IBS 22

25.6K 518 45
                                    

Hari ni,aku mula mengajar. Hampir dua minggu,aku berjauhan dengan Kayla sejak kejadian itu. Macam mana aku nak berhadapan dengan dia.

"Awak dah bersedia,Irfan?"tegur Puan Asyiqin.

"Nervous juga,puan. First time mengajar. Lagi-lagi,mengajar top class sekolah ni"balasku.

"I know you can do it. Take your time. Lama-lama,awak boleh sesuaikan diri".

Aku angguk. "Saya pergi dulu ye,puan". Puan Asyiqin mengangguk. Aku menuju ke kelasku.

#
#

"Kau rasa siapa cikgu yang gantikan Cikgu Zahirah?"soal Nisa padaku. Hari ni,aku berdua dengan Nisa sebab Ayin demam.

"Entahlah. Harap-harap cikgu tu okay"jawabku.

"Bangun! Selamat pagi,cikgu". Suara Rizal kedengaran.

Aku memandang ke depan. Aku macam tak percaya apa yang aku lihat.

"Selamat pagi. Duduk semua. Nama saya Hilmi Irfan. Saya akan menggantikan Cikgu Zahirah yang bersara dan menjadi guru sementara untuk matapelajaran Math kelas kamu".

"Okay. Saya nak kamu semua siapkan latihan Math jika ada".

#
#

"Saya nak tahu siapa ketua kelas ni? Dengan penolong ketua kelas"soalku.

"Saya Rizal. Saya ketua kelas ni".

"Penolong kamu?"soalku lagi.

"Adriana,cikgu"jawab Rizal.

"Okay. Buat kerja masing-masing"arahku.

Aku memandang Kayla yang sedang membuat kerja yang diberi.

"Cikgu. Saya Farah. Cikgu jadi cikgu Math kelas kami sampai bila?".

"Sampai jumpa cikgu Math yang baru"jawabku.

"Cikgu mengajar kelas ni sebab Adriana ke?".

"Bukan. Ni permintaan pengetua sendiri. Saya tak nak pun jawatan ni. Pengetua yang beria-ia. So,saya terima jelah"jelasku.

"Cikgu dulu pelajar sekolah ni?".

"Ya. Saya dulu pelajar sekolah ni. Oh yes! Siapa yang selalu dapat markah tinggi dalam kelas ni dalam Math"balasku.

"Adriana,cikgu. Tapi,dengar cerita markah yang Adriana dapat. Tak boleh lawan markah bekas pelajar sekolah ni"jelas Rizal.

Aku mengangguk. Kemudian,aku memberikan kuiz kepada mereka sampai tamat waktuku.

"Adriana. Saya nak jumpa awak dekat luar sekejap"pintaku.

"Minta maaf. Saya dilarang jumpa cikgu buat masa ni". Kayla membalas. Aku mengangguk dan keluar dari kelas.

"Hi,cikgu. Macam mana first day cikgu dekat sekolah?"tegur Cikgu Zira yang kebetulan keluar dari kelas sebelah.

"Panggil je Irfan. Awkward pula bila orang panggil saya cikgu. Setakat ni okay je"balasku.

"Kalau macam tu,awak kena panggil saya Zira". Aku angguk.

"So,Irfan. Boleh ke saya nak ajak awak rehat sama-sama nanti?"soal Cikgu Zira.

"Tengoklah macam mana. Saya tak nak ada gossip"balasku.

"Gossip apanya? Mengarutlah awak ni,Irfan. Lagipun,awak bujang lagi kan?"ujar Cikgu Zira.

"Saya dah kahwin pun,Zira. Sebab tu kalau boleh saya nak elakkan gossip"balasku.

"Okay. Terpulang dekat awak".

ISTERIKU BUDAK SEKOLAH [COMPLETED]Where stories live. Discover now