Chapter 7

46 19 5
                                    

Sambil jalan sambil merungut. Itulah apa yang di buat oleh lelaki yang jalan dahulu. Lain dengan lelaki yang jalan di belakangnya itu.

"Hei kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"

Lelaki yang berada di depan berhenti dan memandang lelaki yang berada di belakang.

"Eh. Awak ada cakap dengan saya ke?"

"Eh tak lah aku cakap dengan pokok-pokok dalam hutan ni. Mesti lah aku cakap dengan kau!"

"Oh sorry. Apa awak cakap tadi?"

"Sampai bila kita nak pusing-pusing cari senjata kau?!"

"Oh. Alah awak ni. Tolong lah. Awak tak apa sebab senjata awak dah jumpa saya ni ha nak guna apa?"

Lelaki itu memuncungkn bibirnya.

"Yelah.Yelah,Yelah! Kau ni pun Baek menyusahkn orang!"

Lelaki itu menyambung perjalanan nya semula. Baekhyun mengikuti dari belakang.

"Awak marah saya ke? Sorry."

Lelaki itu tidak melayan. Dia jalan seperti tiada apa yang berlaku. Mereka adalah kawan baik. Mereka juga dari daerah yang sama.

"Chan! Jawab lah! Awak marah dekat saya ke?"

Masih tiada sahutan. Baekhyun mengeluh panjang sebelum jalan semula mengikuti lelaki itu dari belakang.

Semasa mereka penat. Mereka berhenti berehat sebentar. Baekhyun duduk agak jauh dari lelaki itu kerana dia berfikir yang lelaki itu masih memarahinya.

Rumput yang berada di bawah kakinya di main. Kekadang dia tersenyum sendiri. Rindu dengan kehidupan lamanya. Sebelum dia menjadi mangsa permainan bodoh ini.

"Korang jangan bunuh aku!"

Pandangan Baekhyun teralih. Dia memandang ke arah sahabatnya yang di kepung oleh beberapa orang lelaki. Mereka juga adalah calon yang bermain.

Dia berdiri. Dengan memberanikan diri dia menjerit.

"Hei! Jangan ganggu dia!"

Pandangan mereka beralih kepadanya membuatkan dia menjadi cuak. Tak akan nak berlawan dengan tangan kosong?

Mereka mendekatinya perlahan dengan serigai seram. Baekhyun pula berundur sedikit demi sedikit. Namun salah seorang dari mereka menangkap tangannya.

"Nak lari mana?"

Baekhyun menggeleng.

"Kau nak tahu? Jarang ada orang yang berjumpa dengan kitorang untuk lepas hidup-hidup."

Baekhyun takut. Lelaki yang di kepung tadi berjalan ke arah mereka. Dia meletakkan tangan diatas bahu salah seorang dari mereka.

"Chan. Tolong Baek."

Mata Baekhyun berkaca kerana ketakutan. Lelaki itu pula hanya memandang dengan senyum sinis.

"Korang. Bunuh dia."

"Chan! Awak dah gila ke?!"

"Aku gila?"

"Kalau diorang bunuh awak nanti macam mana lepas diorang bunuh saya?"

"Bukan aku yang gila tapi kau yang bodoh! Diorang ni kawan aku. Diorang tak akan bunuh aku. Tu lah kau. Waktu kita dekat dorm dulu kau lansung tak reti bergaul. Sekarang kau mati je lah."

"Kau tak guna Chan! Aku percaya kau macam ni kau buat dekat aku!"

"Huh kau memang bodoh. Cuba kau fikir balik? Kenapa senjata kau tak jumpa lagi? Sepatutnya senjata setiap orang tak akan berada jauh dari tuannya lebih dari 2 km. Tapi kita dah pusing-pusing sampai dah petang macam ni. Masih tak jumpa. Sebab aku dah buang senjata kau jauh sebelum kau sedar."

