Suasana di sekelilingnya sunyi. Dia tahu yang mereka sudah sampai, namun kelopak matanya masih terlalu berat untuk dibuka. Baru sekarang tubuhnya rasa tenang sejak menahan azab sekian lama; kesakitannya sama sekali hilang.
Deria rasanya mengatakan yang di sini masih lagi siang, sedangkan di sana untuk beberapa waktu tadi sudah tengah malam.
Ini dimensi nyata manusia dan bukan dimensi ghaib.
Dia sedang digendong oleh tubuh yang memiliki tenaga yang kuat, tetapi dingin; dan tenaga ini menenangkan fikiran dan jasadnya.
Takut; tapi dia sendiri yang telah memutuskan untuk mengikuti musuh keluarganya.
Dia sudah berjanji untuk menghilangkan segala kesakitan yang telah ditanggungya sepanjang malam.
'Ampunkan Qal mama.'
Wajah seorang wanita berkulit pucat dengan rambut auburn keriting panjang melepas bahu kini memenuhi fikirannya.
FLASH!
"Bila mama nak bagitau pasal identiti Qal, asal-usul Qal?"
"Kenapa nak?"
"Qal dah 13 tahun ma. Dah banyak kali Qal tanya sebelum ni, tapi mama tak pernah jawab betul-betul."
"Kan mama sudah katakan~"
"Ye, bila umur Qal genap 18 tahun baru mama akan ceritakan, Qal ingat. Tapi ma, apa salahnya kalau Qal tau sekarang pun? What's the difference?"
"Kerana hanya setelah kamu berumur 18 tahun, kamu bisa membuat pertimbangan yang jelas~"
"Kawan-kawan Qal kat sekolah pun ada yang tinggal dengan family angkatlah ma. Mak bapak angkat diorang pun takde masalah nak cerita pasal asal-usul diorang. Apa salahnya kalau Qal pun tau siapa mak bapak kandung Qal?
Kenapa ma? Qal ni anak luar nikah ke apa?"
"Kamu sendiri ada surat kelahiran kamu, Haiqal. Kamu tahu nama-nama kedua orang tua kamu, bukan?"
"Nama-nama tu mama boleh reka sendiri kan?"
"Syed Amirul Haiqal, kamu kenal mama. Mama sendiri yang telah membesarkan kamu. Untuk apa mama mahu mereka-reka tentang maklumat di dalam surat kelahiran kamu?"
"Tak, Qal tak kenal dengan mama~"
"Haiqal!"
"Tengoklah keadaan mama tu sendiri. Mama pelik. Mama dah sah-sah muka orang putih dengan rambut merah tu.
Qal sendiri tak tahu apa nama penuh mama. Qal tak pernah tengok mama keluar, apatah lagi tengok mama keluar dari rumah ni. Mama asyik berkurung dalam rumah, tapi tengah malam-malam buta mama lesap.
Selama Qal hidup, kita tak pernah keluar sama-sama pergi mana-mana. Sejak dari sekolah rendah pun, mama tak pernah temankan Qal pergi sekolah.
Mama panggil entah mana-mana orang yang tak kenal, kononnya sebagai ganti penjaga untuk Qal, sampai cikgu-cikgu sekolah tanya, kenapa penjaga-penjaga Qal ni semua selalu bertukar-tukar orang~"
"Itu yang membuat kamu risau? Kerana mama tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah kamu?"
"Banyak sebab ma, bukan itu je. Tu, bodyguard mama semua yang mama suruh untuk jaga Qal dari sekolah; bodyguard-bodyguard yang mama suruh untuk jaga Qal kalau Qal pergi mana-mana~"
"Haiqal, mama jamin, yang mereka semua tidak punya niat jahat terhadap kamu~"
"Mama kerja apa ma? Ma~kenapa mama senyum? Tu, yang perempuan dengan budak kecik yang berambut merah yang selalu datang rumah kita ni selama ni tu siapa?"
YOU ARE READING
BAAR (Siri Keempat INFINIT)
Vampire'Darah milik kamu dan dia saling menolak, tetapi kamu vampira dan kesan sakitnya hanya akan dirasai Amirul Azzim seorang. Phoenix, apa kamu masih ingat, yang kamu berdua telah diramalkan oleh Ariath dan Hapseseth sebagai Infinit dan Definit yang aka...