Kehidupan ini

2 0 0
                                    

kehidupan ini,
terkadang seperti kertas.

dilipat.
disimpan.
dikoyak.
dan kemudian dibuang.

dunia sebahagiannya,
sperti kertas.

ramai yang bersedih.
bangga.
malu.
dan gembira.
kerana kertasnya.

kerana kertas,
manusia dipuji.
kerana kertas,
manusia dipuja.
kerana kertas,
manusia dihina.

kerana kertas,
manusia terpisah.
kerana kertas,
manusia berkuasa.
kerana kertas,
manusia merana.


sijil kelahiran - kertas.
sijil penghargaan - kertas.
sijil kelulusan - kertas.
sijil perkahwinan - kertas.
ijazah - kertas.
buku akaun - kertaa.
saman - kertas.
tesis - kertas.
passport - kertas.
sijil perubatan - kertas.
jemputan kawin - kertas.
duit - kertas.


hanya satu kertas.
yang "dimiliki" setiap orang.
tetapi "tidak dapat dilihatnya" sendiri.

yakni ;
sijil "mati"nya.

"  

THE bingkisan HATIWhere stories live. Discover now