Disebabkan mood Ira macam tak berapa baik, aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Ira sudah pun merebahkan badannya ke atas katil. Aku pun sambung melunaskan kerja yang terbengkalai sebentar tadi.
Jam menunjukkan hampir 5.30 petang. Semua orang sudah pun berada di dalam bilik. Masing-masing semua hanya bermain handphone dan rilek-rilek diatas katil.
Otak pun sudah terasa lepu. Aku mula mengemas meja dan menutup buka yang sedia ada. Cukup-cukuplah tu. Aku mula menggapai phone ditepi meja dan apa lagi kalau bukan mula men-scroll twitter dan instagram.
*ting* whatsapp daripada Wani aku terima. "Syaf, malam ni lepas maghrib jom gi cafe weh, lepak. Free tak?"
"Boleh jee" *tikke* dengan semudah itu aku terima ajakan si Wani ni.. takpelah, lagi pun kerja semua dah siap tadi, so malam ni memang tak nak buat apa-apa. Dari duduk melanguk, sekali-sekala apa salahnya ambil angan jap.
*ting* "Okeeei cantikkk. Jumpa nanti!"
Sekilas pandang, aku dapati masing-masing roommate aku dah tidur. Aku pun bingkas bangun dan mengambil keputusan untuk mandi.
******************************
Setelah selesai semua aku kembali duduk di meja belajar sambil main phone. Seorang demi seorang mula terjaga dari diulit mimpi. Ira pun dah bangun. Situasi yang sama, dia hanya mendiamkan diri dan mengelak dari berkata apa-apa. Tidak ceria seperti selalu.
Pelik.
Kenapa dia tiba-tiba macam ni? Aku ada buat apa-apa ke? Ada buat salah apa? Puas aku fikir.
Tulang belakang terasa lenguh. Mungkin duduk lama sangat. Terbongkok-bongkok aku gerak ke katil untuk meluruskan badan buat seketika waktu, sambil-sambil menunggu laungan azan Maghrib.. ye laa dah janji dengan Wani nak lepak cafe.
******************************tok tok tok* "Assalamualaikum"
"Kejaaaapp" ujarku.
Tudungku ku belek-belek dihadapan cermin buat kali terakhir. "Dahh, jom!"
Kami mula berjalan beriringan, membuka langkah ke cafe.
"Syaf, kau nak makan apa doe. Kau tak lapar kee?" Tanya Wani.
"Hahaahh tak tahu laa weh, tengok ah apa yang menarik." Jawabku. Padahal menu yang sama, benda yang sama jugaa dijumpa hari-hari ><
"Syaf, roommate kau semua ada ke tadi?"
"Ada je semua.. ha kenapa?"
"Ishhh tanya je hehe. Tu pun tak boleh."
"Hahahahh takda laa. Macam pelik pula tiba-tiba kau tanya."
"Hehee" Wani mula tersengih-sengih macam kera busuk.
"Kau kenapa sengih-sengih ni. Seram pulak aku. Hahahh roommate kau pulak semua ada ke?
"Kak Anis dengan Kak Min je ada. Sara ada meeting club. So, diorang berdua je lah tuu dalam bilik?"
"Ooohh"
Setibanya kami di cafe, kami pun mula melangkah terus ke fav spot kami, fav meja ah cerita dia. Bawah kipas dan bwrhadaoan dengan tv gitu.
"Kau order lah dulu. Aku tunggu sini."
"Okee Syaf! Kau punyaa?"
"Takpe kau order kau punya dulu.. aku masih belum boleh decide nak makan apa T.T"
"Alrighttt Syaf."
*ting* "Syaf pergi manaaaa?" - Kak Arissa
Eh dia ni mesti tak perasan la tu aku bersiap keluar tadi..
"Saya pergi cafe jap, kenapa?" *tikke*
*ting* "Ohhh takda apa saja tanya, pergi dengan siapa tu? Pergi sorang je?"
"Pergi dengan Wani. Kak Arissa nak apa-apa tak?" *tikke*
*ting* "Saya cuma naaaak, cuma nak awak balik dengan selamat je."
assdfjfksl unexpected betul la!
"Hahahahh lol okeeii" *tikke*
"Haaaa mengata aku, kau pun sama! Dah kenapa tersengih-sengih tu." Wani menyergah, terkejut dibuatnya.
"Eiiii takda apa lah. Dah aku pulak pergi beli makanan." Aku terus bangun, melayan si Wani nanti sampai sudah kang dibahannya aku.
******************************
Sambil menikmati makanan yang dibeli tadi kami berdua pun berbual-bual laa berkenaan gossip semasa. Hihi
"Weh Syaf, kak Arissa tu course apa ya?"
"Course accounting. Kenapa? Berminat ke? Nak aku kenalkan?"
"Ishhh engkau ni! Aku tak bengkok okaai!"
"Hahahahh dah tu kau tanya-tanya."
"Aku suka tengok-tengok je heee. Dia tu comel.. asyik senyum je."
"HAHAHA! Iyaa dia memang rajin senyum. Ohh so kiranya kau terpana dengan senyuman dia lah ni ya." Aku ketawa kecil.
"Hahahhah lebih kurang kott. Tapi tak lebih tau. Suka tengok je... macam girl crush gitu."
"Faham fahaamm. Bila scene-scene hangat ni berlaku?"
"Dah banyak kali daaa. Cuma ada sehari tu. Aku rasa macam serabut gila pagi tu. Aku nak mandi pastu ternampak dia, dia senyum je.. terus rasa kurang serabut. Hahahhh"
"Sengal lah kau Wani. Hahahah"
"By the way, Sara ada cakap apa-apa tak?" Soalku lagi.
"Err cakap apa-apa?"
"Apa-apa laa pasal Ira ke?"
Sebab Ira dengan Sara kawan rapat kan. Mana tahu dia ada cakap apa-apa dengan Wani. Mereka pun sebilik.
"Ohhh ha ah! Ni gossip terhangat lagi! Meh sini aku cerita!"
______________________________
29.01.2019
Waaaah Senior '18 dah cecah lebih 1k pembacaan. Ini satu penghormatan! Hahahah 😂 terima kasih warga Wattpad sebab sudi baca!Maaf sebab update kali ni lambat dan pendek sikit.. hehee saya akan luangkan masa untuk update selalu 😋

ANDA SEDANG MEMBACA
Senior '18 (GL)
RomanceCerita ni pasal diri aku sendiri dan senior aku.. Jemput la baca :) Terdapat sedikit pertukaran nama dan juga beberapa scene untuk cerita ni dipublishkan.