*Myra's POV*
"Hello, Diamond High School! Myra is back!!" Hello korang, aq Myra. Nama penuh aq Amyra Nurin. Dan org panggil aq Myra. Bukan nurin okay? Aq ni tak la baik sangat. Atau mungkin tak baik langsung. Tahun ni aq senior kat Diamond High School atau DHS ni.
"Wei, Myra, long time no see!" Ni kawan aq Yuna. Nama penuh Yunalis Qaseh. Nama panggilan kitaorang memang ah glamor. serupa artis kan? "Hye Yuna, weh jap, mana Luna? Korang kan macam belangkas? mana dia?" balas aq, pelik coz x nampak kembar die.
"Aq kat sini lah wei, aq tahu lah aq ni rendah sikit. takkan sampai tak nampak kot!" Okay, ni pulak kembar si Yuna, Luna Qaseh. Kira macam Yuna ni kakak la. Tapi x nampak mcm kakak ngan adik pun, nampak mcm kawan baik je even muka diorang sama. Luna ni pendek 1 cm berbanding Yuna.
Sedang kitorang jalan ke kelas, ada orang jerit serupa beruk panggil nama aq. Aq pon pusing belakang. "Wei Luna,Yuna and Myra! Asal korang tak tunggu aq?" "Asal lak nak tunggu kau? Bukannya form 1 nak kena tunjuk kelas bagai" balas aq. Last but not least, Farhanie Syaza. Kawan aq jugak. Kitorang panggil dia Hanie. Dia ni aq punya bff antara bff yang paling rapat.
Nak ada chance rapat ngan Yuna atau Luna tu memang tak lah. Kembar belangkas. Sambil kitorang jalan masuk kelas tu kitorang sembang-sembang pasal RWBY. Yelah, aq minat Ruby, Yuna minat Blake, Luna minat Yang and Hanie minat Weiss. Akhirnya, kitorang pun sampai kelas kitorang. Aq letak beg, ambil buku catatan and pencil box pastu aq terus berjalan keluar.
"Weyh, Myra! Kau nak pergi mana keldai, asal x relaks lu dalam class?" Tanya Luna dan Yuna serentak. Kembarlah katakan. "Ish, budak dua ekor ni!! Buat-buat x tahu pulakkk... Kitakan Pearls,kenalah bertugas kawan!" balas aku. Pearls tu gelaran bagi pengawas sekolah kat DHS. Kalau Pengawas PSS Emerald and Ruby for Pengawas ICT.
"Goshhh!!! Aq lupa! Jom ah wei bertugas, Hanie, Luna. Nanti kita kena marah dengan Miss Fatin pulak. Jom!" kata Yuna cemas. Tahu takut! "Maaf but aq ni Emerald, bukan Pearl... So korang pergilah" balas Hanie. "Okay, see u at tapak perhimpunan. Bye!" Kitorang kalut kalut ambil buku catatan dan keluar kelas.
Dalam perjalanan aq nak gi tapak perhimpunan tu, ada la sekor minah kerek tegur aq. "Hello, Myra. Ouh, u masih setia dengan group sampah u ni? Yeah, u kan x nak masuk group kitorang, so, terpaksalah, kan?" kata si Najah. "Waalaikumussalam, siapa sampah? Saya cuma nampak tong sampah jer kat sini. Ouh ya! Ada sampah jugak, dekat depan ni ha. Kenapa? Nak tolong kutip ke?" balasku. Sampah tu aq maksudkan dia, but, maybe dia faham benda lain?
"Hei! I ada class okay?, It's not my job to pick up a rubbish. It's yours!" marah Najah. Dia yang start dulu, last2 dia yang sakit hati. Hahaha, lain kali cari pasal lagi dengan aq. "Eh? setahu saya, saya class 5 Galaxy, awak 5 Kejora. Bukan kelas saya kelas nombor satu ke? Kelas awak yang second?" balasku lagi. Ambik! Tepat kena pada batang hidung dia yang perasan mancung tu.
"Urgghhh!! Malas la nak cakap dengan orang yang tak faham bahasa ni. Let's go, girls!" Yes!! Dia dah ajak kekawan sehati sejiwa dia belah. Aman sikit dunia! "Eh jap, korang group 3 kan? harini korang bertugas mana?" tanya aq lepas beruk2 maknyer perasan cantik tu hilang. "Well, aq and Luna bertugas blok and bilik bilik khas. Kau?" tanya Yuna.
"Aq bertugas perhimpunan.. Takpe lah, korang pergi bertugas. See you later!" kataku sambil melambai. Diorang pun pergi naik atas. Meronda blok la. Buat apa lagi? Tiba2, ada mamat gelong tegur aq. "Hi Myra! Nak bertugas ke?" tanya Najwan. Urghh.. asal nasib aq malang sangat harini? Asyik kena tegur dengan orang gila je.
"Ha'ah, tak nampak ke? BUTA KE??" Balas aq. Dah tahap bengang dah ni. Najwan ni budak psycho dan dia SUKA sangat kacau aq. Rasa macam hidup aq ni ditemani oleh seorang bodyguard yang lembik dan mereng. Jap, maybe not bodyguard, tpi saka."Alah, jangan la marah, saya tanya je.. Saya nak teman awak boleh?" pujuk Najwan sambil buat muka gedik. "Eh! Tak payah rajin sangat okey? Saya boleh bertugas sendiri. Sekarang, pergi duduk tempat awak sebelum saya tulis nama!" balasku separa menjerit.
"Okey, demi Myraku yang tersayang.. Bye Myra! Jumpa lagi!" balas dia sambil lambai. Aq tak balas pun lambaian dia. Nanti makin menjadi-jadi perangai.
YUNA'S POV
Aq tengah bertugas dengan si Luna, dan, dari atas aq ternampak si kerek Najwan kacau Myra. Aq biarkan je. Sebab aq tahu Myra ni garang tahap babun. Dia dahlah headprefect. Even budak lelaki pun tak boleh lawan dia. Pemegang tali pinggang hitam grade 3th kot dia tu.
"Yuna, kau tak rasa pelik ke?" tanya kembar aq, Luna. "Pelik kenapa pulak? " balas ku sambil menikmati pemandangan sekolah{Kononnya..}. "Aq x nampak pulak The Fighter harini" The Fighter tu ialah kumpulan budak lelaki kacak{x pun} bernama Ammar, Iman, Adhan dan Akmal. Diorang ni femes kat sekolah ni, tapi alih2 kacau aq,Honey, Luna dengan Myra jugak.
"Diorang pergi lawan sukan kot.." Aq buat tak kisah aje.. Diorang tu memang aktif sukan. Jadi x payah risau kalau x nampak kelibat diorang. Sah2 masuk apa2 acara. "Lawan sukan apa, baru first day kot.." balas Luna. Risau. Jap, risau?
"Asal kau nampak risau? Kau crush dekat Adhan kan? Mengaku jelah" usik aq. Yelah, aq agak dah. Kami ni kan kembar sehidup semati. Dah macam ada kuasa telepati. "Mana ada.." Haa.. kan dah blushing si Luna ni. Aq rasa kesian sebab aq suka sangat ejek dia then aq pun stoplah. Hahah,itupun lepas 5 minit aq ejek dia x henti2.
"Aq rasa diorang sakit lah... Kesiannya.." kata Luna tiba-tiba. "Hahaha! Tak kan la sakit pun sama2 kot!" balas aq sambil gelak dengan kuatnya. Apa yang aq tahu, The Fighter tu macam belangkas. X boleh dipisahkan. Okey, mungkin boleh waktu balik sekolah. Tapi kalau kat sekolah, memang taklah. Kebetulan pulak semua ahli The Fighter adalah Pearls. Jadi, bertugas sesama, makan sesama, buat homework sesama, maybe pergi tandas pun sesama.
"Baiklah, dengan itu, tamatlah perhimpunan kita pada pagi ini. Semua murid diminta balik ke kelas masing2 dalam keadaan senyap." Aq terdengar suara pengawas bertugas perhimpunan mengumumkan tamatnya perhimpunan. Maka, aq pun ajak si Luna balik kelas untuk belajar.
MYRA'S POV
Haih.. peningnya kepala aq!! Nampaknya penyakit migrain aq menyerang. Dahlah sekarang ni waktu PdP. Last2 aq mintak kat Miss Ros nak pergi tandas. Terpaksa tipu sunat. Nak elakkan aq pengsan tengah jalan sorang2, aq ajak Hanie teman aq.
To be continued....
Author mintak maafla kalau ada apa2 salah. Author buat chapter ni sampai 1k 92 words sebab excited sangat. Teruskan membaca ya!