Hidden Eyes

42 2 0
                                    

  Kisah pertama ini aku alami masa first masuk asrama lelaki, blok A iaitu Blok Abu Bakar.  Ade satu tingkat atas dengan ground floor,  satu floor ade 66 tempat untuk setiap pelajar. Tak perlu terlalu detail sangat.  Baik, aku bukanlah berminat sangat nak ambik tahu menahu tentang paranormal atau benda mistik sangat cuma aku just suka tengok cerita seram,  so aku dah lali. Cuma kali ni kan,  kita nampak dengan mata kepala sendiri,  lain wo dengan yang lakonan.  Ok,  nak dipendekkan, lepas semua dah settle, pendaftaran dan sebagainya.  Aku pun naik pergi tempat aku, AA18 yang hujung dekat dengan sodorm atau ruang belajar lah senang, mase tu memang ah tak rasa sangsi ke musykil ke,  yelah baru masuk,  nak biase biasekan diri.  Orang kate tak kenal tak cinta.

  Baik,  malam pertama. Aku dapat cubemate yang sama mrsm dulu, jadi takde lah susah nak interact sebab dah tahu perangai memasing. Mase tu aku kenal kenal dengan cube sebelah dan seterusnya. Malam itu tenang je,  macam takde rase resah ke atau ape apelah perasaan pelik. So tanda-tanda pelik ke atau misteri pun tak nampak sangat. Tgb ni mengamalkan hidup secara cube-cube,  lagi senang nak cari pelajar,  takde pintu, terbuka walaupun hakikatnya ade je perkara lain jadi.

  Sedar tak sedar, dah seminggu aku duduk Tgb,  penat memang penat sebab baru habis minggu silaturahim.  Penat mase tu,  jadi mata ni berat nak tido je. Mase-mase camni lah nampak itu lah,  nampak inilah.  Ok, malam tu,  aku letih sangat tak tahu kenapa,  jadi lepas habis program misra,  aku terus balik dorm, tak makan supper,  balik terus tido. Tiba-tiba...

  Aku perasan ade orang kejut aku,  walaupun aku kadang senang tersedar. Tapi sebenarnya,  aku ni musykil sangat,  tak tahu kenapa.  Sebelah cube aku, AA19 macam lain sikit.  Tak macam cube lain. Ade something tak kena.  Sebab aku selalu lepak situ, jadi lama lama terasa lah jugak dia punya piau tu. Setiap kali aku lepak cube tu,  aku akan ade sesuatu yang aku rase aku nak tengok jugak tapi aku tak pasti.  At first aku ingat benda biase sebab yelah kan,  feels something is wrong,  mesti kau curious, betul tak? Jadi aku selak langsir,  tengok bawah katil. Nak bagitahu sikit,  penghuni AA20 ni memang pengotor habis,  kekadang takleh brain aku cam mana dia boleh tahan dengan bau busuk dan dia punya sampah bawah katil tu. Jadi aku diamkan jelah. Locker takyah pandang lah,  kotor gile. 

  Tengah jenguk-jenguk ni,  tiba tiba aku perasan sesuatu. Macam sepasang mata tapi takde kepala atau badan. Aku terus diam.  Dua tiga hari lepas tu,  aku tak lepak situ dah.  Memang lama jugak nak tahan tengok. Bayangkan ni,  kau tengah buat kerja sekolah,  ade mata yang pandang je kau,  dia tengok je. Tapi takde tengkorak ke kepala dan badan, just mata. Tu ok lagi,  daripada kau tengah buat kerja sekolah tengah malam,  memang meremang bulu roma. 

  Member yang dekat dekat tak nampak,  aku nak bagitahu pun rasa macam berat mulut ni nak cakap,  jadi aku diam jelah. Kalau tiba-tiba kau bukak locker, nampak mata dalam baju,  rak barang kau.  Tu baru sikit. Hati hati sikit,  kekadang benda tu ade je,  belakang kau ker,  dalam almari baju.  Sebab benda tu tak bertuan.  Lagipun, orang baru datang tempat dia bertandang,  mungkin ade sesuatu yang dia nak tapi kita tak tahu,  selagi kita tak kacau dia,  dia tak kacau kita, betul ke?  Cube tengok nanti masa nak tido,  tengok siling,  tengok sebelah,  tengok almari, ade mata.  Hantu pertama discovered tapi takdelah seram. Tunggu kisah dua. 

Advance fact:

Manusia dengan jin berada tempat yang sama,  tetapi berbeza dimensi. 

Stay tuned for the next part.

[FIXING CONTENT] Paranormal At TGBWhere stories live. Discover now