2

11.4K 146 4
                                    

Pintu bilik Wani tiba-tiba diketuk beberapa kali, aku dan Wani dah rasa cuak sebab ingatkan roommate baru Wani yang bakal menjelma.. rupanya Ira. Dia pun masuk menyertai kami berdua.

"Ohhh kau kat sini rupanya. Asal tak cakap dengan aku haaa. Kau tinggalkan aku sensorang." Ira membuat muka sedih. Hahahah

"Laaa aku tak expect pun lepak sini jap." Kataku.

Ira membuat bunyi seakan-akan menangis, menangis nyok-nyok. "Huuuhuuu Waaanii kita tak sama bilik la sem ni. Awkward gilaa dalam bilik tu. Huhuhu rasa macam tak diundang je."

"Ye doo awkward gilaa. Senyapp je." Aku menyampuk.

Wani pun mengeluh, "Habis tu nak buat macam mana.. huhuhu aku pun nak gak kita bilik sama. Tapi dari interim lagi aku dapat rasakan yang possibility untuk kita sama bilik tipis."

Masing-masing diam menyepi.. tiba-tiba seseorang telah membuka pintu bilik Wani. Kelihatan sosok tubuh seseorang yang tidak pernah kami kenal dan ketahui. Roommate baru Wani barangkali. Aku dan Ira bingkas bangun nak meminta untuk mengundur diri. Iyalaa takkan kita nak duduk situ pulak kann hehe.

Dengan berat hati kami pun melangkah keluar meninggalkan bilik Wani. Aku dan Ira menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin.

"Kau ready?" Aku bertanya kepada Ira.

"Fuhh jom." Ira menyahut. Kami pun mula mengorak langkah untuk masuk kebilik kami.

Adoii nak masuk bilik sendiri pun takut kann. Ira bersiap sedia untuk menunaikan solat Zohor. Memandangkan waktu itu aku cuti so aku cuma duduk je di bucu katil.

Badanku terasa panas dan melekit, jadi aku mengambil keputusan untuk mandi. Setelah selesai mandi. Aku dan Ira decide untuk baring merebahkan badan di katil masing-masing memandangkan masing-masing dah penat bangun awal bertolak ke uni untuk sesi pendaftaran, dan juga mengemas-ngemas barang.

Akak senior dua orang tu masih duduk dimeja mereka. Meja belajar mereka bersebelahan. Mereka sedang menonton drama korea di laptop masing-masing menggunakan earphone. Akak yang tersenyum manis tu asyik ketawa je sewaktu menonton drama.

******************************

Hampir seminggu aku menempuh semester satu dan aku masih lagi belum ingat macam mana rupa roommate aku dua org tu. Sebab takut nak pandang nanti dia perasan pulak.

Kelihatan Ira seperti sedang sibuk bersiap-siap. Aku tengok jam lebih kurang jam 8.30 malam. "Ira, kau nak pergi mana bersiap lawa-lawa memalam ni?"

Ira hanya tersenyum.

"Ohhh kau nak keluar dengan ehem ehem ke?" soal ku lagi.

"Heii jangan la cakap macam tuu." Ira malu-malu kucing.

Ira ni boleh tahan laa gak orangnya, dia dah berpunya lol.

"Haa jangan lambat-lambatt."

"Iyooo okeei ah gerak lu, byee."

"Okeeii byee."

Pintu bilik sudah pun ditutup rapi dan hanya aku dan akak senior dua org tu je didalam bilik. Aku merebahkan badan diatas katil sampai menonton anime melalui handphone dengan earphoneku.

Tak berapa lama selepas itu, aku terdengar seperti ada orang sedang bercakap. "Ada org cakap dengan aku ke hah?" Gumam ku. Aku toleh kepala ke belakang. Akak senior yang sering tersenyum tu melemparkan senyuman manisnya lagi terhadap aku dan bertanya, "Orang mana?"

"Saya- saya selangor. Orang mana?" Soalanku berbalik. Aku tak tahu nak panggil dia apa so aku avoid dari menggunakan kata ganti nama. "Ohhh ya kee selangor kat mana? Orang selangor jugak." Dia tersenyum lagi. Senyumannya sangat manis. Confirm lelaki diluar sana cair kalau tengok.

"Yang ni orang Johor." Dia menunjuk orang yang berada disebelahnya. Dah tentu dia tunjuk akak yang muka monyok tuu.. akak tu hanya melihat aku, aku melihat dia. "Ohh ya yang sorang lagi tu orang Selangor jugak." Kataku.

"Lahhh ye kee. So dalam bilik ni tiga orang Selangor and sorang orang Johor." Kata akak tu. Aku tersenyum lalu kembali menonton anime. Setakat tu sajalah perbualan kami. Aku dapat rasakan yang akak tu mudah untuk didekati.