Baekhyun menunjukkan muka tidak percayanya. Benarkah ini adalah sahabat baiknya?

"Korang bunuh je dia sekarang."

Lelaki itu menjauhi Baekhyun yang di pegang oleh dua orang lelaki itu.

Air mata Baekhyun tidak berhenti mengalir. Adakah benar ini sahabat yang dia kenal dari kecil? Hanya kerana game bodoh ini dia di khianati sedemikian. Kalau benar mengapa dia tidak mati sebelum kenal dengan lelaki itu.

Satu pedang diletakkan tepat pada leher Baekhyun yang sedang menggigil sambil menangis itu.

"Chanwoo!!! Aku benci kau!! Kau lah kawan yang paling tak guna yang aku pernah jumpa!!!"

Baekhyun menjerit sekuat hati sebelum pedang itu dilibas pada lehernya. Tetapi lelaki itu tidak melibas leher Baekhyun. Sebaliknya dia melibaskan pedang kepada orang yang memegang Baekhyun.

Lelaki itu kemudian menolak Baekhyun kebelakang sedikit untuk berdiri di hadapannya. Baekhyun yang masih terkejut tidak melakukan apa-apa. Dia hanya memandang belakang lelaki itu.

"Kau! Kau memang pengkhianat! Tak guna!"

Chanwoo menengking dengan muka yang merah menahan marah. Lelaki itu pula tersenyum sinis.

"Habis? Kau tak di kira sebagai pengkhianat? Kianat kawan dari daerah kau sendiri demi game bodoh ni?"

"Kau?! Serang!"

Mereka mula berlawan beramai-ramai. Lelaki itu dengan mudah membunuh dua orang dari mereka. Tinggal lagi dua iaitu Chanwoo dan rakannya Jinyoung.

Baekhyun hanya tercegat disitu. Dia memandang pergelutan mereka. Lelaki itu berpeluh-peluh berlawan. Saat dia nampak Jinyoung menghayunkan tombak pada lelaki yang membantunya itu tadi. Dia terus tolak lelaki itu ke tepi.

"Baekhyun!"

Tombak itu menusuk tepat di perut bahagian kiri Baekhyun. Lelaki tadi yang melihat Baekhyun terhuyung-hayang ke belakang melibaskan pedangnya kepada Jinyoung. Chanwoo sudah melarikan diri.

"Hei jangan pejam mata."

"G-go-m-ma-wo."

Muka Baekhyun berpeluh-peluh menahan sakit. Tanganngannya di gunakan untuk menggenggam tombak yang tetacap di perutnya.

"T-ta-pi s-sa-kit."

"Nae, aku tahu. Bertahan nae?"

Baekhyun mengangguk patah. Nafasnya terasa laju akibat sakit yang di alaminya. Lelaki tadi buntu. Jika dia menarik tombak itu Baekhyun akan kehilangan lebih banyak darah. Tetapi jika dia biarkan, bagai mana dia nak bawa Baekhyun pergi.

"B-Baek. Aku nak cabut, kau tahan nae?"

Selepas mendapat anggukan dari Baekhyun, dia menarik perlahan-lahan tombak itu dari perut Baekhyun. Berkerut dahi Baekhyun menahan sakit.

"Cha siap. Jom aku bawa kau pergi dari sini."

Sepanjang perjalanan dia membawa Baekhyun dia akan berbual dengan Baekhyun supaya dia tidak tertidur.

"Sakit lagi?"

"Erm n-nama a-awak apa?"

"Chanyeol. Park Chanyeol."

Chanyeol berjalan membawa Baekhyun untuk mencari sungai. Tetapi masih tidak di temui. Sehingga dia terjumpa dua orang yang tidak dia kenali.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

*****Tbc....

[Chaaaa sekarang pasangan ChanBaek in the house yowwwww...how? Ok? Or not? Mcm biasa... voment jusaeyo!]

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Apr 28, 2020 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Survive (EXO) [DISCONTINUED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang