BAHAGIAN 2

230 13 2
                                    


PROLOG SETERUSNYA; TUTTUNKHARA, BILTIZAR, ARIATH DAN NIZANYEH

"Kandaku Tuttunkhannuk, apa kamu pasti mahu menemui anak keturunan Baar itu lagi?"

"Dindaku Tuttunkhara, kamu terlalu khuatir dengan tindakanku."

"Perbuatan ini menyalahi peraturan kaum kita kanda. Kita tidak mencampuri urusan anak-anak Adam di alam nyata."

"Aku masih maklum akan hal itu dinda."

"Jadi abaikan saja pertemuan itu nanti. Anak keturunan Baar itu sudah berniat mempersekutukan Pencipta Alam Semesta. Itu dosa yang sangat dimurkai, kanda."

"Sekiranya aku mengabaikan permintaannya, dia akan menyeru makhluk ghaib lain untuk mengusir kita dari sini~"

"Jadi biarkan! Kita pergi saja, jauh dari sini, membina penempatan baru."

"Ini kawasan kita dinda. Kita telah hidup di sini sejak sekian lama. Kita tidak diterima di tempat lain. Hak kita ada di sini, di Alam Ghaib Kerajaan Uruk. Apa kamu sanggup melihat makhluk lain datang mengambil hak kita sesuka hati dengan permintaan anak-anak Adam?"

"Anak-anak Adam itu sudah diberikan kelebihan untuk menjadi ketua kepada kita, jadi pendapat adinda, kita biarkan saja. Kita bukan dicipta untuk saling berperang dengan kaum sendiri~"

"Tuttunkhara, aku tidak berniat untuk berperang dengan sesiapa pun. Aku hanya mahu mempertahankan hak kita!"

"Dengan menunaikan permintaan berdosa dari anak keturunan Baar itu?"

"Kita tidak perlu mengikuti dosanya, tapi kita boleh membetulkan apa yang salah pada rancangannya."

"Anak-anak Adam tidak dicipta untuk mengikuti telunjuk kita, kanda."

"Mereka tidak perlu mengikuti telunjuk kita. Mereka hanya perlu diberikan pilihan; hitam dan putih."

"Kita akan ditimpa bencana nanti kanda!"

"Tenang dindaku Tuttunkhara. Aku masih ingat akan Sang Pencipta Alam Semesta dan aku masih ingat peraturan kaum kita."

"Jadi kanda nekad?"

"Aku mahu kamu terus bersamaku di sini. Alam Ghaib Kerajaan Uruk ini hanya dihuni oleh kita berdua. Aku mohon kamu percayakan pada rencanaku, Tuttunkhara."

"Sekiranya kamu juga mempersekutukan Sang Pencipta, aku bersumpah akan meninggalkan kamu kanda."

"Sampai begitu sekali, sumpahmu Tuttunkhara? Bagaimana jika aku masih mahu melakukan ini semua tanpa mengingkari Sang Pencipta kita."

"Masih terlalu kabur pada pengetahuanku untukku katakan. Tapi sekiranya kamu benar, sisa-sisa dari jiwaku akan untuk terus berada dekat dengan jiwamu."

"Apa itu juga sumpahmu, Tuttunkhara?"

"Sehingga tibanya akhir masa untuk kita, kandaku Tuttunkhannuk."

"Aku terima sumpahmu itu sebagai janji, wahai adikku."

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Di sebuah ruangan gelap di bawah tanah, seorang lelaki sedang mengacau sebuah periuk yang berisikan cecair yang kehijauan warnanya. Cecair itu sudah menggelegak mendidih dengan buih-buih yang meletup-letup naik ke udara.

Ruangan yang kecil dan terlindung dari sebarang cahaya ini hanya diterangi oleh beberapa batang lilin besar yang bernyala dengan bara api yang menjadi tempat memasak ramuannya.

BAAR (Siri Keempat INFINIT)Where stories live. Discover now