🕴G.M : 3 👻

14 0 0
                                    

tombol pintu dipusingkan lalu terlihat kelibat wanita yang memakai baju tidur  berjalan di ruang tamu.

"ya allah dia ni...takkanla dah besar pon mengigau?" perkara ni jarang berlaku tapi Lizra memang ada cerita dia memang kuat mengigau.

Sampai satu hari, dia cerita dia hampir lemas dalam tab mandi akibat mengigau. Dia tidak menyedarkan diri dan hanya mengikut seperti apa yang mimpinya lakukan dia turut lakukan.

"Liz woi Liz ... kau ok tak ni?"

tiba tiba..
Liz berhenti dari berjalan .
badannya perlahan lahan menghadap Kemboja..
Kepalanya dilentok ke kiri dan kadang ke kanan.
Matanya menjadi hitam sepenuhnya merenung sedalam dalam biji mata Kemboja.

"AKU NAK KAU! AKU NAK KAU! AKU NAK KAU ! ARGGGHHHH!!!"

'aku tak rasa kau mengigau Liz kau kenapa Liz..ya allah' setelah lama dia kaku dihadapan Liz dia terus membulatkan matanya bila melihat Liz mengeliatkan badan seperti cacing kepanasan! tak tentu hala dibuatnya sekejap dilentok ke kiri sekejap ke kanan.

Pantas dia ke dapur mengambil secawan air masak terus dibawa pada Liz.
Dia membaca ayat kursi dan al fatihah lalu ditiupkan ke dalam air. Sesungguhnya itu sahaja yang dia mampu fikir.

Air direnjis sambil laungan Allah maha besar dilaungkan.
Sesungguhnya kasihan dia melihat Liz dengan keadaan seperti itu. Dia tak bersalah tapi dijadikan mangsa. Syaitan memang durjana hakikatnya.

"ARGGGGHHHHH"

Rebahlah diri seorang gadis yang tidak bersalah itu di atas lantai. Kemboja terus ke arah Liz sambil mengucap syukur pada tuhan.

"Liz.. Liz kau ok tak..Liz bangun Liz" ditepuk pipi rakannya itu perlahan.

"hmm" Ya dia sedar. Bersyukur tak terkata buat Kemboja. Badan rakannya terlalu panas.. nampaknya esok dia terpaksa menggunakan kenderaan awam ke pejabat.

"penatnya, aku tak tidur lagi hmm esok kena bangun awal kejar rapid.." menguap dia disebelah Liz..Dialah yang akan menjaga Liz sepanjang malam itu jika Liz meminta pertolongannya.

***************

'ting ting ting tup'
(alarm dari samsung S7+)
dia terpaksa menggunakan alarm phone kerana dia tak mahu jam locengnya mengejutkan kawannya yang sedang rehat.

Tanpa sarapan dia terus bergegas ke pejabat... dia hanya sempat menyiapkan makanan buat Liz sahaja...

turun sahaja dari tangga bas dia terus bergegas ke dalam pejabatnya..

sementara itu Encik Khilmiyn iaitu bosnya juga mahu turun ke lobi untuk keluar sebentar ingin menjamah sarapan katanya...

'Pakk'
"erk..sorry tuan saya terlanggar tuan.. maaf maaf.." Hampir menitis air matanya maklumlah dia tak pernah segelabah itu ke tempat kerja  tiba tiba harini entah nasib apa pula yang ditimpanya...

"Kau ni kerja sebagai apa ya? Takkan jalan kat lobi ni punya lah besar ruangnya sampai nak langgar aku? Rosak company ni kalau ramai orang macam kau!"

Encik Khilmiyn bukanlah seorang yang workaholic tapi dia sentiasa menyiapkan kerja yang penting sahaja...

Siapa siapkan kerjanya yang lain? dah tentulah staff yang lain haha. Tiada apa yang rumit baginya, beri sahaja bonus mereka akan setuju. Mudah kerjanya.

"Amboi! jaga sikit ya mulut tuan. Saya minta maaf sudah, hormat pun sudah! Bukannya masuk hospital pun kan?" jelingan maut,mampus dan mati diberikan.

'pergh pompuan ni kenal tak aku siapa? mana pernah orang lawan cakap aku macam ni' hanya hatinya menjadi sang pendengar.

"saya tau encik siapa dan saya juga tau yang saya tak sepatutnya cakap macam tadi tapi saya dah hormat dan bagi maaf bukannya saya maki!" 'Dia ni siapa...aku tak kenal pon sebenarnya. HAHAHA siapa suruh biadab'

Khilmiyn menjadi CEO pon selepas ayahnya menurunkan pangkat itu kepadanya. ya, kerjanya lebih mudah kerana dia hanya perlu menyambung titik peluh dan usaha ayahnya sahaja.

" sekali lagi awak tegur saya macam tu.. saya takkan teragak agak nak buang awak" ha baru kau tau aku ada kuasa besar dalam ni..

"rezeki tuhan ada di mana mana dan selagi saya dapat tegakkan keadilan selagi tu saya tegakkan!" eleh ada aku kesah nak ugut ugut?. pergh bukan main munafik perempuan ni punya ayat.

Kemboja meneruskan langkah. Malas dia mahu bertengkar. Dia memang begitu, tak kesah jika pangkat besar atau kecik baginya manusia perlu ada adab!

Khilmiyn hanya memerhati dari jauh. Dia bukanlah orang yang mudah berdiam diri lebih lebih lagi bila dicabar!

"kau tunggu..."

ghostXmafiaWhere stories live. Discover now