'Kuntilanak'

18 1 0
                                    

Sorry guys, ceritanya terhenti. Okay, aku sambung balik yee... Pastikan kali ni lampu tertutup, biar baca sekali kena ganggu, hihihihi.... Ataupun dia ikut baca sekali kot..

 Baik, rentetan dari kisah yang sebelumnya, mengenai 'Slender Man' , Slender Man atau Hantu Galah sebenarnya memang wujud cuma tak nampak. Kelas sepanjang hari, ada kerja itu ini, banyak latihan yang bertimbun-timbun, lalu mata pun berpinar-pinar kabur apabila munculnya hantu galah itu. Dalam kisah kali ini, lebih menarik kerana mungkin makhluk halus ini menjadi kesukaan kalian dek dirinya yang terkenal dalam khalayak ramai. Kuntilanak. Nama yang cukup pendek, empat suku kata, diucap tegak berdiri bulu roma. Takut ke? Itu biasa. Makhluk alam lain menampakkan diri, susuk tubuh berupa wanita, rambut mengurai panjang berbaju putih menutupi tubuh. Mata merah kemerahan menghiasi riak wajah yang pecah, remuk kerana terbakar. Sejarah mengatakan bahawa kuntilanak merupakan seorang perempuan atau ahli sihir yang terkutuk dan telah dibakar dalam sesuatu upacara ritual bagi menyucikan diri, satu api marak membakar tubuh perempuan tersebut tetapi dirinya hilang dan lesap selepas api tersebut padam serta merta. Ahli-ahli ritual setelah itu mengalami mimpi ngeri, terbayang wajah perempuan tersebut dalam minda. Seminggu berlalu, penduduk di situ menyaksikan sendirir penyatuan jasad mereka dengan tanah, darah bercampur darah, banjir berdarah berlaku. Amukan 'Kuntilanak'. 

  Tersasar pula, baik kita sambung cerita. TGB ini banyak tempat menarik dan luas. Kata penduduk sekitar dan penghuninya, banyak pemandangan cantik boleh dilihat dari beranda TGB. Kuntilanak ini aku nampak dalam blok asrama. TGB ada empat blok asrama lelaki, tiga blok asrama perempuan. Dipendekkan cerita, aku baru usai pulang dari kelas prep malam.

  Aku baru teringat sesuatu yang aku kena jumpa kawan aku dekat blok C,  jadi aku bergegas ke sana. Blok C agak jauh tetapi tidak seperti blok D.  Nasib blok tak jauh,  senang untukku berjalan sendirian tanpa ditemani.  Malam-malam sepi yang dingin, angin  gedi menghempas muka dan menyejukkan tapak tangan. Aku teruskan perjalanan. Setibanya di cube kawan aku,  aku menyelesaikan perihal itu dan lepak sekejap. Tak perasan jam sudah pukul 12 malam. Aku meminta izin untuk pulang ke blok A. Usai ayat bicaraku,  ada sesuatu yang lalu di belakang.  Aku berasa hairan. Aneh sekali.  Aku diamkan.  Orang buang tabiat ke jalan dalam dorm pakai pakaian putih tutup satu badan. Perasaan aku jadi lain.

  Aku ingin tahu siapa gerangan tersebut. Aku menoleh ke luar tingkap cube kawan aku. Takde pape, so means macam selamat sikit nak gerak balik blok. Tapi... Malam itu bukan malam yang senang. Langkah kaki dibuka keluar cube.  Terpampang depan mata, orang yang memakai baju putih tadi. Walaupun jauh, tetapi cara berjalan,  jelas, bukan orang. Tak nampak rambut,  sebab gelap.  Lampu kena tutup pukul 12. Lembaga itu menuju ke arah pintu keluar.  Aku fikir masak-masak sebelum keluar. Akhirnya,  aku tekad. Aku keluar jugak. Lepas keluar dari blok C, aku jalan macam biasa,  sebab kalau aku lari,  nanti orang lain dengar pulak, takut warden ronda malam tu. Semenjak hari itu,  aku kerap kali nampak susuk tubuh wanita berpakaian putih, rambut mengurai dekat atas bumbung Blok C. Aku endahkan. Biarkan makhluk itu sendiri,  kalau tidak,  ia akan mengganggu. Benar ataupun tidak,  seseorang telah membuatkan makhluk itu mengamuk. 

Advance Fact :

Makhluk itu nampak kita,  dan boleh menampakkan dirinya.  Cuma hijab kita tertutup. Tetapi kalau nampak, jangan tegur,  kerana tetangan mata membuka pintu laluan untuk dirasuk

Okay guys,  tu je kisah sy... I will come up again with new story soon.  Stay tune. 



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 01, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[FIXING CONTENT] Paranormal At TGBWhere stories live. Discover now