Alice sudah dibenarkan pulang selepas dua hari dia telah sedarkan diri. Dia dijemput pulang oleh David dan Zack. Sejak kejadian tempoh hari, Alex dan Avlin langsung tidak munculkan diri. Tinggi benar ego mereka. Hanya disebabkan satu nama, hubungan mereka retak.
"Kau dah makan?" Soal Zack yang sedang memandu. Dia memandang Alice melalui cermin belakang. Gadis itu ralit memerhatikan pemandangan di luar tingkap kereta.
"Belum."
"Kalau macam tu kita makan dulu. Aku lapar." Terus kereta itu dibelokkan ke kanan. Mereka menuju ke Tesco.
"Makan sizzling, jom!"
"Jom." Kalau David yang ajak, memang wajib ikut. Selagi dia tak dapat apa yang dia sebut, selagi tu dia tidak akan kenyang.
Sedang rancak mereka berbual sambil makan, Alice terpandang akan seorang lelaki yang agak mencurigakan di belakang David. Gayanya yang terhendap-hendap menarik perhatiannya.
'Dia hendap siapa?'
"Alice, I know that I'm over handsome today but please, jangan tenung aku dengan mata memukau kau tu." Tegur David sambil tersengih. Alice yang baru sedar menggelengkan kepala. Perasan betul mamat ni.
"Aku bukan tenung kaulah kuali. Tengok belakang kau."
David mencebik. Ada ke samakan dia dengan kuali? Heh nasib kuali mahal. Dia dan Zack memusingkan badan menghadap ke arah yang ditunjukkan Alice.
"Shit!" Terus mereka mengemas barang mereka dan menarik Alice lari dari situ. Seperti lipas kudung gaya mereka. Langsung tiada arah tuju.
"Hoii, jangan larilah."
"Maaf!"
"Habis barang aku jatuh!"
"Maaf! Tumpang lalu."
Disebabkan terburu-buru, habis dilanggar oleh mereka pengunjung-pengunjung di situ.
Mereka tiba di basement parking. Tempat itu sunyi dari sebarang pengunjung dan kereta. Hanya ada dua tiga buah sahaja yang parkir di situ.
"Call Denis cepat." Arah Zack. Nafasnya sudah tidak teratur akibat terlalu penat berlari. Sudahlah baru lepas makan, mahu terkeluar segala isi perut yang ada.
"No! Kau nak bunuh dia ke? Kan dia dah cakap dia tak bo--" mulut David ditutup menyebabkan dia tidak dapat menghabiskan ayatnya. Zack memberi isyarat mata. Terus David berhenti meronta. Baru dia tersedar Alice bersama mereka.
"Apa maksud korang?" something smell fishy. Diorang mesti sorokkan sesuatu.
"T--tak. Bahaya kalau call Denis. Dia tengah... er tengah..." David tidak tahu mahu beri alasan apa. Dia sudah terlepas cakap. Nahas mereka kalau diketahui Denis.
"Dahlah, jom balik." potong Zack. Orang-orang Dark Skull juga sudah tidak mengekori mereka.
Macam mana mereka tahu itu Dark Skull? Jaket kulit hitam yang tersarung pada mereka itu terdapat logo tengkorak berwarna merah darah. Sudah beberapa kejadian yang melibatkan orang Dark Skull mereka menjumpai logo yang sama.
Baru sahaja mereka hendak keluar dari tempat persembunyian...
BANG!
"Aku tak pedulilah mamat tu boleh keluar ke tidak, call dia cepat!" arah Zack lagi sekali. Suaranya sudah naik seoktaf menunjukkan betapa bengangnya sekarang. Mereka kembali menyorok. Gila ke nak biarkan mereka dalam keadaan genting seperti ini? Mahunya mereka yang mati dulu.
BUK! BUK! BUK!
"Arghh!"
"Ehh?" Mereka bertiga tercengang. Siapa yang sedang bertumbuk? Mereka cuba untuk melihat.
"Korang okay tak?" sergah Danial yang tiba-tiba muncul di tempat persembunyian mereka.
"Mak kau Bang! Bang! Bang!" latah Zack. Pucat bibirnya yang selama ini merah bak delima.
