🕵G.M : 1👻

46 0 0
                                    

Kemboja berumur 25 tahun dan bekerja sebagai arkitek di sebuah company. Gaji bulanannya sudah mampu menampung kehidupannya yang sederhana. Jadi tak perlulah dia menggunakan semua harta pusaka ibu bapanya.

Tamat sahaja belajar dalam
'departure of architecture' dia terus mencari kerja sebagai seorang arkitek.

Ibu Bapanya meninggal sewaktu umurnya masih kecil. Tok Wan(nenek) memberitahu Kemboja bahawa ibu bapanya meninggal dalam kemalangan yang tragis. Oleh sebab itu, Tok Wan lah yang menjadi penjaga serta penemannya dari kecil sehingga dia besar dan berjaya.

Ya, dia berminat menjadi seorang arkitek kerana bapanya adalah seorang arkitek yang berjaya. Tok Wan menceritakan usaha bapanya yang mengejar cita-cita menjadi arkitek dengan bersungguh-sungguh. Kemboja semakin bersemangat dalam mempelajari jurusan tersebut dan dia percaya semangatnya sama seperti arwah bapanya dahulu serta dia pasti bapanya akan rasa beruntung kerana mempunyai anak seperti dia jika bapanya masih hidup.

dimalam yang sunyi~

"Sanggup Tok buat saya macam ni!" Perlahan lahan Kemboja kebelakang sehingga dirinya tanpa sedar telah merapatkan diri pada dinding.

Dirinya dipakaikan baju berwarna putih tidak bercorak atau lebih tepat ianya jubah putih yang suci.

"Aku bukan sengaja nak buat kau sampai sebegini rupa tapi aku terpaksa, sayang. Aku terpaksa."jatuh air mata wanita yang telah lanjut usia itu dihadapannya. Makin lama wanita tersebut makin menghampirinya.

"Aaaaarrghhhh!!!" tercungap cungap Kemboja mencari oksigen selepas bangun dari tidur yang telah menghidangkan mimpi buruk kepadanya. 'mimpi ni lagi...'

Ya, setiap malam jumaat dia pasti akan dihidangkan mimpi perkara yang sama.
perkara tersebut bukanlah perkara baharu baginya namun setiap kali ia terjadi pasti dia berasa semuanya perasaan yang benar. Namun, dia hanya menganggap perkara tersebut mainan tidur sahaja.

Bukan dia tidak mengambil berat tentang dirinya sendiri namun dia sedar dia semakin tertekan apabila berfikir tentang mimpi tersebut. Sedangkan kerja yang bertimbun seperti gunung pun dia mahu tak mahu sahaja fikir apatah lagi mimpi seperti itu. Baginya itu hanya buang masa.

Kemboja terus bangun dari katilnya dengan lemah terus mencapai tuala lalu terus menapakkan diri kedalam tandas. Masih terngiang ngiang mimpi malam tadi dalam kepalanya. "Apa akan berlaku..." dirinya sendiri hairan sejak bila dia mengambil berat tentang mimpi ini?.

Usai membersihkan diri,

tup

tup

tup

hanya tinggal satu langkah sebelum dia melepasi dari pintu tandas...
tiba tiba...

"kewmbwojha~"

. Kaku. Dia hanya kaku tapi entah dari mana keberaniannya hadir dia perlahan lahan menoleh kedalam tandas. Kelibat rambut yang panjang berwarna putih sedang berada di atas lantai...dia hampiri....hanyalah kepala mop yang basah. mungkin fikirannya sahaja. 'mana ada hantu pagi macam ni' 'sejak bila aku mengemop ni? kenapa basah?'

Nasib baik hari ini dia mengambil cuti sakit. Demamnya tidak surut surut dari semalam tapi makin panas pula. Tak perlulah dia ke pejabatnya tergesa gesa.

selepas rebah dia di atas katil tangannya meraba raba di atas meja lampu di sebelah katil lalu mengambil telefon bimbitnya. Nombor Tok Wan menjadi pilihan. punat hijau berbentuk telefon ditekan.

"Assalamualaikum Tok!!!, Buat apa tu. Sihat ka?" - Kemboja

"Walaikumussalam, ya allah mimpi apa hang ni sampai nak call tok ni. Demam ka apa tah budak ni. Tok sihat saja duk sini." - Tok Wan

"Mana tok tau ceq demam? HUHU..." -Kemboja

"Tula hang ni mesti buat keeja tak gheti nak mandi awai..dahtu pi mandi lewat malam betui dak?" -Tok

"HUHU" -Kemboja

"Pi rehat jangan nak pikiaq kejaa ja hang tu. Dah sihat satgi baghu la sambung.bukan aku tak tau hang ngan arwah pak hang tu sama saja laa" -Tok

"Hihihi...Tok..ceq ingat nak pi melawat Tok la nanti tapi time cuti la"-Kemboja

"dah berapa kali tah janji nak mai balik..hmm" -Tok

"Laa meghajuk kaaa?" -Kemboja

"PI REHAT SANA ADA TOK PIAT SATGI...assalamualaikum"-Tok

"Walaaikumussalam" punat berwarna merah ditekan. 'bila la nak cuti ni haihh'

ghostXmafiaWhere stories live. Discover now