2015
Lyn's POVTahun ni aku PT3,Harini first day sekolah and aku tak tau aku kelas apa.huehue. Tahun lepas masa hari cikgu agihkan kelas aku mals nak datang sekolah. So,harini aku kena cari papan kenyataan untuk tau aku kelas apa. Haish. Menyusahkan.
So yah jom start cari nama aku,kita cek kat kelas pertama dulu. Kot² aku masuk kelas pertama.huehue.
"eh,ada nama madiha!nama ain!Wah. Kalau dorg masuk kelas pertama takkan aku tak de.mesti ada.hmmph. tak ade. Takpela,bukan rezeki. Cek kelas kedua pulak." aku bercakap sendirian
Mata aku berhenti mencari sebab mata aku dah ter'stuck' kat satu nama. Nama indah.nama yang paling sedap pernah aku dengar.
Muhammad Haziq Najmi Bin Zulkarnain
Nama macam bidadari syurga.wooo.sebelah nama ada no ic. Aku pun apa lagi keluarkan pen dan buku nota, catat. Bangga la jugak sebab diary aq untuk 2015 dimulakan dengan nama yang indah.haha.okok. dah fokus cari nama aku.
Tengah fokus cari,aku stuck lagi. Aku nampak ada satu nama. Sedap jugak nama dia...
Aerilyn adriana binti Azlan Yusoff
"Nama aku!series la weyh! Nama aku! AERILYN? SERIES LA? WEH AKU TAK CAYA! AHAHAHAH." aku fangirling sendirian
"kamu dah kenapa?". Tegur bekas guru kelas ku,ustazah Azizah.
Allahu, ustazah ni kalau perli memang pedas beb.aku tak boleh la.
"awak nak saya suruh awak melompat macam ni depan perhimpunan nanti?first day lagi ni. Baru syok." perli ustazah sambil senyum sinis
"tak-tak nak ustazah.so-sorry,saya just excited masuk kelas kedua". Terang ku dengan sedikit gagap.
"bersyukurlah,bukan melompat.awak islam,bukan kafir.dah la saya nak pergi kelas dulu. Asslamualaikum."
"waalaikummussalam"
Aduh,first day dah kena. Aduh,spoil mood la. Tak kesah la aku pun excited nak masuk kelas ni. Nak jumpa crush yang kupujaaaa.hahaha.
___
Ala,x dapat duduk satu meja dengan haziq.meja dia jauh gila kot. Ehhhh. Sedih ar cam ni.ala.ala. nak duduk dekattt dengan haziq. Ala. Haziq,notice la aku. Aku classmate kau kot!ahh happy gilaa.
___
Haziq menjadi ketua kelas manakala aku menjadi penolong ketua kebersihan. Tapi,penolong ketua kelas jarang datang sekolah. Aku pun tak tahu apa masalah dia. Kadang² dalam seminggu tu dia selang seli. Dah banyak kali jugak kena marah dengan guru kelas. Guru kelas aq, cikgu Fazlina pon ada terfikir jugak nak lucut jawatan dia. Tapi, si penolong ketua kelas ni dia pandai membodek. Haih...
Disebabkan Cikgu Fazlina ni macam jenis yang peramah,relax,chill so dia macam rapat dengan mak aku. Sebab perangai mak aku pun macamtu jugak. Dan disebabkan dia rapat dengan mak aku,so cikgu kenal aku lah. Cikgu selalu suruh aku angkat barang dia ke bilik guru tapi kalau barang tu banyak sangat...
"Aerilyn,najmi mari tolong saya angkat buku ni. Ha,awak berdua letak kat atas meja saya je tau." panggil cikgu fazlina yang membuatkan khayalan ku terhenti.
Aaaaaaaa!ni la yang paling aku suka!disebabkan haziq ketua kelas and aku orang yang paling cikgu kenal,so cikgu akan suruh kitaorang angkat barang dia. Best gila lah!
Dalam perjalanan ke bilik guru
Weyh,aku berdebar,teruja,gembira, rasa macam nak jadi ayam. Aku nak melompat tinggi. Aku rasa kalau aku lompat sekarang,boleh kot kalahkan kapal terbang. Ahhhh. Aku nak jadi gila.aku fangirling sendiri didalam hati
Boom!
Buku yang ku angkat terjatuh.aku sedikit menjerit kerana terkejut.
