♡ Part 5 ♡

330 42 55
                                    

Dalam rumah ni sekarang dah kelam kabut macam pasar malam anda tau?

Chenle tak berhenti menangis dengan bunyi pelik dia tu. Actually Chenle ni bukannya baby yang kecik sangat pon, dah 3 tahun dah, jalan tak teh tak teh, dia reti lah, cakap pun pelat-pelat, aku pun tak faham dia pinjam bahasa planet mana, planet dolphin lah kot, tapi tulah hyung-hyung dia layan dia macam baby yang baru lahir, hiks, terharu pulak.

Renjun Jeno Jaemin bergaduh yang aku sendiri tak tahu apa puncanya.

Haechan Mark pun berperang mulut.

Lucas tak berhenti menjerit.

Kun Doyoung tengah kelam kabut pujuk Jungwoo yang tengah menangis akibat air panas tertumpah atas kaki dia, nasib sikit je.

Taeyong tak berhenti membebel, aku yang tengok dia pun rasa penat, kejap ke hulu, kejap ke hilir, mulut macam bertih goreng mengalahkan mak-mak, apa yang sibuk sangat tu?

 Yuta Taeil macam biasa sibuk mengusik Winwin, habis meraung budak tu dibuatnya.

Johnny dengan Ten buat hal diorang sendiri, bagus.

Jaehyun pulak tengah sibuk dodoikan Jisung sambil nyanyi lagu ABC, tak tau lah reti ke tak tu.

Aku? Mestilah kena uruskan Jungwoo dulu, dah teruk sangat meraung tu. Aku pun satu bangang jugak, pergi suruh si Kun dengan Doyoung buat Chenle punya susu, kan padah namanya tu.

"Jungwoo, kita pergi hospital nak?" Soal aku lembut sambil melutut untuk menyamakan ketinggian aku dengannya, kepalanya aku usap lembut, alah kesiannya, dah berpeluh-peluh, muka pun dah merah.

Eh makin kuat pulak dia meraung bila aku sebut 'hospital', astaga.

Aku jeling kaki dia yang memang dah merah menggelecet, bukannya aku tak usaha nak sapu krim ke apa, tapi dia degil tak bagi aku pegang, pening.

"ʰʸᵘⁿᵍ ʲᵘⁿᵍʷᵒᵒ ᵗᵃᵏⁿᵃᵏ ᵖᵉʳᵍᶦ ʰᵒˢᵖᶦᵗᵃˡ ʰᶦᵏˢ.. ʰᶦᵏˢ" Bisik Jungwoo lembut di telinga kun dengan sedu sedan dia tu, okay aku tak tau macam mana aku boleh dengar apa dia cakap kali ni. Even dia bisik, tuhan dah bagi hidayah kat telinga aku kot.

"Kalau taknak pergi hospital kena sapu ubat, kalau tak nanti kaki jungwoo jadi gelembung besar, nanti meletup" Kata Kun dengan nada serious, laju tangan Doyoung mencubit lengan Kun sebab apa yang Kun cakap tu buat Jungwoo makin menangis tak henti-henti.

"sakitlah!" Protes Kun.

"Jangan takutkan dia la, dia tu dahla gembeng" Bisik Doyoung lagi, kurang ajar punya hyung mengata adikmu seperti itu.

Aku pandang Jungwoo yang air mata, hingus, peluh semua dah bercampur aduk, ya ampun. 

Ah sudah.. pening aku macam ni.

terus aku kesat muka dia dengan sapu tangan, bela budak kecik ni memang nak kena ada sapu tangan dengan tisu dalam poket sepanjang masa, heh.

"Jungwoo sayang noona tak?" Soal aku, tangan tidak berhenti dari mengusap kepalanya.

"ᴴᶦᵏˢ.. ʰᶦᵏˢ.. ᵐᵉˢᵗᶦˡᵃʰ.. ʰᶦᵏˢ.. ʲᵘⁿᵍʷᵒᵒ ˢᵃʸᵃⁿᵍ" 

"Kalau jungwoo Sayang, bagi noona tengok kaki Jungwoo, jungwoo nak pergi hospital tak?" Soal aku lagi, budak-budak ni memang kena pandai pujuk elok-elok, baru dia dengar cakap.

Laju Jungwoo menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu, ibu jari digigit.

"Okay, sini noona tengok kaki Jungwoo, noona sapu ubat sikit, noona buat slow-slow je, janji tak sakit" Aku mengangkat lima jari di sebelah kepala seakan-akan 'bersumpah'. Jungwoo memandang aku lama sebelum dia perlahan-lahan duduk melunjurkan kakinya ke arah aku, aku tersenyum kecil. Matanya dipejam rapat, taknak tengok lah tu!

NCT Baby?! + NCT OT21Where stories live. Discover now