🕵G.M. 5👻

4 0 0
                                    

"Sebelum aku tidur aku ada dengar bunyi tapak kaki kat bawah. awal betul kau balik eh?"

"Awal? Pukul berapa kau tidur ni?"

"Lepas kau pergi kerja tu aku terbangun pukul 9 macamtula..Aku nak makan kat dapur.. setengah jam lepastu aku nak sambung tidur..dengar la orang masuk rumah..kau ke?"

"Ha aku la tu saja balik kejap nak tengok keadaan rumah..."
Sorry Liz aku taknak kau demam lagi..naya aku nak kejar bas tiap hari..bukan aku yang balik pagi tu Liz...

"Oh Okla macamtu.. perasaan aku jela kot.."

perbualan ditamatkan.

Kemboja melangkah masuk ke dalam bilik air dan terus mandi...seharian bekerja dan kerja tambahan...

seusai mandi tilam menjadi tempat untuk mengadu dengan cara yang amat digemarinya iaitu. Tidur.

🕴👻🕴👻🕴👻🕴👻🕴👻🕴👻

Khilmiyn memulakan rancangannya...

"Deyla panggil Kemboja masuk dalam bilik saya."
hah biar aku bagi kenal siapa aku.

"Kemboja. Masuk dalam bilik tuan. Dia nak jumpa."

"Kenapa ye?"

bahu diangkat tanda tiada jawapan.

"Ok baik saya pergi" Apa pula nasib aku ni. Dahla aku tak pernah nampak bos ni..masa temuduga pon bukan dia yang ada masa tu. Argh pergi jela.

pintu kaca itu diketuk.

"Masuk"

Alangkah terkejutnya Kemboja bila melihat 'bos'nya itu. Whatttt takkanla lelaki haritu..habisla aku habisla tula mulut ni ey tak reti jaga..

"Apa tercegat kat situ? Mencari keadilan ke?"senyuman sinis diberikan.

"Em tuan ada apa nak jumpa saya?"Ah dia ingat lagi aku langgar dia haritu..habisla aku...

"Awak ni tak buat kerja ke eh? masa mula mula saya jumpa awak rasanya saya dah dapat agak awak ni memang pemalas." perkataan menyakitkan itu ditekankan.

"Apa yang saya buat tuan?"

"Kau punya kerja langsung tak terurus!! Tunggang langgang!! Baik kerja sapu sampah macam ni punya perangai! " haritu kau hentam aku ha meh sini aku kasi balik hutang tu..huehue.

"Kau nak tau apa kau buat?"

Khilmiyn bangun dari duduk di kerusi officenya. Melangkah mendekati Kemboja. Tenungan mata yang tajam menusuk dalam mata kemboja.

Kemboja semakin kebelakang dan terus berjalan perlahan lahan. tanpa dia sedar dinding menjadi penutup perjalanannya.

Khilmiyn mengunci pergerakan Kemboja menggunakan sebelah tangan sahaja. Tangan sebelahnya mula merangkul pinggang Kemboja.

"Tuan nak buat apa ni!! Lepaskan!!"

"Shh..Nak tebus kesalahan kau tak?..hmm.." mukanya beralih pada leher wanita suci itu.

Kemboja tanpa berlengah menendang kawasan sensitif Khilmiyn. Sakitnya tuhan saja yang tahu.

"Kurang ajar"

"Aku takkan dekat dengan lelaki macam kau!! Perosak!!"

Kemboja terus keluar dengan marahnya masih belum hilang. Sampai sahaja di meja kerjanya dia menangis.

Perempuan sesucinya semestinya takut jika takhta kewanitaan itu dirampas tanpa ikatan yang sah.

yelah separuh hidup jaga demi si suami nanti...senang saja orang nak mengambilnya! sudah tentulah dia perlu pertahankan mahkotanya itu!

"Eh Kemboja kau kenapa? Ok ke? macam pucat je muka kau." Tau tau saja si Liz ni.

"Aku ok Liz. Buatlah kerja kau dulu" senyuman ikhlas diberikan.

"Betul ni? Aku risau tadi tengok kau macam ni."

"Betul. eh takde apa apa la saya ok je ni"

"Ok akak sambung kerja dulu."

🕴👻🕴👻🕴👻🕴👻🕴👻

ghostXmafiaWhere stories live. Discover now