44 | Dear

8.4K 443 27
                                    

"Dah sedar?"

"Dah."

Terpinga-pinga Alice memandang ruang itu. Ini bukan tandas. Ini... bilik.

"Oi!"

Alice memandang jejaka yang duduk di hujung katil itu.

"Den, macam mana aku boleh ada sini?" soal Alice.

"Alah, pintu tandas sekolah tu pintu murah. Sekali tendang terus bersepai," tutur Denis selamba.

Terlopong Alice mendengar jawapan itu. Tahulah dia kaya, tetapi janganlah jadikan sekolah itu seperti bapak dia punya.

"Jangan percaya dia. Kami guna kunci pendua," sangkal Alex. Dia menghulurkan secawan air putih kepada Alice. Kemudian dia melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.

Seperti ada tolakan antara mereka apabila Alice bertindak menjauhkan diri daripadanya. Tangan yang baru ingin menyentuh ubun-ubun itu juga ditolak perlahan. Terjongket kening Alex melihat perlakuan aneh adiknya.

Alice mengemam bibir. Itu semua tindakan spontan. Dia tidak berniat untuk menolak niat baik daripada Alex.

"Tell me what happened," ujar Alex. Dia hairan dengan Alice yang seperti takut-takut.

Alice menunduk. Dia tidak tahu mahu menceritakan peristiwa tadi atau tidak. Hatinya resah. Dia seriau kalau Red Dragon cuba untuk mengambil kesempatan atas kelemahannya.

"Adik...?" panggil Alex.

Alice menggeleng kepala. Biarlah itu menjadi rahsia hidupnya. Dia tidak mahu berkongsi dengan sesiapa.

"Alex, biar aku cakap dengan Al."

Alex mengangguk. Dia bangun dari katil untuk keluar.

Tergamam Alice apabila abangnya ingin tinggalkannya dengan Denis. Berduaan? Segera dia capai tangan Alex.

"Abang..."

Alex memandang sayu ke arah Alice. Risau dia melihat keadaan Alice yang dalam ketakutan. Apa sebenarnya yang telah terjadi?

"Jangan tinggalkan adik," desisnya perlahan antara dengar dan tidak.

"Keluar Alex," arah Denis dengan tegas. Tidak senang duduk dia melihat keadaan Alice. Persaan ingin tahu semakin membuak-buak.

Alex akur. Dirungkaikan pegangan Alice secara paksa. Denis mengikutnya hingga ke pintu.

"Jangan--" Baru Alice mahu melarang dari pintu itu ditutup, Denis lebih pantas menutup dan menguncinya.

Air liur ditelan. Dia takut berduaan dengan Denis. Duduknya di atas katil diperbetulkan supaya lebih bersedia. Mana tahu kalau Denis mahu menyentuhnya, sempatlah dia melarikan diri.

Denis menghampiri Alice. Dia mengambil alih tempat yang diduduki Alex sebentar tadi, di kepala katil bersebelahan Alice. Seperti jangkaannya, Alice berganjak. Keluhan dilepaskan.

"Now, cerita dekat aku."

Rasa seram Alice berganda-ganda berbanding ketika Alex yang berada di sebelahnya. Matanya mula hangat. Dia rasa seperti mahu meraung di situ.

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now