Slender Man

37 2 0
                                    

Kisah kedua bermula. Cara penulisan berubah. Lebih ke arah sastera sikit.

Satu panggilan yang cukup mudah dan ringkas, 'Slender Man'. Mungkin bagi sesetengah penghuni bumi tak seberapa biasa dengan makhluk ini. Slender Man ini seorang gambaran makhluk misteri tanpa muka dan tinggi seperti galah. Orang Melayu menggelar hantu galah. Malam itu sunyi, hening dan sepi. Sekali terdengar bisikan dari himpitan angin sepoi sepoi bahasa di pipi, sekali bulu roma tegak berdiri, perasaan takut cepat menyinggah.

Prep malam, selalu aku berjalan sendirian menuju ke tempat penapis air coway kerana ingin mengisi haus di tekak. Langkah kaki diatur tenang menuju destinasi. Mata melilau sambil memandang ruangan gelap sekeliling. Jalan sepanjang susur gajah yang malap dek kuasa dibekal kepada lampu tidak cukup agaknya. Aku diam, aku endahkan kerana alah bisa tegal biasa, keadaan yang sering dialami sepanjang hari-hariku di TGB ketika waktu prep malam. Tidak lama setelah tekak hilang haus, diteguk beberapa cawan air gedi yang keluar dari corong penapis air coway, aku berlalu pergi.

Perjalanan yang agak sunyi, derapan kaki kedengaran jelas tetapi pelik. Derapan kaki yang berganda. Aku diam, segera berhenti. Kaki dirapatkan, telinga peka mendengar segala bunyi. Bunyi cengkerik kedengaran, begitu juga serangga-serangga malam yang lain. Setelah keadaan kembali tenang, terasa selamat, langkah diatur semula. Sekali lagi, diganggu. Aku berfikir sejenak, terdiam seketika, badan kaku. Satu susuk tubuh kelihatan tepat di sebelah tangga. Aku ketap bibir, fikirku cuma imaginasi kerana terlampau banyak tengok cerita hantu. Aku tak peduli, langkah terus diatur. Susuk tubuh yang tinggi, muka tidak kelihatan, tangan tiada, berdiri dekat dengan tiang tangga.

Keesokan harinya, aku masih pergi dekat tempat yang sama kerana itu rutin harian ketika prep malam. Kali ini, lebih cepat kerana takut terserempak dengan makhluk atau apa-apa sahaja yang spesis. Hati tiba-tiba berdebar, jantung berdegup kencang. Aku diamkan, rasa gelisah. Pelik menghantui fikiran, timbul imej seram. Aku tak tahu. Dengan perlahan aku berjalan ke arah tangga tersebut. Tangga sebelah makmal fizik. Tangga di mana 'dia' selalu ada. Retina membesar bagi menyesuaikan keadaan dengan tempat yang malap. Aku pelik, dia tidak muncul. Hati aku lega, terasa selamat kerana tidak diganggu.

Aku melangkah meninggalkan tempat tersebut. Tiba-tiba, aku berasa sesuatu di belakang. Aku memutuskan untuk tidak menoleh sebab tiada manusia selain aku, kalau ada pun, aku tetap tak menoleh melainkan ditegur. Tak rasa pelik kalau ditegur, sekali pandang tiada mulut tetapi suara didengari? Siapa tahu, misteri kehidupan. Langkah diterus dan begitu lah hari seterusnya sehingga aku keluar dari TGB.

Advance Fact :

Jin, ade yang boleh berkawan dan menolong. Cuma pertolongan mereka itu berupa pancing, menjerat dan susah dilepaskan. Hati-hati, kerana sebaik-baik jin, sejahat-jahat manusia.

[FIXING CONTENT] Paranormal At TGBWhere stories live. Discover now