14 | Emotional

10.9K 633 39
                                    

"Alvin cover abang!"

"Abang dekat mana?"

"Belakang gudang, cepat! Diorang ligan abang."

Kaboom!!

Alex Marshmallow killed by Dannyal

Alex terlopong. Dia membaling telefon itu ke hujung katil.

"Adik lembab la. Senget betul mamat ni." Alvin meneruskan permainan sambil tersengih melihat abangnya yang tak puas hati. Apa boleh buat, kedudukan abangnya terlalu jauh di hujung peta dunia. Nasiblah tu.

"Ehh, Alex terkeluar ke?" soal David.

"Haah. Dia keluar cari marshmallow." maka terkeluarlah ketawa jahat daripada mulut Danial. Muehehehe!!!

Alex mengacah ingin menumbuk muka Danial. Tetapi Danial terlebih dahulu lari litang-pukang sehingga dia tertinggal permainannya yang masih belum tamat.

Kaboom!!

Dannyal killed by Red Dragon

Kini giliran Danial terlopong. Manakala Alex sudah ketawa berdekah-dekah. Tak guna punya partner in crime. Tak buat geng! Satu jelingan maut dihantar kepada Denis, adik kembarnya.

"Apa? Tak puas hati meh laa." acah Denis.

"Apa bising-bising ni?" soal satu suara serak basah seperti baru bangun tidur.

Mereka semua menoleh ke arah pintu bilik yang dibuka. Alice berdiri di situ seperti baru bangun daripada tidur. Oh lupa, baru sedar dari pengsan. Penangan Si Katak yang mendarat di atas kepala Alice.

Tetapi tiba-tiba sahaja matanya membulat. Terus dia menghempas pintu itu.

"Dah kenapa tu?" mereka dalam bilik itu saling berpandangan.

*-*-*-*

[ Sebelum itu ]

Perlahan-lahan Alice membuka mata. Bunyi bising di bilik sebelah mengganggu pendengarannya.

"Bila masa aku sampai rumah ni?" dia memegang kepala yang tiba-tiba berdenyut kuat.

Bunyi ketawa dari bilik sebelah menarik perhatiannya. Alice melangkah ke sana dalam keadaan yang masih terhuyung-hayang.

"Apa bising-bising ni?" dia masih sedang menggenyeh matanya yang masih kabur. Setelah pandangannya jelas dia memerhati penghuni bilik itu. Jantungnya seperti terhenti.

Bam!

Pintu bilik itu dihempas kuat secara tidak sengaja. Wajahnya terasa berbahang. Rasa pening tadi terus melayang.

"Tak guna! They all naked?!" Alice memegang kepala kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Jangan fikir bukan-bukan ekk. Bukan telanjang bulat, just tak pakai baju jer.

Itulah Alice, kau suka sangat serbu bilik orang macam tu. Mahunya lepas ni full naked baru nak insaf kot.

Tuk! Tuk!

Pintu yang dihempas tadi diketuk oleh makhluk di sebalik pintu itu.

'Nak buka, tak? Nak buka, tak?'

"Hello darl? Are you okay over there?" soal makhluk itu.

Dengarnya seperti suara David. Siapa lagi sweet talker dalam kalangan Red Dragon kalau bukan dia?

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now