"hey...aku suruh kau duduk diam diam kan!kenapa kau degil!"
Tudung yang sedari tadi melekap di kepala Liyana ditarik kebelakang menampakkan sebahagian rambut Liyana
"kau pula!ada aku suruh kau buka mulut? Kalau kau tak nak aku koyakkan mulut kau baik kau diam" lelaki itu memegang wajah Suraya kemudian ditunjal dengan kasar
Selepas Liyana dan Suraya kelihatan akur,lelaki itu bangun dan berpaling untuk meninggalkan mereka berduaTidak semena mena Suraya bangun dan menerkam lelaki itu dari belakang
"woi apa kau buat ni!"lelaki itu mengerang kesakitan akibat rambutnya ditarik oleh Suraya dengan kasar
Liyana terpempan dengan apa yang berlaku di hadapannya,bagaimana Suraya yang sedari tadi kelihatan lemah akibat disakiti mampu meraih tenaga untuk bergelut dengan lelaki bertubuh sasa itu
"Manusia macam kau ni tak patut hidup!"
Suraya bertempik sekali lagi Liyana tersentak kerana suara wanita itu tidak selembut ketika bercakap dengannya sebentar tadiPergelutan berlangsung beberapa ketika
"srakkkk" wajah lelaki tersebut bergaris dan mengeluarkan darah akibat dicakar oleh Suraya
"Kau memang gila!kau tunggu nasib kau!"
Lelaki tersebut menjerit kesakitan lantas meninggalkan bilik tersebut
Kini tinggallah mereka berdua sahaja di dalam bilik tersebut Liyana yang masih terkejut dengan peristiwa tadi bersandar di pojok bilik dengan menekup telinganya
Suraya berpaling pada Liyana,kali ini Liyana dikejutkan dengan perubahan pada diri Suraya,kini dia bukan seperti Suraya yang pada mulanya bersama Liyana..Lembaga di depannya mempunyai wajah yang ngeri,mulutnya berjahit dan mengeluarkan cecair berbau hamis yang menusuk hidung serta keseluruhan wajahnya dipenuhi kesan kelar di sana sini menyebabkan sebahagian kulit wajahnya tersiat dan terkulai kulai
Tidak apa yang mampu Liyana katakan melainkan menjerit dan menangis
Lembaga itu bergerak mengampiri Liyana dengan darah yang menitik nitik dari telinganya
"jangan dekat dengan aku!aku tak tahu siapa kau,jangan apa apa kan aku" Liyana menangis teresak esak dek kerana ketakutannya yang maha dahsyat...(Seketika itu...)
Toyota Estima yang dipandu Encik Lutfi tiba diperkarangan rumah Liyana kelihatan pintu pagar tidak ditutup dan pintu rumah dibiarkan ternganga
Puan Laili dan Encik Lutfi pantas melompat keluar dari kereta dan memasuki rumah Liyana
"abang....tengok tu..." Puan Laili menuding jari ke arah satu sudut di tepi pintu kelihatan telefon bimbit milik Liyana terjatuh disitu dengan kesan retakan seperti dipijak
Encik Lutfi melutut dan mengambil telefon bimbit milik anak bongsunya tersebut.."awak telefon pihak polis sekarang"
Puan Laili akur dengan permintaan suaminya,dia mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket dan menekan nombor kecemasan tersebut mujurlah dia sememangnya menyimpan nombor nombor untuk tujuan kecemasan seperti itu..
Tidak lama selepas itu,beberapa buah kenderaan polis memenuhi perkarangan rumah tersebut dan pita polis dilitkan disekitar rumah tanda dilarang melintas...Liyana menutup rapat kelopak matanya berharap agar semuanya hanyalah mimpi yang akan tamat apabila dia bangkit dari tidur,sesaat....dua saat... Kedengaran sayup sayup esakan tangis seorang wanita makin lama makin jelas,tidak boleh tidak Liyana tidak punya pilihan perlahan lahan kelopak matanya dibuka
"baaaaa!!"
Hampir jatuh jantung liyana apabila jarak mukanya dengan muka lembaga tersebut kurang dari satu nafas,lantaran itu dua biji mata lembaga tersebut gugur dihapan pandangan Liyana
Ingin sahaja Liyana mengakhiri fasa sedarnya dengan pengsan namun tidak pula otaknya memberi isyarat sebegitu terpaksa Liyana menghadapi ketakutannya dalam keadaan sedar..Bau hamis yang menusuk nusuk rongga hidung Liyana sukar ditahan,semakin lama semakin pekat baunya menyebabkan Liyana bertindak lari ke muka pintu untuk menyelamatkan diri,malangnya pintu tersebut berkunci dari luar
"Tolong!!!buka pintu!!!tolong!" tiada sahutan dari luar,Liyana terduduk menangis teresak esak mengenangkan nasib yang bakal diterimaBERSAMAMU
YOU ARE READING
SURAYA🧛🏻♀️
Mystery / ThrillerSeorang lelaki bernama farid telah mengalami psycho selepas kejadian sebulan lalu yang menyebabkan pemergian kekasih hatinya...Akan tetapi dia tdk dpt menerima takdir tersebut sehinggakan dia sanggup melakukan perkara terlarang...