"Farid! Lepaskan dia!"
Kini giliran Liyana terkejut melihat lembaga dihadapannya persis seperti lembaga yang berada bersamanya di dalam bilik tadi..
Lembaga itu berbaju kebaya ketat stail lama yang sudah lusuh dengan tanah dan darah serta mempunyai riak wajah yang mengerikan berdiri teguh di hadapan mereka berdua
Bau hamis nanah bercampur bau darah segar terus menerus menusuk hidung Liyana.."Kau dah jauh Farid!sudah sudahlah kau seksa roh aku ....sekarang kau nak seksa nyawa orang yang tak bersalah pula"
Suara itu persis kepunyaan Suraya namun siapa Suraya yang sebenarnya?apa yang telah berlaku
Lembaga di hadapan mereka kini menangis mengeluarkan bunyi yang sangat bingit di telinga mereka berdua seperti gemersik alunan siulan yang sangat kuat dan memecah dimensi pendengaran manusia biasa..Tidak hanya suara tangisan,terdapat juraian darah segar yang keluar dari mata lembaga tersebut tidak berhenti keluar dan menitik nitik hingga memenuhi sebahagian lantain tempat die berdiri
"cukup Suraya!jangan paksa aku!aku sayang kau aku tak sanggup kehilangan kau!" lelaki itu merayu dan terus merayu kepada Lembaga yang dipanggil Suraya itu,benarlah firasat Liyana bahawa yang dihadapan mereka adalah Suraya,wanita yang bersama nya tadiTidak tahan dengan semua itu Liyana menyentap tangan lelaki tersebut dan terus berlari ke arah koridor bertentangan dan mencari jalan keluar yang boleh menyelamatkan dirinya
"Hoi perempuan! Kau nak ke mana" tidak mahu kalah lelaki tersebut bangkit mengejar Liyana
"Ya Allah apa semua ni....." Liyana merintih dalam hati,malam itu merupakan malam yang sungguh panjang baginya,tidak pernah terlintas dalam fikiran walau sepesit pon dia akan melalui masa cemas seperti ini..Sesekali Liyana menoleh ke belakang berjaga jaga akan kehadiran lelaki tersebut walaupun kelibat lelaki tersebut tidak kelihatan di belakangnya
Jantungnya berdegup sungguh laju terasa darah yang mengalir di badannya kering sekering-keringnya menyebabkan wajah nya pucat lesi.Sedari kecil Liyana mempunyai Fobia yang serius terhadap situasi dikejar oleh seseorang..
Entah mengapa sedari tadi Liyana tidak menjumpai sebarang pintu keluar daripada bangunan tersebut,jalan yang dimasuki semuanya membawa ke pintu demi pintu tanpa pengakhiran..Langkah Liyana terhenti apabila tersembul di hadapannya lembaga Suraya yang kembali muncul dihadapannya sekali lagi menghalang laluan untuknya meneruskan perjalanan
"Suraya...apa semua ni...saya dah penat dengan semua ni tolonglah lepaskan saya" Liyana merintih di hadapan Suraya kini dia tidak lagi menghiraukan kejadian makhluk ngeri di hadapannya..
"Awak tak patut ada disini pon Liyana....ini dunia saya dan Farid,lelaki itu tapi saya perlukan pertolongan awak Liyana"
Semakin keliru Liyana dibuatnya"Apa maksud awak?"
"Farid....lelaki jahanam tu telah musnahkan hidup saya....sampai saya mati pun....dia tetap seksa saya" rintih Suraya
"maknanya awak....."
Tidak sempat Liyana menghabiskan kata katanya Suraya terlebih dahulu memintas
"Ya....saya dah mati....nyawa saya berakhir dalam tangan Farid,dia yang bunuh saya"
Pengakuan Suraya mendatangkan rasa empati dalam diri Liyana entah mengapa perasaan takutnya berganti dengan perasaan kasihan akan nasib malang wanita di hadapannya.."Sekejap......"
Tidak semena mena kelibat Suraya terbang hilang dari pandangan menghala ke tingkat atas Liyana masih terpinga pinga dengan apa yang telah dan akan berlaku
Tidak lama kemudian Liyana dikejutkan dengan sekujur tubuh lelaki jatuh di hadapannya dan mengerang kesakitan di samping kepalanya yang berdarah seperti di cakar..Suraya juga kembali di hadapan Liyana bersama dengan lelaki tersebut yang dijatuhkan dari tingkat atas
"sekarang aku nak kau lepaskan perempuan ni...dan kau lepaskan aku" Arah Suraya kepada Farid
"Tak....untuk melepaskan kau memang tidak,aku terlampau sayangkan kau Suraya,tapi perempuan ni....aku tak boleh senang senang lepaskan dia....dia tahu segala galanya"
Jawab lelaki itu dalam keadaan tercungap cungap dengan darah mengalir dari tepi pipinya..
YOU ARE READING
SURAYA🧛🏻♀️
Mystery / ThrillerSeorang lelaki bernama farid telah mengalami psycho selepas kejadian sebulan lalu yang menyebabkan pemergian kekasih hatinya...Akan tetapi dia tdk dpt menerima takdir tersebut sehinggakan dia sanggup melakukan perkara terlarang...