Keesokan harinya baru aku terfikir. Kenapalah aku tak tengok nama dia kat tepi pintu bilik. Sebelah pintu setiap bilik ada butiran pelajar yang duduk dalam bilik tu. Macam nama penuh course apa no telefon dan student part berapa. Lalu aku pun tengoklah, akak yang selalu senyum tu namanya Arissa Najmi dan yang muka monyok tu namanya Noreen Syasya. Macam mana aku sure tu nama dia? Aku sure sebab kat butiran pelajar tu ada gambar akak tu sekali hehe.

Maklumat aku dan Ira pun ada kat situ so aku rasa dia dah usha kott kitorang punya. Entah laa tak tahu hahaha.

******************************

Ambil masa gak laa untuk start bergaul dengan diorang. Paling-paling pun bercakap tanya "Takda kelas ke?" "Kelas jam berapa?" Haa itu je lah. Sampai bila nak jadi gini. Aku kena duduk dengan diorang sampai diorang habis tau. Maksudnya sampai aku part 3 nanti dan diorang part 5. Dah habis nanti, masa aku part 4 dapat lah roommate baru. Aku kira-kira ada laa dalam setahun setengah kena tinggal dengan diorang. Kalau aku malu, Ira malu, diorang malu, sampai kesudah lah macam tu. Hahahah so aku decide aku nak try laa approach diorang dulu. Kalau okeei, okeei laa.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Aku dengan kak Arissa makin okeei rasanya, ada lah bercakap jugakk dengan Ira pun. Kak Noreen macam senyap senyap sikit orangnya, tak tahu laa dia memang senyap ke pemalu ke. Aku mengambil masa lebih kurang dalam seminggu untuk ingat muka diorang. Pelik kann tapi tulah hakikatnya.

******************************

Satu malam tu, blok kolej aku blackout. Hari semakin gelap, hanya lampu kecemasan je yang menyala. Masing-masing membuka luas pintu bilik masing-masing.. ye laa panas gila masa tu. Kebetulan pulak petang tu ada event Unifest (University Festival), yang mana dah balik bilik tu mestilah kepanasan dan melengas kann. Nak mandi pun gelap-gelita dalam toilet tu. Nak pakai lampu phone? Memang tak ah cerita dia.. dibuatnya handphone tu jatuh dan terkena air, fuhh tak memasal pulak nanti.

Kak Arissa merupakan salah seorang exco di salah sebuah kelab yang terdapat dalam uni aku. Dia pun baru je pulang kebilik selepas event tu selesai.

"Weh Reen, kau dah mandi kee, melekitnyaa badan weh nak mandi tapi gelap laa toilet. Takut laa pulakk." Kak Arissa mengomel.

"Belumm. Kita pun belum mandi lagi.."

Kecil je suara Kak Reen. Susah jugak nak dengar dia bukak mulut.. tapi mungkin kalau dengan Kak Arissa selalu kot.. iya laa Kak Arissa tu ramah jugak orangnya so mungkin diorang berdua rajin bersembang kalau time kitorang takda.

Aku dan Ira sedang baring di atas katil manakala Kak Arissa dan Kak Reen sedang duduk diatas kerusi di meja belajar. Masing-masing sedang sibuk bermain handphone masing-masing. Hanya cahaya screen handphone menerangi bilik kami.

"Weh Reen, phone Arissa ni selalu keluar iklan benda tak senonoh. Penat ahh kadang cecepat aku tutup kang orang salah faham pulak. Macam mana nak buat ah?"

"Tak tahu la Arissa, kita pun tak sure."

Aku pun memberanikan diri "Selalunya kalau iklan-iklan macam tu pop up, phone ada virus weh." Kataku selamba. Aku cakap "weh" ? Wow beraninya aku lol.

"Ye keeee macam mana nak buat eh? Reti takk? Buatkann boleh?" Kak Arissa terus bangun dan duduk disebelah ku. Terasa debaran yang kuat di dada. Rasa seram sejuk pun iyaa. Perasaan apa ini?

Aku pun ambil telefonnya untuk aku check. Tiba-tiba iklan tak senonoh terpapar lagi di screen. "Alamaak" malu pulak aku hahaha dah lah masa tu Kak Arissa pun tengah tengok sekali. Huhuu "Eiiii meh sini sorryy weh tengok ah macam tu ah dia keluar." Aku hanya mampu ketawa.

"Janganlaa gelak."

Aku still tak boleh berhenti ketawa, aku dapat rasakan mukanya memerah, yaa disebalik kegelapan bilik tuu still boleh nampak disebabkan cahaya screen phone kami. Lalu aku dapat rasakan tamparan lembut mendarat di lenganku. Kami berdua sambung ketawa..

_______________________________

30.12.2018
Sambil takda buat apa-apa tu saya update laa sikitt. Korang komen la apa-apa kalau nak tanya ke.. inshaAllah saya reply satu-satu :)




Senior '18 (GL)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang