🕴 G.M : 2 👻

24 0 1
                                    

Hujan semalam sudahpun reda...
Di pagi buta yang indah ini...
Burung burung pun berkicauan..

'polo otok mu author'
(😋)

satu saat

dua saat

tiga saat

tik..tik..tik

'KRINGGGGGGGG'

jam loceng yang minta ditutup itu Kemboja matikan. campak. Jarum jam
menujukkan 5.30 pagi.

Dia masih berusaha bangun walau dalam keadaan yang penuh longlai terus ke arah tuala yang disangkut..

solat subuh ditunaikan...
indahnya ketenangan dipagi hari...
kesunyian indah untuk menghadap tuhan...
tenang hatinya..
bagus kalau hidup tiada pilihan selain beribadah...

Dia terus melipat telekung dan menuju ke ruang tamu rumah sewanya dan membuat sedikit aktiviti memanaskan badan

bukan tak mahu buat dalam bilik tapi ruangan di ruangtamu lebih luas dan memudahkan pergerakan yang bebas.

kaki kedepan.
tangan diregang.

kini tiba masanya...

"SATUUU!!!"
"DUAAA!!!"
"TIGAA"

lompat bintang dilakukan. menjerit? itu kebiasaannya melakukan senaman itu dengan jeritan.'sakit tekak baru tau'

"Hey anak dara, saya ni nak memasak tahu, yang anak dara terpekik terlolong ni dah kenapa?" tersenyum Lizra melihat gelagat Kemboja yang tak pernah membosankannya.

Lizra atau mudah lagi 'Liz' merupakan rakan sekerjanya dan sangat peramah orangnya.. terlebih peramah. kadang kadang sikap gila gilanya mengelirukan identitinya sendiri. iyalah dari fokus bekerja boleh jadi kanak kanak riang. Walaupun Lizra begitu, dia tau kisah kisah hot tentang company milik Khilmiyn itu.

Lizra ada menceritakan tentang perangai Khilmiyn yang dikatakan 'playboy' itu. Namun Kemboja tidaklah percaya bulat bulat.. takut hanya fitnah semata.

Lizra menceritakan setiap hari ada sahaja wanita yang akan menemani encik Khilmiyn itu selepas balik dari kerja.

Malangnya...wanita itu bukanlah orang yang sama...
ya Lizra juga lihat wanita yang dibawa Khilmiyn sentiasa bertukar tukar setiap hari kerja... maklumlah bosnya itu gemar balik awal..

Lizra menjadi penemannya ditempat kerja dan juga dirumah. Sungguh mereka seperti adik beradik. Kemana mana pun bersama.

FLASHBACK

Lizra tergesa gesa ke almari fail dengan sangat tidak terurus. "Aduh dia ingat aku sotong ke nak bawak fail sebanyak macam ni?"

Kemboja sedang mencari fail yang dikehendakinya dalam almari fail tersebut...

'bukk'

"eh mak kau terjatuh"
jatuhlah semua fail yang dipegang oleh Lizra tadi. Nasibnya baik dia sudah dihadapan almari fail

"Eh akak okay? sa-saya baru kerja sini. Salam perkenalan. Saya Kemboja" dengan senyuman diberikan huluran tangan.

Lizra terus berjabat tangan sambil mengangguk ngangguk. "Oh hi, saya Lizra panggil Liz saja. em boleh tolong saya kemas fail?"

sekali anggukan diberi kepada Lizra. Mereka mengemas sebelum berehat sebentar. Kemboja yang telah jumpa failnya terus ke tempat kerjanya.

waktu lunch dah pun tiba.
Kemboja mencapai telefon bimbit dan mencari rumah sewa berdekatan. Sebelum ni bukan dia tak mahu cari tapi dia hanya menetapkan diri di rumah tokwan.

rumah tokwan taklah jauh dari tempat kerja tapi dia mahu cuba hidup berdikari.

"Hi buat apa tu taknak lunch ke?" dengan tayangan senyuman.

"eh Liz..nak cari rumah sewa la Liz tapi taktau kat mana..Liz tau tak
kat mana rumah sewa dekat dekat office?"

"oh sewa rumah dengan Liz jela. Liz takda peneman la kat rumah. Huhu"

"Betul ke Liz?!!"
Kemboja terlalu teruja bila dia dapat tau peluangnya ada didepan mata sahaja rupanya... dia membalas dengan anggukan dan senyuman lalu terus keluar lunch bersama Liz.

ENDFLASHBACK

" Kembojaaa!! sarapan dah siap ni. jom makan kang lambat kau pergi kerja."
panggilannya cukup membingitkan satu rumah padahal mereka pergi kerja bersama. haih..

"YAA KEJAPP" jam menunjukkan 7:00 pagi.
dia membersihkan diri selepas bersenam dan menukar pakaiannya kepada pakaian pekerja.

7:30 tepat dia berada di meja makan dan sarapan dengan cepat. yela karang marah pula Liz tu lambat lambat.

"aku tunggu dalam kereta" bayangan dihantar hanya dengan pandangan mata.

***************

"argh penatnya kerja" keluhan Liz dilepaskan.
kalau tak penat bukan kerjalah namanya.

Kemboja pula sudahpun menjejakkan kaki kedalam bilik dan membersihkan diri. yela tak elok maghrib maghrib diri masih belum bersih.

selesai solat isya', Kemboja terus lompat ke atas katil.
penat. sungguh dia penat.
tiba tiba rindu dengan Tok suara Tok Wan semalam belum cukup melepaskan rindunya pada Tok Wan.

tok tok tok

bunyi pintu mengacau lenanya. "Liz kau ke tu? Aku nak tidur ni.. janganlah kacau" sunyi dan tiada balasan

dirinya terasa dihempap. sesak nafasnya. sakit dia sakit. terlalu berat. mata dipandang ke arah makhluk hodoh di depan pintu

rambut panjang warna putih . mata makhluk itu hitam sepenuhnya. oh allah kenapa aku...kenapaaa. Dia mahu mengeluarkan kata kata namun mulutnya bagai dikunci

"ALLAHHH"

'bolehla buat modal gambar ni walau takda kena mengena'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'bolehla buat modal gambar ni walau takda kena mengena'

dirinya terasa ringan. 'argh ape aku tengok ni. ya allah tolong aku ya allah'

'pshhhh' bunyi Tv tiada siaran diminta untuk tutup. sekejap ada suara sekejap sunyi membisu. Seperti siarannya bertukar tukar.

"Allahu, takkan jadi lagi?"

satu tapak

dua tapak

tiga tapak

"Bismillahirrahmanirrahim"

tombol pintu dipusingkan dan...

ghostXmafiaWhere stories live. Discover now