
Selepas selesai sesi memeluk dan bersalam-salaman ibu ayah pun minta diri untuk pulang ke rumah.. huhuhu pilu sangat rasa masa tuu walaupun ada je pengalaman sikit duduk kolej selepas interim tapi still rasa berat sangat nak berpisah dengan ibu ayah.. huhuhu. Aku pun kesat laa air mata yang sikit tuu dan ku pandang pintu bilik aku tu. Aku lihat kasut Ira sudah tersusun rapi, jadi dia mesti sudah berada didalam.
Dimulai dengan bacaan bismillah aku pun memberikan salam "Assalamualaikumm."
Slow je tak kuat sayup sayupp je, siapa dengar, dengar laa hahahah. Akak yang muka monyok tadi diam je. Dia tengah keluarkan barang-barang dia dari kotak. Aku lihat si Ira tu tengah mengemas-ngemas baju dia. Aku pulak dah settle kemas tak tahu nak buat apa so duduk jelah kat bucu katil tu teman si Ira kemas locker. Hahahah dia pun rasa segan dan seram dengan akak senior tu.
Aku pun seram gak sebab kitorang berdua junior tidur bawah dan mereka berdua senior tidur atas. Diorang takda pulak cakap pape mintak tukar katil ke apa. Diorang diam je so kitorang lagi laa diam.
"Weh temanlah aku kemas ni haa." Si Ira berbisik sambil membuat muka.
Hahahah lawak sungguh muka dia masatu so aku mengiyakan je lah.. tak lama kemudian, akak yang sorang lagi yang tersenyum manis tu pun masuk kedalam bilik dengan barangnya yang dia angkat. Barang yang terakhir barangkali, sebab dia sudah mula menanggalkan tudungnya dan diletakkan pada kerusi. Dia sambung mengemas barang-barangnya bersama dengan akak yang satu lagi tu. Entah apa namanya aku pun tak tahu lagi masatu.
Dah pulak masa tu aku rasa awkward gila sebab bilik tu krik krik sangat dengan diorang bertiga mengemas. Aku hanya duduk dibucu katil tak berbuat apa-apa. Aku pun mula lah keluar sebentar dari bilik menginjau-nginjau toilet wing, tempat jemur kain dan sebagainya.
Sedar tak sedar rupanya Sara sebilik dengan Wani dan bilik mereka berdua selang beberapa bilik je dari bilik aku. Aku pun pergi laa menginjau bilik mereka. Kebetulan pulak pintu bilik mereka terbuka luas.
"Assalamualaikum ex roommate." Aku menegur sambil tersenyum dan mengangkat sebelah tangan kananku terhadap Wani.
"Hoiii waalaikumsalam Syaf, masuklahh. Aku baru je habis kemas ni."
Aku pun masuklah kedalam biliknya dan meninjau-ninjau hahahah sebok kan aku ni macam makcik-makcik. "Mana Sara?" Tanya ku pada Wani.
"Sara? Ohh Sara lepas kemas-kemas barang dia terus keluar dengan family dia. Gi makan kott." Wani membalas.
Aku hanya menggangguk dan melihat-lihat bilik Wani.
__________________________________
29.12.2018
Saya baru je sampai kolej tadi dan rasa penat sikit. Takda mood nak mula study. Ye laa baru sampai kott hahahah. Roommate memasing study, ye laa nak final kann.
![](https://img.wattpad.com/cover/172455053-288-k292745.jpg)
YOU ARE READING
Senior '18 (GL)
RomanceCerita ni pasal diri aku sendiri dan senior aku.. Jemput la baca :) Terdapat sedikit pertukaran nama dan juga beberapa scene untuk cerita ni dipublishkan.