Jam menunjukkan pukul 6:45pm..
langkah dihayun segera walaupun seluruh tubuhnya terlalu letih seharian bekerja di syarikat penerbitan majalah yang menjadi lubuk rezeki kepada Liyana dua tahun kebelakangan ini.
Lengang,perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan situasi di sekitar 'basement' parkir kenderaan bangunan tersebut,Liyana enggan mengambil pusing kerana itu bukan kali pertama dia menghadapi situasi begitu.waktu kerjanya bukan seperti orang lainHonda City putih meluncur laju membelah jalan di tengah kota raya,fikirannya tidak 100% ditumpukan pada pemanduan kerana mengenangkan kejadian siang tadi iaitu manuskrip yang telah disiapkan hasil bersengkang mata selama 3 hari akhirnya selamat mendarat dilantai dek kerana di lempar oleh pegawai atasan Perjalanan 30 minit tidak terasa,akhirnya kereta dipandu memasuki pagar rumah teres setingkat yang dihuni sendirian.
Langkah dihayun namun matanya tertangkap kepada peti surat yang berisi beberapa keping surat dan ada daripadanya yang jatuh ke tanah akibat ditiup angin.
Liyana selamat mendaratkan punggungnya di atas sofa di tengah rumah,nafas di hela "letihnya harini..sudahlah manuskrip aku dicampak macam tu aje ke lantai,cerewet punya bos" omel Liyana sendirian
Tangan dipanjangkan mencapai beberapa keping surat yang dicampak ke sisinya,satu persatu di selak namun matanya tertumpu kepada sepucuk sampul yang tidak mengandungi nama pengirim,sampul dirobek satu persatu isi surat dibaca hingga ke akhir baris,tiada satu pun yang terlepas
"cis,pinjaman berlesen rupanya! Penat aku baca"..Surat tersebut dicampak semula ke sisi..Tekak yang kering membawa langkahnya ke dapur bagi menikmati seteguk dua air membasahkan tekaknya.Tiba tiba
"Mak!!!!" serta merta seluruh isi rumah gelap gelita,lampu yang menerangi segenap ruangan terpadam
"Kenapa pulak ni?Ya Allah gelapnyaaa" Liyana yang sememangnya fobia gelap mula tidak tentu hala,peluh mula merenik membasahi dahinya bukan kerana kepanasan tetapi itulah yang akan terjadi jika dia terlampau ketakutan
Mahu tidak mahu Liyana bangun dari kerusi dan mula bergerak perlahan lahan dan meraba dalam kegelapan mencari telefon bimbitnya di ruang tamu..Entah bagaimana langkahnya dalam gelap menyebabkan dia tersepak bucu dinding "aduh.....sakitnya"kini Liyana terduduk di tempat dia terjatuh "ibu.....Yana takut" sewaktu kecil apabila bekalan elektrik terputus Liyana akan menangis dan memeluk erat tubuh ibunya,namum dia harus menghadapi ketakutannya sendirian sekarang
Langkah diteruskan akhirnya tangan berjaya mencapai telefon bimbitnya dan Liyana terus membuka lampu suluh bagi menerangi jalannya untuk mencari lilin "lilin pula tak ada......macam mana ni...huwaaa takutnyaaa" Liyana menekan nombor seseorang dan tidak lama kemudian talian bersambung"ibu......Yana takut..." air mata yang dari tadi ditahan tidak dapat dibendung
"kenapa ni Yana?kenapa menangis ni?" ..suara wanita berusia 45 tahun itu menjalar disegenap pendengaran Liyana
"Ibu....rumah Yana tak ada elektrik...gelap Yana takut lilin pula habis" .Liyana mengadu satu persatu "Yana nak keluar beli lilin ibu jangan matikan telefon dulu.....temankan Yana"begitulah kebiasaan Liyana dari zaman universiti apabila bersendirian di rumah pasti akan ada seorang yang harus menemaninya walau didalam talianLangkah diatur,belum pun sempat Liyana menyarung selipar tiba-tiba mulutnya ditekup,tubuhnya diheret menyebabkan telefonnya jatuh,Ibu Liyana yang di dalam talian tergamam mendengar suara anak gadisnya menjerit jerit dan beberapa saat kemudian semuanya diam
"Yana!!!Yana kenapa tu? Yana..... Allahuakbar kenapa dengan anak aku"cemas Puan Laili mengenangkan sesuatu yang tidak baik berlaku pada anaknya..Tanpa berlengah lagi,Puan Laili turun mendapatkan suaminya yang sedang leka mengelap kasut kulit kesayangannya untuk mengabarkan perkara yang telah menimpa anak bongsunya
"abang.....yana bang..."
Bagaikan tidak cukup nafas untuk Puan Laili menceritakan segalanya
"Kenapa awak ni?kenapa dengan yana?"BERSABUNG
YOU ARE READING
SURAYA🧛🏻♀️
Mystery / ThrillerSeorang lelaki bernama farid telah mengalami psycho selepas kejadian sebulan lalu yang menyebabkan pemergian kekasih hatinya...Akan tetapi dia tdk dpt menerima takdir tersebut sehinggakan dia sanggup melakukan perkara terlarang...