"lah,buku jatuh,aku ingat apa lah tadi. Buat terkejut aku je". Kata haziq
"err,hehe. Camne nak amik eh? Kau pegang jap buku ni. Hehe". Kataku sambil menghulurkan sedikit buku yang masih ada kat tangan aku.
"takpa²,disebabkan aku lelaki yang gagah,hahaha,biar aku angkatkan". Kata haziq yang membuatkan aku ketawa sedikit.
Haziq mengangkat buku tersebut dan kami berdua masuk ke bilik guru.
___
Setelah selesai,meletakkan semua buku tersebut di atas meja cikgu, haziq dengan secara tiba-tiba duduk diatas kerusi guru. Perlakuannya membuatkan aku sedikit terkejut. Dia tak takut ke kena marah cikgu nanti?aku tengok sekeliling. Ouh,patutlah bilik guru ni kosong. Takde cikgu langsung. Cuma ada beberapa orang pelajar junior yang masuk kedalam untuk menghantar tugasan.
"ha,apa kamu termenung ni?saya cikgu haziq. Saya nak kamu susun buku ni elok²". Pinta haziq secara tiba-tiba dengan nada ala-ala cikgu.
"o-ok cikgu haziq". Jawabku perlahan sambil tersenyum melayan lakonan haziq.
"hehe,bagus aerilyn. Sekarang saya nak awak bukak kipas ni untuk saya. Panas la bilik guru ni. Air-cond rosak kot". Pinta Haziq lagi dengan senyuman terukur diwajahnya.
Entah kenapa,kali ni, aku tak boleh nak kawal perasaan aku ni. Aku tiba-tiba rasa macam nak ketawa,melompat,fangirling.
"er-er d-dah laa weyh,nan-ti cik-cikgu datang kang. T-tak pasal² kena kang". Jawabku dengam suara yang perlahan dan agak gagap.
"ha okok. Kau jangan gagap². Takut aku. Aku ingat kau ada masalah ke apa. Haih kau ni. Dah jom masuk kelas".
___
Harini hari pertama,untuk tahun ni aku nak belajar pendidikan kesihatan. Aku pun tak tahu lagi cikgu mana yang akan mengajarku. Tapi aku ada terdengar perbualan rakan kelasku. Mereka cakap cikgu Azizul yang akan mengajar. Hushh.
Cikgu Azizul ni, dia cikgu disiplin. Ni sekolah menengah kebangsaan,tapi handsock tu tetap kena pakai. Kalau tak pakai pun,kena pandai² jaga. Kalau terselak sikit,habis la betis dirotan. Kat muka cikgu ni ada parut. Ada orang cakap accident,ada orang cakap jatuh tangga dan ada juga yang cakap kena pisau. Tapi apa sebenarnya jadipun,kitorg tak tau.
BOOOM!
Suasana kelas aku yang tadi bising macam pasar malam,bertukar menjadi senyap seperti di tanah perkuburan.
"Apa yang kamu semua bising ah!? Tahun ni nak PT3 adab still tak ada ke!Buku mana tak ade atas meja! Awak semua ni memang tak ready nak belajar lagi ke? Tak dapat kesedaran lagi ke nak PT3 tu!? Dah 8 tahun sekolah,still nak tunggu cikgu bagi arahan keluarkan buku ke!?biadap betul". Jerit cikgu Azizul dengan jelingan tajam dimatanya seakan-akan harimau.
Suasana kelas senyap sunyi. Semua orang hanya menunduk rasa sedikit bersalah dan ketakutan
"MANA BUKU KAMU!!!!". Jerit Cikgu Azizul yang amat kuat.
Haih. Macam ni ke bunyi sangkakala nanti.huhu.
Semua orang mengeluarkan buku dengan cepat manakala ustaz pula memerhatibkeadaan sekeliling kelas dan duduk setiap murid.
"Jap,saya tak suka kedudukan kamu sekarang ni. Saya nak tukar".
YOU ARE READING
Amore Mio?
Teen FictionKalau si psycho dan si ego bersatu,apa akan jadi eh? Boleh ke Lyn nak kejar cinta crush dia lepas smua benda yang dia dah tempuhi?ataupun Lyn akan berhenti dan mulakan hidup baru dengan imran hakim? 29 Dec 2018 _