IBS 40

21.2K 385 46
                                    

Aku terkelu bila berhadapan dengan mama walaupun Naim dan Maira berada di sisiku.

"Ada apa kamu berdua datang jumpa aunty? Bawa dia sekali"soal mama.

"Kami berdua datang ni sebab nak satukan aunty dengan Irfan. Sampai bila aunty nak layan Irfan macam orang luar. Kami bukan nak menyibuk. Tapi kesian dekat Irfan ni. Sebab gambar yang belum pasti betul ke tak. Aunty buang Irfan. Result pregnant tu boleh buat kalau dibayar. Memang aunty yang lahirkan Irfan. Kami tahu Irfan takkan buat macam tu. Aisha tu sanggup buat apa saja yang dia nak untuk dapatkan sesuatu"ujar Naim.

"Berapa yang dia bayar kamu untuk datang sini? Nak pujuk aunty bagai".

"Aunty. Irfan tak bayar kami apa-apa pun untuk pujuk aunty. Kami cuma nak tolong Irfan. Nak tolong aunty. Kesian dekat Irfan ni"celah Maira.

"Kalau mama tak bagi Irfan balik sini lagi tak apa. Irfan tak kisah. Irfan cuma nak mama maafkan Irfan. Betapa seksanya,ma. Jadi anak terbuang. Irfan nak kita macam dulu,ma. Irfan rindu sangat dekat mama. Please,ma. Maafkan,Irfan"rayuku di lutut mama.

"Kamu berdua bawa dia keluar dari rumah ni. Dia bukan anak aunty. Anak aunty tak ada buat perangai macam tu. Aunty tak nak tengok muka dia".

"Ma..".

"Jangan panggil aku mama. Enough! I'll call police right now!".

Aku tak tahu apa yang mama marahkan aku sampai macam ni sekali.

################################

"Weh Irfan. Apa kata kau ambil cuti. Tenangkan fikiran kau dulu. Mak mana yang tak sayangkan anak dia. Cuma dia tu berkeras. Cutilah seminggu. Pasal kerja,kau jangan risau. Aku boleh tolong"ujar Naim.

"Biarlah aku macam ni. Aku mati pun tak ada siapa peduli. Terima kasih la sebab tolong aku tadi. Mungkin aku takkan jadi Irfan yang lama. Tak apalah. Aku masuk dulu".

Aku mengurungkan diri di dalam bilik. Tingkap ditutup dengan langsir. Lampu tidak dibuka. Phone aku off. Aku rasa down gila. Dunia aku hanya dalam bilik. Termenung macam orang tak betul. Aku tak makan langsung selama dua hari tu.

Aku masuk office pun tak ada mood. Buat kerja sekejap lepas tu termenung.

"Irfan. Kau okay tak?". Aku menoleh ke belakang. Aku menggeleng.

"Kau ni. Aku suruh kau apply cuti seminggu. Tenangkan fikiran. Ambil EL hari ni. Then cuti seminggu"ujar Naim.

"Tak payah. Aku malas nak cuti. Kerja berlambak. Cuti pun dapat apa je kan"balasku.

"Ikut suka kau lah. Pasal mama kau tu. Jangan ambil hati sangat. Mak mana yang tak sayangkan anak dia"ujar Naim.

"Kau masuk bilik aku ni ada apa?"soalku.

"Aku nak pastikan kau okay. Yelah. Dua hari kau tak on phone. Risau juga aku"jawab Naim.

"Aku okay je. Tak payah la risau pasal aku"balasku.

"Tak pernah aku nampak kau macam ni. Ni jangan lupa. Presentation kau petang nanti. Aku nak tengok kawan aku ni buat kerja macam mana". Naim keluar dari bilikku.

################################

Aku membuat pembentangan mengenai projek yang mahu dibina di Terengganu. Sejam setengah juga aku membuat pembentangan.

"Presentation yang bagus. Syabas,Irfan. Tak sia-sia uncle ambil kamu berkerja"puji Dato' Najmi.

"Uncle dah ambil saya bekerja. Ni caranya saya membalas baik budi uncle"balasku. Dato Najmi menepuk bahuku.

"Tapi uncle tengok kamu ni macam ada masalah yang kamu cuba sembunyikan"ujar Dato' Najmi.

"Hal peribadi,uncle. Saya tak nak orang lain tahu. Cukuplah Naim dan Maira tahu"balasku.

ISTERIKU BUDAK SEKOLAH [COMPLETED]Where stories live. Discover now