IBS 67

18.6K 335 52
                                    

Sudah bulan keenam,Kayla pregnant. Perut dia besar lain macam. Sekarang ni,aku menghantarnya ke rumah mama. Aku akan ke Sarawak selama seminggu.

"Abang.. Kayla nak ikut abang. Tak nak duduk dengan mama"rengek Kayla.

"Tak boleh la sayang. Kerja. Kalau abang busy,siapa nak jaga Kayla? Kalau jadi apa-apa dekat Kayla? Abang yang kena bebel dengan mama. Mama okay lagi. Kalau daddy tahu? Lagi teruk abang kena"ujarku.

"Yelah. Seminggu je kan?". Aku mengangguk. "Okay".

Kami tiba di rumah mama. Sebagai seorang suami yang romantik,aku membuka pintu kereta untuk Kayla.

"Thank you. You're so sweet"ucap Kayla. Aku berpimpin tangan dengan Kayla menuju ke pintu rumah.

"Abang! Sis! Welcome home!"tegur Yana. Kami berdua terkejut.

"Yana ni. Terkejut sis. Nasib baik sis tak ada sakit jantung. Kalau ada,dah tumbang tadi"bebel Kayla.

"Alololo.. Sorry mummy to be. Eh masuk lah. Mama dah tunggu"pelawa Yana. Kami berdua masuk ke dalam rumah.

"Wah sis. Besarnya perut. Baru enam bulan kan?". Kayla mengangguk.

"Ha Irfan,Kayla. Lama tak balik"celah mama.

"Busy,ma"jawabku.

"Abang ni memang,ma. Busy dengan kerja je. Kerja dekat office tu pun dia bawa balik rumah. Workaholic"adu Kayla.

Mama menggeleng. "Ni kamu berdua datang sebab apa?"soal mama.

"Macam ni. Irfan kena pergi Sarawak. Ada urusan kerja sikit. So,nak tinggalkan Kayla dekat sini. Bahaya kalau tinggal dia sorang dekat rumah tu"jelasku.

"Oh. Bila ke sana? Berapa lama?"soal mama.

"Malam ni. Seminggu macam tu"jawabku.

"Boleh je. Mama lagi suka Kayla tinggal sini. Boleh berborak dengan dia. Nak harap adik kamu ni? 24 jam terperap dalam bilik. Apa dia buat mama tak tahu la"balas mama.

"Dia kan ada boyfriend. Mama kahwin kan je Yana tu. Suruh dia dengan laki dia duduk sini. Jaga mama".

"Abang! Yana muda lagi la. Baru 21. Belajar pun tak habis lagi. Ma! Tengoklah abang ni"adu Yana.

"Sikit-sikit nak mengadu. Isteri abang ni kahwin dengan abang masa dia 17 tahun. Okay je. Yana dah 21. Dah boleh jadi wife orang"perliku.

"Sis! Tengok abang ni. Buli Yana"adu Yana.

"Eh apa dia baby? Lapar? Okay. Jom makan". Kayla buat tak tahu. Aku dah tahan gelak.

"Okay. Fine. Nak merajuk lah macam ni. Huh!". Yana berpeluk tubuh.

"Alolo adik sis ni merajuk pulak. Jom teman sis makan. Lapar la. Baby kata nak kenal dengan Aunty Yana dia. Jom"pujuk Kayla.

"Yay! Jom!". Kayla dan Yana bangun dari sofa dan menuju ke dapur. Tinggal aku dengan mama.

"Susah tak jaga isteri mengandung ni Irfan?"soal mama.

"Boleh tahan la. Tapi biasalah. Kuat merajuk. Yang Irfan tak tahan ni. Kuat betul makan"jawabku.

"Biasalah tu. Mama dulu pun kuat makan masa mengandungkan kamu. Sampai arwah papa tak bagi mama makan banyak"jelas mama.

Aku tersenyum. "Ma. Nak ziarah kubur papa la rasanya sebelum pergi Sarawak"ujarku.

"Pergilah. Tinggalkan Kayla dekat sini"balas mama. Aku mengangguk.

Aku ziarah kubur papa selepas sahaja menunaikan Solat Zohor berjemaah di masjid. Aku baca Yasin dan sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah papa.

ISTERIKU BUDAK SEKOLAH [COMPLETED]Where stories live. Discover now