SURAYA Part 2

526 10 0
                                    


Encik Lutfi menggaru kepalanya yang tidak gatal
"Yana.....tadi dia telefon saya beritahu rumahnya tiada elektrik tak lama lepastu saya dengar dia ditarik....menjerit jerit Yana bang....tolonglaa saya takut"
Tersentak Encik Lutfi mendengar perkhabaran tentang anaknya itu,serentak Puan Laili disuruh bersiap dan mereka bergegas ke rumah Liyana

Sementara itu di posisi Liyana....
Entah berapa lama Liyana tidak menyedarkan diri selepas tubuh kurusnya dicepung lalu dibawa ke suatu tempat yang dia sendiri tidak pernah jejak.perlahan lahan kepalanya yang berat diangkat pandangannya kabur faktor pencahayaan yang tidak begitu membantu
"Aku dimana ni?" lehernya dipanjangkan meninjau kawasan tersebut,perlahan lahan Liyana mengensot untuk bersandar ke dinding tiba tiba terasa tangannya tersentuh sesuatu yang lebih kurang suhunya dengan tubuh Liyana..

"Ya Allah" hampir sahaja Liyana menjerit apabila objek yang dipegangnya tadi adalah sekujur tubuh wanita yang terbaring lemah dengan kesan lebam dimuka seperti baru saja disakiti..Matanya melilau seketika melihat samaada manusia yang membawanya ke situ masih berada di sekitar itu ataupun tidak selepas meyakini tiada sesiapa melainkan mereka berdua Liyana memberanikan diri meletakkan jari telunjuk di hidung wanita itu sesaat....dua saat.....kerana tidak yakin Liyana mberanikan diri memegang pergelangan tangan wanita itu "alhamdulillah" mujurlah wanita itu masih hidup

"apa dah jadi dengan aku ni?macam mana aku boleh ada disini" belum pun sempat Liyana menarik nafas bertenang tiba tiba pintu yang tadinya tertutup rapat ditendang dari luar,hendak luruh jantung Liyana apabila disentak begitu..
Di tengah pintu yang terbuka itu masuk seorang lelaki lengkap berpakaian serba hitam,bertubuh tinggi dan berdada bidang membawa sehelai kain hitam ditangan
"kau tengok apa!!!" suara parau itu cukup menggemakan ruangan yang samar samar itu..

Serentak dek kerana suara yang memecah kehengingan itu membangunkan wanita yang dari tadi tidak sedarkan diri
"Lepaskan aku!"bentak Liyana
"apa kau cakap?lepaskan kau?kau nampak kain ni kalau kau melawan aku tutup mata kau"
Tidak peduli dengan ugutan itu Liyana terus menerus menjerit meminta tolong
"panggg" satu tamparan selamat singgah dipipi mulus Liyana,terjelopok Liyana akibat tamparan yang melayang ke pipinya yang kian kebas..

"jangan cakap aku tak beri amaran ya....kau yang degil!"
Seraya lelaki itu melutut berhadapan dengan Liyana yang memegang pipinya yang baru ditampar seketika tadi
"apa kau nak dari aku?apa salah aku?" dalam esakan tangis Liyana memberanikan diri membuka mulut
"Salah kau?hurmm aku belum rasa nak beritahulah
..lepas aku seksa jiwa raga kau nanti aku beritahu"
Lelaki itu menghamburkan tawa jahatnya..

Biadap!kini Liyana menggunakan kudrat yang ada untuk menolak lelaki itu kebelakang dek kerana amarahnya yang membara "hey duduk diam diam lah!" lelaki itu bertempik
"kenapa kau libatkan dia?ini hal kita berdua aje tak perlu libatkan orang lain" wanita itu tiba tiba bersuara
Liyana terpinga pinga dengan apa yang didengari,apa yang dimaksudkan oleh wanita itu?

"eh kau diam aje boleh tak?kau ingat aku boleh lepaskan perempuan ni macam tu aje ke?kau silaplah!" lelaki itu bertempik
Sekali lagi Liyana tersentak kepalanya berdenyut denyut akibat kekeliruan yang menerjang mindanya serentak
"kau berdua duduk sini diam diam kalau aku tahu kau orang lari memang siap" seraya lelaki itu berlalu...

Suasana sepi seketika,kini hanya tinggal Liyana dan wanita tersebut sahaja yang berada di tengah bilik kosong itu ditemani decipan cicak yang sekali sekala mencelah..
"Apa maksud cik?.."
"Suraya....panggil saya Suraya"
Liyana membetulkan suaranya sebelum menyambung pertanyaan
"Kenapa Suraya boleh ada disini dan kenapa saya juga terlibat sama?"..
"awak tak salah....lelaki tu..."

Tak semena mena pintu ditendang dari luar..
"Apa lagi ni! Aku suruh duduk diam diam kan!" lelaki itu kini merapati Liyana dan Suraya..

BERTEMBUNG

SURAYA🧛🏻‍♀️Where stories live. Discover now