Manakala Alice dan David pula sudah terketar-ketar kaki dan tangan diangkat ke udara gaya seorang pesalah. Fikir mereka Dark Skull datang mengacu pistol. Jika itu yang benar-benar berlaku, mereka pasti akan mati.
Danial tersengih melihat juniornya yang ketakutan. Salahnya juga main sergah begitu. Mujur tiada yang sakit jantung.
Strettttt!!!
Sebuah kereta jenama Honda berhenti mengejut di depan mereka. Tingkap pemandu di turunkan. Terjengul kepala Denis di situ.
"Naik."
*~*~*~*~*~*~*
Sepi menguasai seluruh ruang dalam kereta itu. Masing-masing masih terkejut dengan kejadian tadi. Zack pula sudah memejamkan mata. Dia memang tidak boleh terkejut. Pantang terkejut pasti rasa sesak nafas, pening. Ikut hati mahu pengsan sahaja tadi namun, kewujudan Alice di situ membatalkan niatnya. Digagahkan diri untuk mengawal jantung yang terlalu bekerja keras. Malu babe kalau pengsan!
"Tadi tu, Dark Skull kan?"
David hanya mengangguk. Dia tertanya-tanya bagaimana musuh mengetahui kedudukan mereka.
"Macam mana kau tahu kami dalam bahaya?" soalan Alice ditujukan kepada Danial dan Denis. Dia sebenarnya tidak betah duduk dalam keadaan sunyi tanpa suara. Tambahan pula dia sudah cukup bosan tinggal di hospital.
Danial diam. Membiarkan adik kembarnya yang menjawab.
Denis memandang Alice melalui cermin pandang belakang. Nak jawab apa ekk?
"Erm... hati aku kata puteri kesayangan aku dalam bahaya. Sebab tu kot." dia menyembunyikan senyum apabila melihat pipi milik Alice yang mula merona merah. Danial dan David sudah mentertawakan Alice.
"Orang tanya dia buat lawak bodoh pulak." muncung ditarik. Susah betul nak faham Red Dragon. Dalam keadaan tenang, pasti percakapan menjadi serius. Tapi sebaliknya pula bila keadaan serius. Pasti mereka akan membuat lawak hambar, bodoh, tak guna dan segala macam lawak yang menyakat orang sekeliling. Dan orang yang selalu disakat itu adalah Alice.
Denis meneruskan pemanduan. Bibirnya masih menguntum senyuman. Terasa lega bila Alice selamat. Dia sendiri sebenarnya teragak-agak dengan tindakannya yang ingin mengekori David dan Zack mengambil Alice. Dia bimbang kejadian kelmarin berulang. Tetapi apabila Danial menawarkan diri untuk menemaninya, dia berasa sedikit selamat.
Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam Tesco, mereka dikejutkan dengan adegan kejar-mengejar antara ahli RD dan DS. Mujur tiada ahli DS yang perasan kehadiran Denis. Jika tidak pasti kecoh Tesco itu melihat aksi berbahaya mereka.
Terus Denis berlari semula ke kereta manakala Danial mengejar DS seorang diri. Berani mati? Dia tidak peduli. Atau lebih tepat, dia tak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu. So, redah!
Dengan hanya menggunakan tangan kosong Danial menupaskan tiga orang ahli DS. Mujur dia sempat mengelak tembakan seorang lelaki. Sebaik sahaja lelaki itu ingin melepaskan tembakan kedua, pistolnya kehabisan peluru. Dengan sepantas kilat Danial menghadiahkan tumbukan tepat pada hidung Zizan Razak lelaki itu. Terus lelaki itu tumbang tidak sedarkan diri.
Kereta dibelok masuk ke perkarangan rumah milik Red Dragon. Teratur di luar rumah itu enam buah motorsikal berkuasa tinggi. Kaki diatur pantas masuk ke dalam rumah. Mereka tidak boleh berdiam diri. Sesuatu perlu dilakukan.
TBC
Pendek ke bahagian ni? Hurm... Bonus menanti anda malam ini. Hihihih... ;-)
YOU ARE READING
Gadis Red Dragon
Teen Fiction2nd story by FAzzahrah Status: COMPLETE [ in editing ] Cover by @MiaMie16 *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* Kehilangan identiti selama 11 tahun bukanlah sekejap. Banyak dugaan yang perlu dihadapi oleh Alice sepanjang dia tidak mengenali diri. Awalnya menjad...