6

7.1K 130 30
                                    

"Kalau kau nak tahu, dia sebenarnya gaduh dengan boyfriend dia. Boyfriend dia tegur pasal kenapa muka dia merah-merah masa diorang lunch sekali tengah hari tadi. Lepastu gaduh ah pe lagi." Kata Wani.

"Ehh kau ni biar betuuuul."

"Iyaaa dia nangis-nangis tadi, Sara yang pujukkan."

"Ohh patut laaa."

"Kenapaa kau dah tahu keee?"

"Bukan.. petang tadi aku tegur lepastu dia macam emo. So aku pun macam malas laa nak layan, sambung buat kerja balik.. hmm"

******************************

Lepas makan dan sembang-sembang kat cafe dengan Wani, kitorang pun decide nak balik bilik.. jam pun dah dekat pukul 10 malam.. lama jugak kitorang lepak.

Setibanya dibilik, aku tengok kak Reen dan Ira dah naik katil baring-baring sambil main phone. Kak Arissa pulak sedang bersandar di atas kerusi sambil menonton video dengan earphone melalui handphone nya. Aku pun mula menukar pakaian dan mula mengambil pencuci muka dan berus gigi untuk ke tandas.

"Syaf nak pergi toilet ea? Tunggu! Arissa nak ikut sama?"

"Iyaaa cepat cepaaat jooom. Hahahah" aku mengusik.

Kami berdua mula memberus gigi bersebelahan bersama-sama.

"Lamanyaa Syaf keluar." Kak Arissa memulakan perbualan.

"Tu laa bersembang dengan Wani tak perasan jam dah pukul berapa.." ujarku.

Kak Arissa hanya mendiamkan diri dan dia kelihatan concentrate menggosok gigi.. aku pun mula mencuci dan membilas mukaku. Tak lama selepas itu, aku baru perasan yang kak Arissa dah siap mencuci mukanya, tak tahu pulak yang dia tunggu.

"Ehhh ingatkan dah masuk bilik."

Tiba-tiba dia menggenggam pergelangan tangan kananku dengan sangat erat..

"Err Arissa? Kenapa ni?" Tanyaku. Dia hanya membatukan diri dan tidak menjawab pertanyaanku.

Dia hanya merenung lembut kedalam mataku. Iyaa renungan matanya membuatkan aku layu. Layu selayu-layunya, umpama dunia ini berhenti berputar. Aku dapat rasakan mukanya semakin lama semakin dekat dengan mukaku.

Tubuh terasa kaku;

tidak mampu untuk aku berdalih;

degupan jantung terasa laju;

nafas naik dan turun.

Ohhhhh sheeetttttt apa yang aku buat ni? Apa yang aku patut lakukan? Ini mimpi ke apa? Adakah aku sudah gilaa? Membayangi bayangan yang mustahil menjadi realiti.

*kechikk* percikan kecil air tiba-tiba terasa dipermukaan muka.

"Dahh jom masuk bilik?" Kak Arissa terus keluar dari toilet tinggalkan aku..

Dan iyaaa aku masih lagi berdiri kaku dek terkejut dengan efek umpama renjatan elektrik kecil yang baru aku terima sebentar tadi.

Ia menyebabkan semua sel-sel darah mula dipam ke seluruh tubuh badan dan menyebabkan tubuhku tiba-tiba terasa panas.

Aku dapat rasakan bahawa pipiku mula memerah.

Aku mula menampar-nampar kecil pipiku.

"Ughhh kau fikir apa Syaf! Anak orang tu!"

Aku mula mencuci dan menggosok muka dengan air berkali-kali dek menahan rasa malu.

Dah rasa tenang sikit aku pun masuklah ke dalam bilik semula. Kak Arissa pun dah naik atas katil dan sambung main phone. Hanya aku je yang tinggal dan aku pun tutup lah suis lampu kecil di bahagian meja. Kemudian beralihlah ke katil. Ira sudah pun tidur. Penat betul Ira harini, kesian jugak kat dia..

Bilik sudah pun gelap, hanya cahaya handphone kami bertiga yang menerangi bilik tersebut. Tiba-tiba teringat balik memori tadi. Pipiku terasa panas.

Aku rasa itu bukan alunan igauan mimpi semata-mata. Segalanya terasa umpama di alam realiti!

Eeeee fikirkan balik hal tu buat aku jadi confuse! Baik aku tidur, esok dah lah kelas pagi.

******************************

Hampir seminggu sejak insiden aku dan Kak Arissa di toilet tu berlaku. Seminggu ni jugak aku dan dia jarang sekali berbual dan bergurau senda seperti selalu.. dia pun tengok macam busy je? Ada gak seharitu tu tengok dia macam barai gila. Mungkin sebab banyak assignment kena settlekan. So aku pun tak nak lah kacau dia, nanti dia makin barai pulak. Tengok muka dia pun garang semacam je. Stress kott.

******************************

Kelas jam 10 pagi pada haritu aku tak pergi pun sebab madam kata siapa dah siap dan submit essay tak payah hadir. Siapa yang belum siap sahaja yang perlu hadir sebab nak kena hantar haritu jugak before kelas habis.. Dah submit semalam so takda lah kelas pagi harini.. hehe heaven lah jugakk.

Anw pagi tu takda kelas, so aku pun revise lah sikit-sikit topic yang baru belajar petang semalam, takut lupa.. aku ni dah lah cepat lupa huhu. Sedar tak sedar rupanya tinggal kami berdua je dalam bilik pagi tu.

Aku dengan Kak Arissa.

Aku lihat jam, baru lebih kurang jam 8.50 pagi tak silap.. Ira dengan Kak Reen ada kelas jam lapan. Aku intai ler sikit dia tengah buat apa.. dia main phone je,  aku pun teruskan je apa yang aku tengah buat..

Tak semena-mena pagi tu macam dah dapat mood pulak nak study TT sebab macam boleh faham pulak topik tuu.

Tiba-tiba dari belakang aku rasakan sepasang telapak tangan yang hangat mendarat dia kedua-dua belah bahuku. Perlahan-lahan sentuhan tersebut menjadi satu pelukan yang lembut. Jantung aku melonjak naik berdegup laju. Asdfghkl itulah dia perasaan aku sewaktu itu. Kenal sangat itu tangan siapa, tapi kenapa tiba-tiba??¿?

Disebabkan aku terlalu terkejut dengan tindakan dia. Iyaa aku sekali lagi menjadi kaku.

Tangan aku yang lincah menulis idea dari tadi secara automatis berhenti menulis.

Hening.

Sunyi.

Hanya bunyi angin pagi bertiup;

langsir berkibar lembut;

bunyi nafasnya yang lembut juga kedengaran di telinga kiriku.

Tiada yang lain;

tiada yang mengganggu;

hanya kami berdua;

di pagi yang redup dan hiba sewaktu itu.

______________________________

1.01.2019
Haaaaa update pertama untuk bulan Feb tahun ni! 😋

Senior '18 (GL)Where stories live. Discover now