IBS 76

16K 279 21
                                    

Aku dan Irfan menghadiri majlis pengebumian Harris. Suasana sedih menyelubungi keluarga Harris. Lagi-lagi Aunty Aida yang masih tersedu-sedu. Susah nak percaya bahawa anaknya sudah meninggal dunia.

Ahli keluarga dan kawan-kawan menadah tangan ketika imam membaca doa supaya Harris di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

"Abang. Tunggu kejap ye. Nak jumpa dengan parent arwah"pintaku. Irfan mengangguk. Ketika itu,orang-orang yang hadir beransur pulang. Aku mendekati ibu Harris.

"Aunty. Takziah ye. Kayla nak minta maaf kalau Kayla ada buat salah selama Kayla jadi tunang arwah. Kayla harap aunty bersabar. Doa supaya arwah ditempatkan di kalangan orang beriman"ujarku.

"Terima kasih,Kayla. Kayla tak buat salah apa-apa pun"balas Aunty Aida.

Aku senyum. Aku pandang kubur Harris. "Harris. Saya nak bagitahu yang saya dah maafkan awak. Saya harap awak tenang di sana ye. Saya balik dulu. Ada masa saya akan ziarah awak". Aku kembali mendapatkan Irfan yang sedang bercakap di telefon.

"Siapa call?"soalku sebaik sahaja dia meletakkan panggilan.

"Mama call. Cakap triplets tu dah bangun. Nangis cari kita. Then,mama suruh beli barang dapur sikit. Petang ni ada orang datang nak meminang Yana"jawab Irfan.

"Ada orang nak masuk meminang Yana? Wow! Dapat adik ipar la nampaknya"kataku. Teruja. Irfan dah menggeleng.

################################

Aku tertidur di dalam kereta semasa perjalanan pulang ke rumah dari Tesco.

Aku bermimpi Harris berjumpa denganku. "Terima kasih,Kayla. Jaga diri awak baik-baik". Aku senyum. Harris hilang dari pandangan.

#
#

Aku pandang Kayla yang sedang tidur. Dia tersenyum masa tidur. "Mimpi apa la wife aku ni".

Cantik juga dia ni walaupun hanya berselendang. Selendang itu menutupi rambutnya. Aku tersengih. Aku tahu apa yang aku perlu buat.

"Kayla. Bangun. Dah sampai rumah"kejutku.

Kayla terjaga lalu mengeliat. Tubuhnya ke hadapan. Aku yang tengok hanya mampu menelan air liur. Tiba-tiba,Kayla menampar pipiku. "Mata tu. Ingat Kayla tak tahu abang pandang mana". Aku tersengih. Tahu-tahu je.

################################

Petang itu,keluarga teman lelaki Yana tiba dengan rombongan meminang. Laku jugak adik aku sorang tu. Sorang tinggalkan dia,dua tiga orang nak dekat dia.

Mama berborak sambil menjual dan membeli pantun. Aku tengok je. Terdiam. Terkaku. Mana aku reti pantun-pantun ni.

"Jadi,Yana. Terima tak?"soal Datin Aliyah pada Yana.

"Kalau anak aunty sudi,Yana terima dengan hati yang terbuka"jawab Yana.

"Alhamdulillah. Tak lama lagi,bonda dapat menantu la ye"balas Datin Aliyah.

Aku melompat. "Dapat adik ipar! Yahoo!"jeritku.

"Ya Allah! Hilmi Irfan! Tak malu ke? Anak-anak tengok tu"bebel mama. Aku tersengih. "Excited la,ma. Kahwin jugak budak ni. Dapat juga merasa ada anak buah"ujarku.

"Pa. Mi akap pa cam udak-udak. Eh tak. Cam nyet"kata Hadiff. Tetamu yang datang ketawa mendengar celoteh Hadiff ni.

Tetamu datang. Takkan tak pelawa makan. Special sikit makanan petang ni. Nasi tomato dengan ayam masak merah. Air tangan aku. Err bukan-bukan. Air tangan Kayla.

Aku duduk di pondok di luar rumah sambil melihat triplets aku bermain air di dalam kolam dengan Kayla. Tetamu masih ada lagi. Apa yang dibualkan dengan mama. Aku tak tahulah.

ISTERIKU BUDAK SEKOLAH [COMPLETED]Where stories live. Discover now