7 - Short Update

6.3K 113 15
                                    

*TOKK TOK TOKK*

"MAINTENANCE, MAINTENANCE!"

*TOKK TOK TOKK*

"ASSALAMUALAIKUM.. DIKK OH DIK"

Bunyi ketukan maintenance tu memeranjatkan kitorang berdua. Masing-masing terkejut dan cepat-cepat bangun. Tudung dan sweater pun siap disarung.

"Haaah ni mesti nak sembur serangga, buat terperanjat orang je. Ketuk pintu kalau boleh nak roboh dibuatnya." Aku mengomel.

Kak Arissa mula menutup rapi lockernya.

"Syaf.." Dia hanya memandang aku.

"Iyaaaa?" Tiba-tiba aku teringat semula apa yang berlaku sebentar tadi. Rasa segan, dan malu. Cepat-cepat aku mengelak.

"Dah siap kee? Jom." Aku pun mula membuka pintu. Pakcik maintenance meminta aku menandatangani sehelai kertas. Ia menandakan bahawa bilik kami sudah pun menerima semburan serangga dari pihak maintenance pada hari tersebut. Hmm.

Setelah segala proses selesai, kami pun masuk semula kedalam bilik. Masing-masing kembali membuat hal sendiri. Cuba melupakan apa yang telah berlaku, aku hanya mendiamkan diri dan kembali menyelesaikan kerja yang terhenti sebentar tadi.

******************************

"Okay class.. thats all for today. Class dismissed." Madam Za pun berlalu meninggalkan kelas.

Tahu tahu dah hilang. Kelas petang harini habis 30 minit lebih awal. Jam baru menunjukkan 3.20 petang.

"Weh Syaf. Kau gi mana lepas ni? Hehee" Wani mengecek.

"Aku nak balik bilik laa apa lagi. Kenapa?"

"Alaaa jom laa Syaf gi cafe, dah lama tak minum sama-sama dengan classmate!" Qish menyampuk.

"Jom laaa Syaf, makan ABC petang macam ni sedap ni dengan keropok lekor.." Wani memujuk.

"Ehh ehhh haaa ye ler moh ler kita gerak." Aku menyahut.

Kitorang pun pergi laa makan ABC ramai-ramai.. bukak meja besar la jugak siap sambung-sambung. Satu kelas berombongan ke cafe makan ABC. Dalam hati ni macam dah siap plan balik ni nak tido jap. Aduii hahahah takpe lah bukan selalu ramai-ramai macam ni.

Bila dah berkumpul macam ni, memang lambat la sampai bilik. Mahu dekat jam 7 baru sampai.

Sampai je di bilik, roommate masing-masing dengan hal sendiri. Semua main phone. Sepi je bak library. Aku bergegas ke bilik air untuk mandi. Melengas dah rasa.

******************************

Ira senyap je.. takda cakap pape. Tidak ceria seperti selalu. Aku pun tak nak lah kacau dia. So biar je dulu.. dia macam takda mood je..

"Syaf gi mana tadi?" Reen tiba-tiba bertanya.

"Saya pergi makan ABC dengan classmate tadi kat cafe."

"Ohhhh lepak ah nii?"

"Lebih kurang? Hahahah" aku tertawa.

Ira terus bangun dan mula menukar pakaiannya. Hanya mendiamkan diri dan terus keluar dari bilik. Pergi mana pun tak tahu lah. Nak tanya seram pulak.

******************************

Dah tiga hari ni Ira senyap je. Bukan aku tak nak tegur dia, aku tegur cuma dia yang ignore. So aku decide malam ni tak kira! Aku nak tanya jugak kenapa dia buat macam tu.

"Oii menung apa tu?" Arissa mematikan lamunanku.

"Ish takda pape lah."

"Weh jom keluar nak?" Arissa bertanya.

"Keluar? Keluar gi mana?"

"Teman Arissa cari barang sikit bole? Ke Syaf ada kerja? Syaf dah takda kelas kan?"

"Bila? Nak gerak sekarang ke? Siapa lagi ikut?"

"Iya sekarang. Kita berdua je lah. Tak yah ramai-ramai. Nanti buat pening je."

"Okei jom." Ujarku.

"Yeay! Arissa book uber jap. Gi siap sekarang! Hahaha"

________________________________

25.03.2019
Hi! Minta maaf sebab lamaaaaaa sangat tak update huhu. Janji malam semalam nak update, tapi tertidur 😂  Baru lepas siap homework ni. Saya update sikit je lah dulu. Okee lah kan dari takda langsung. Esok saya ada kelas pagi so nak tidur dulu. Nanti saya update lagi! Thank you! 😍

Senior '18 (GL)Where stories live. Discover now