♡ Part 7 ♡

257 32 25
                                    

Aku memandang ke arah 3 budak kecil yang baru sampai itu. Ei, comelnyaaaa! Macam mana agaknya penerimaan budak-budak tu semua. Harap diorang okay je lah.

"Awak Xiaojun, Hendery Dan YangYang kan?" Kata aku sambil menunjuk ke arah mereka. Terangguk-angguk mereka mengiyakan kata-kata ku. Mereka kelihatan agak takut-takut mungkin masih trauma dengan kejadian yang menimpa mereka.

Sedih aku melihat keadaan mereka yang lebam-lebam dan luka- luka itu. Hati kecilku tersentuh. Mata mula berair. Tapi aku tahan.

Aku duduk melutut untuk menyamakan ketinggian aku dengan mereka. Senyuman semanis mungkin dihadiahkan untuk mereka sambil tanganku naik mengusap rambut mereka bertiga perlahan.

"Jangan takut dengan noona, noona janji noona akan jaga xiaojun, hendery dan yangyang baik-baik. Dekat sini noona tak ada pilih kasih. Tak ada yang noona sayang lebih atau kurang. Semua sama rata. Dekat sini ramai kawan tau, semua baik-baik jadi kamu bertiga jangan risau"

Mata aku mengerling ke arah Kim Taehyung. Taehyung sedang sibuk bermain dengan budak-budak yang lain. Memang terkejut juga aku bila bukan auntie Hana yang muncul tapi Taehyung. Auntie hana tak ada pula cakap apa-apa.

Aku tersenyum melihat karenah budak-budak tu semua. Suka sangat dengan Taehyung hyung diorang tu. Aku memerhati seraut wajah Taehyung yang tidak lekang dengan gelak ketawanya. Kenapa awak kacak sangat Taehyung?

Kata Taehyung, auntie Hana tak dapat datang kerana ada mesyuarat mengejut jadi dia diarahkan untuk menghantar 3 budak kecil itu kepada aku.

"Noona suka Hyung tu ke?" Soal Salah seorang budak yang dikenali sebagai Xiaojun.

Aku terkedu.

"Eh, mana ada!" Gugup aku menafikannya. Memang aku ada perasaan pada Taehyung. Sebab lelaki itu lah, aku ada di mana aku duduk sekarang. Kos pembinaan Areum Goawon semuanya Taehyung tanggung. Aku janji aku akan bayar balik semua duit yang telah dia keluarkan dulu untuk aku.

Taehyung juga sama macam aku, sukakan budak-budak. Aku kembali memandang mereka bertiga.

"Jom noona bawa masuk bilik dulu. Mandi" Terkedek-kedek langkah mereka mengikuti aku ke tingkat atas.

Pintu bilik ku tolak. Nasib baik dah bersih. Terima kasih lah budak-budak tu dah tolong.

"Pergi mandi dulu. Nanti baju-baju tu biar noona yang kemas. Kalau dah siap nanti turun je bawak okay?" Mereka hanya menganggukkan kepala sebelum masuk ke dalam bilik.

Aku melepaskan keluhan. Lega.

ㅇㅇㅇ

"Noonaaa, tengok niii, banyakkkk mainan baruuuu, Taehyung Hyung yang belikan!" Jaehyun menayangkan permainan Lego yang berada di tangannya. Aku sekadar tersenyum.

"Jangan buat sepah, nanti Areum Noona naik hantu tau! Tak takut ke?" Kata Taehyung bernada mengusik. Dia pandang wajah aku sekilas. Mata aku Dan dia bertemu. Terus cepat-cepat aku alihkan pandangan.

Aku pula yang jadi malu-malu. Aku Dan Taehyung jarang bertemu kerana dia sibuk dengan urusan kerja Dan jarang-jarang dapat melawat ke sini.

Aku pula, bila dia ada depan mata, terus kelu lidah aku nak bercakap.

"Mestilah takut, noona garang!" Jawab Yuta

"Ish kau ni, mana ada garang lah, noona garang kalau rumah bersepah je" bidas Taeyong pula.

"Haah, noona baik sangat-sangat, lembut jee, wingkoo suka noonaa. Nak kahwin dengan noonaaaa" kata winwin tiba-tiba mengundang sengih daripada aku. Ada-ada je lah dia ni.

NCT Baby?! + NCT OT21Where stories live. Discover now