Chapter 2

46 19 0
                                    

Selepas memastikan semua sudah duduk di dalam ruangan itu. Tiba2 ruangan yang gelap itu menjadi terang menderang.

Terlopong mulut mereka. Sebuah pentas seperti tempat berlawan. Lelaki tadi mula menapak ke atas pentas tersebut.

"Kamu semua perlu bertarung di sini! Kamu akan di pisahkan dari kawan satu daerah dengan kamu dan berlawan dengan calon dari daerah lain. Ada apa2 soalan?!"

Seorang daripada 30 orang calon mengangkat tangan dengan yakin.

"Baiklah kamu!"

"Tuan! Macam mana kalau salah satu diantara kami terputus nyawa disini?"

"Kami tak bodoh untuk biarkan kamu semua mati di sini sebelum memasuki 'game'."

Selepas itu nama dipetik seorang demi seorang untuk berlawan bersama dengan pasangan yang telah dipilih.

Mereka diberi pilihan senjata sebelum menaiki pentas tersebut. Calon pertama mengambil sebilah pedang manakala lagi seorang lebih memilih sepasang kerambit.

Mereka mula berdiri membuka kekuda masing2 iaitu gaya mahu berlawan. Selepas loceng di bunyikan mereka mula berlawan.

Calon bernama Jackson mula memusingkan kerambit yang berada di tangannya sambil mengelak serangan pedang dari calon yang bernama Sehun itu.

Mungkin dia lebih pantas dengan sepasang kerambit di tangannya. Dia bergerak secara bulatan dan menoreh lengan lelaki itu.

Sekali lagi dia mahu menyerang, pedang yang di pegang Sehun bertembung dengan kerambitnya. Sehun membalas balik semua serangan yang di berikan. Dia dan Jackson sama2 bercalar merata.

Mereka masih tidak mengalah dan meneruskan perlawanan mereka. Sehingga Sehun menepis kerambit yang berada di tangan kiri Jackson.

Lelaki itu mahu mengambil semula kerambitnya yang terjatuh tetapi gagal apabila Sehun menendangnya dan menghalakan pedang ke arah lehernya.

Selepas diberi kebenaran Sehun melepaskan pedangnya dan berjalan untuk pergi. Jackson pula tiba2 bangun dan mahu menyerang dari belakang.

Tindakan itu mengejutkan juga tetapi tiada apa yang berlaku kepada Sehun kerana Jackson tiba2 jatuh mengelupur dan tidak sedarkan diri.

"Ini adalah salah satu fungsi benda yang telah di suntik pada leher kamu semua sebentar tadi. Jika kamu lihat di atas ada tingkap kaca hitam kan? Di situ terdapat satu bilik kawalan. Kamu semua diperhatikan dari atas. Jika ada yang mahu membuat tindakan seperti tadi. Mereka akan tekan butang dan cip yang berada di dalam badan kamu itu akan berfungsi."

Mereka mengemas semula pentas itu sebelum calon2 seterusnya pula untuk bertempur di situ.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*****TBC......

[ Mcm biasa pendek. Harap x kesah lah.]

Survive (EXO) [DISCONTINUED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang