Lelaki ini masih lagi berpusing-pusing sambil mendongak memandang langit. Entah apa yang di carinya tah. Sebaik dia sedar dari pengsan dia sudah menggenggam sekeping kertas yang berlipat. Selepas dia membaca kertas itu dia terus tidak berhenti berjalan sambil memandang atas.
"Ish mana ni! Susahnya nak cari! Kata dekat atas! Tak ada pun!"
Dia merungut.
Bila dia teringat balik apa yang dia tahu semenjak dia sedar tadi untuk pandang atas. Dia dah buat tapi tak dapat apa pun!
FLASHBACK
Selepas sedar dari pengsan lelaki ini memegang dahinya. Tetapi dia terasa menggenggam sesuatu. Dia membuka tangannya untuk melihat apa yang berada di dalam telapak tangannya.
Kemudian dia terjumpa sehelai kertas yang berlipat. Dia terus di membuka kertas tersebut untuk mengetahui isinya.
Xi Luhan
Kau tahu senjata kau
sendiri bukan? Kau
seorang yang peka dan
mata kau pun tajam.
Jadi sentiasa peka
kerana 'ia' ada di
atas.
Luhan mula bangun dari duduk dan berjalan sambil memandang atas.FLASHBACK END
Sejak dari itu dia berjalan seperti orang dungu. Asyik memandang ke atas. Dia terlanggar sebatang pokok dan terus jatuh terlentang.
Tiba2 matanya menangkap sesuatu yang berada di atas pokok itu. Membulat matanya yang layu tadi. Mulutnya juga mengukir senyum gembira.
"Yes finally!"
Dia meletakkan kedua tangan kiri dan kanan pada sisi batang pokok itu. Kekuda juga di buka. Iya dia sedang memanjat pokok itu. Tetapi baru lebih kurang dua depanya dari tanah sesuatu terbang kearahnya dan terkena tepat di bahunya.
Benda itu berjaya membuatkan pegangannya pada pokok terlepas. Terus dia terhempas ke bumi.
"Arghhhhhhhhhhh!!!"
Kepala Luhan juga turut terhantuk dengan batu yang tajam dekat atas tanah itu. Dia rasa sakit seluruh badannya.
Luhan tetap menggagahkan diri. Dia bangun dan mengesot perlahan untuk bersandar pada pokok yang mahu di panjatnya tadi.
Matanya berbinar-binar. Penglihatan nya tidak jelas tetapi dia masih nampak seorang lelaki mengutip semula benda yang dibaling kepadanya sebentar tadi.
Dia hanya dapat memandang perbuatan lelaki itu. Dia mengenali lelaki itu namanya Bambam tetapi dia tidak sangka yang dia akan mati di tangan lelaki itu kerana lelaki itu sedang mengangkat senjatanya tinggi untuk memukul Luhan.
"Hei berhenti!!!"
Pandangan Bambam dan juga Luhan beralih kepada seorang lelaki yang membawa pedang itu.
"Kau tak ada hak untuk hentikan aku dari membunuh lelaki lemah macam dia ni!"
Bambam tersenyum sinis kearah Luhan. Sehun datang dan berdiri di hadapan Luhan.
"Ya tetapi aku ada hak untuk lindungi orang yang lemah dari mati dekat tangan orang yang tak ada hati perut macam kau ni."
"Kau!"
Bambam menghayunkan tombaknya ke arah Sehun. Tetapi Sehun tahan menggunakan pedangnya. Sehun maju beberapa langkah sebelum menolak Bambam.
Tetapi Bambam tidak mengalah dia tetap menyerang semula. Sehun pun berlawan semula kerana tidak mahu 'mati katak' di situ.
Mereka tetap sahaja berlawan ada masa Sehun jatuh dan ada masa Bambam jatuh. Apabila Sehun berjaya memegang pemegang tombak Bambam dia cuba merebutnya.
Selepas dia berjaya dapat tombak milik Bambam dia membuang tombak itu berjauhan dari mereka dan dia mendekati Luhan. Baru beberapa langkah kedepan Bambam menjerit.
"Mati lah kau!!!"
Nampaknya nasib benar2 menyebelahi lelaki yang bernama Oh Sehun itu. Dia memusingkan badannya dan serta merta pedang yang dia genggam erat itu menikam perut Bambam sehingga tertembus.
Dia juga turut terkejut. Bambam terjelepuk tidak bernyawa di atas tanah. Sehun merasa sangat bersalah tetapi yang dah mati tidak boleh di kembalikan. Jadi dia meneruskan perjalanannya ke arah Luhan.
"Hei3 kau hidup lagi kan?"
Dia menyoal lembut sambil menepuk berlahan pipi lelaki itu. Luhan hanya membalas dengan anggukan lemah.
Sehun dengan pantas mencepung tubuh lelaki itu. Wow walaupun belakangnya sakit tetapi mendukung lelaki yang sedang dibawa ini lansung tidak menjejaskan apa2.
"Hei tetaplah sedar. Aku nak kau selamat!"
Sehun berjalan tanpa arah tuju dengan Luhan di dukungannya. Tiba2 dia terjumpa sebatang sungai di hadapannya.
Ini sudah cukup memadai. Dia menyeluk poketnya ada cerbisan kain bewarna biru muda. Pelik juga dia sejak bila kain itu berada di dalam poketnya.
Dia mencelup kain itu kedalam air dan mengelap darah yang berada di pipi Luhan. Baju Luhan di bahagian bahu di turunkan sedikit. Luka di bahunya agak dalam. Dia juga meringis apabila mengelap luka di bahu lelaki itu.
Setelah selesai dia memakaikan semula baju Luhan dan bersandar di sebelah lelaki itu. Luka di belakangnya juga terasa nyerit. Tetapi dia tidak mampu melakukan apa2.
Dia berjaga agak lama sebelum matanya pun turut terpejam sama seperti Luhan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.*****TBC.......
[What guys?! Arghhhhh Ai ship sesangat HunHan! Tapi ada lagi! Ship yg lain. Haha caring lah pulak si Oh Sehun ni!]
KAMU SEDANG MEMBACA
Survive (EXO) [DISCONTINUED]
De Todo30 orang dipilih dari 15 daerah untuk menyertai permainan yang bernama "SURVIVE" adakah kesemua nya akan hidup dengan selamat sehingga ke akhirnya? Atau kesemuanya akan mati sebelum permainan tamat? Bagaimana pun permainan ini yang akan menentukan h...