♡ Part 6 ♡

275 32 27
                                    

"Ada apa aunty Hana nak jumpa ni?" Kata aku selepas bersalaman dengan aunty Hana. Semua budak-budak dah ke sekolah cuma tinggal Chenle dan Jisung je tidur dalam kereta. So, sekarang ni tepat 9 pagi yang dijanjikan. Aku jumpa dengan aunty Hana.

"Ada kosong lagi ke tempat kamu tu?" Soal aunty Hana.

"Kenapa? Ada baby baru ke? Saya kalau ikutkan dah tak nak ambil dah, sebab saya seorang je yang jaga tempat tu, tapi kalau seorang, boleh je saya jaga, bilik pun ada kosong lagi" Luah aku jujur. Betul, aku sukakan budak-budak, tapi jaga sorang-sorang ni letih juga sebenarnya.

"Aunty faham, tapi ada 3 orang ni.. Boleh ke?"

Mak oiii, 3 orang? Kalau ditambah jadi 21 orang semua sekali dalam rumah tu. Siapa sangka perempuan lemah lembut macam aku ni jaga budak-budak seramai tu? Eh, macam angkat bakul sendiri je.

Jap, fikir dulu. Nanti mampus aku kalau tersalah langkah.

"So, macam mana Areum?"

"Hmm, saya rasa tak boleh la Aunty Hana, dah terlampau sibuk sangat dah saya ni, saya minta maaf sangat-sangat, bukan saya tak nak, tapi keadaan sekarang ni tak membantu" Ujar aku lagi. Taknak ambil risiko. Tak terjaga aku nanti tak pasal-pasal ada orang buat aduan budak-budak bawah jagaan Areum Goawon ni tak terurus semuanya. Ni pun dah tak cukup tangan.

"Haih, tak apa, aunty faham, sebenarnya diorang bertiga tu mangsa dera dekat bawah orphanage lain. Ramai lagi, semua dah dihantar ke pusat jagaan lain, tinggal mereka bertiga je, aunty pun tak tau nak hantar dekat mana lagi" Aunty Hana mengeluh. Terbuntang biji mata aku bila dengar dia cakap macam tu. Orphanage apa yang sanggup seksa budak-budak macam tu? Fungsi Orphanage tu untuk lindungi budak-budak yang hilang ibu dan ayah, bukannya seksa dan tambah kesedihan mereka!

"Hah?! Habis sekarang macam mana keadaan diorang?!"

"Ada luka dan lebam-lebam sikit kat badan dengan muka diorang.. Tula aunty tak tau, orphan lain memang tak boleh nak ambil, sarat sangat dah, pening kepala aunty nak fikir" Aunty Hana mengeluh berat. Terus aku rasa serba salah.

"Oh my god, kesiannya..  Tak apalah aunty, aunty prepared je borang-borang yang perlu diisi tu. Biar saya jaga diorang" Ucapku ikhlas. Tiba-tiba je aku rasa kesian yang teramat sangat dekat budak-budak tu. Biar aku penat, asalkan budak-budak tu dapat perlindungan.

"Hah? Betul ke ni Areum?  Oh god, Terima kasih sangat-sangat Areum, aunty tak tau lagi nak balas jasa kamu macam mana.. Thank you so much" Kata aunty Hana terharu.

"Nanti petang karang, aunty hantar diorang ke tempat Areum ya? Sekarang diorang dekat hospital lagi"

"Kesiannya, okay, pintu Areum Goawon sentiasa terbuka untuk diorang. Areum tunggu aunty ya petang ni" aku senyum ikhlas.

Tak apalah. Buat kebaikan, budak-budak tu pun dapat kawan baru nanti.

Haih.

***

Apahal lama sangat budak-budak ni nak keluar tabika ni? Aku kerling ke arah jam tangan aku. Dah setengah jam lambat ni. Tabika pun dah lengang. Risau pulak aku. 
Patut ke aku masuk dalam tabika tu?

"oona..ambatnya yongg" Chenle bersuara. Terkebil-kebil aku cuba memahami apa yang disuarakan oleh Chenle.

"Oh, hyung lambat? Noona pun tak tahu lah Lele" kata aku sebelum membetulkan Jisung yang sedang tidur, hampir nak terjatuh dari seat kereta depan haha.

Pintu kereta aku buka. Baru sahaja kaki ingin melangkah keluar. Aku ternampak kelibat Jungwoo, Lucas, Mark, Haechan, Jeno, Jaemin dan Renjun. Lega sikit hati aku. Tapi kenapa muka masing-masing monyok je tu? Mereka semua terkedek-kedek menghampiri aku.

NCT Baby?! + NCT OT21Where stories live. Discover now