- 07 ♡

1.1K 193 9
                                    

「Jihyun's POV 」

“nak pergi mana tu ?” soal seorang gadis memberhentikan aku. Sebenarnya aku baru saja nampak kelibat Han yang berjalan.

Pada asalnya aku mahu mengejarnya tapi apabila dua perempuan dihadapan aku ini menghalang. Terus aku memutuskan saja niat yang sia-sia.

“ Saya Sana dan ini Jisoo,” katanya tersenyum kejam. Aku juga membalas senyuman tersebut walaupun aku tahu senyuman itu tak seikhlas.

“ Kau fikir kau boleh lari macam tu je ?” soal Sana mencekak pinggang . Aku tersenyum sinis, apa ? Fikir aku takut.

Aku berdehem. “ Jisoo, Sana. Maaf tapi saya tak ada masa,” kata aku terus berlari dari mereka tapi tidak terus ke Nayeon dan Lisa malah berlari ke tangga untuk aras atap.

Muka bengang Sana dan Jisoo terlihat jelas . Secara tiba-tiba Jisoo menjerit mendapatkan perhatian orang ramai.

Bukan saja pada dia. Tapi pada aku juga !

Sesampai saja di atas, aku mengambil udara yang banyak. Semputla melarikan diri dari hanat-hanat yang mencari attention.

“Jihyun,” aku menoleh ke belakang dengan segera . Terlihat Han tersenyum dengan gummy smile yang aku adore.

“hm— oh awak sekolah sini jugak ye ?” aku tanya dalam keadaan semput campur cemas.

Dia balas dengan geleng selepas itu di menunjuk satu taman yang cantik dan lawa. Semuanya perfect apabila lihat dari permandangan dari atas bangunan sekolah ini.

“ Jadi kenapa dengan taman tu ?” tanya aku ingin tahu.

Dia tersenyum lalu menjawab, “kalau nak jumpa saya, jumpa dekat sana. saya akan selalu ada dekat sana,”

“macam mana—

“LEE JIHYUN!” Jerit seorang perempuan dari belakang. Oh Nayeon, Yuna dan mungkin Lisa ?

“kenapa kau dekat sini seorang diri ? BYuna kata kau lari dari Sana dan Jisoo ? Kau tahu tak berisiko besar kalau cari hal dengan diaorang . Risau aku,” kata Nayeon ambil berat tentang aku.

Walaupun dua hari berjumpa, rasa kenal dengan seakan-akan sudah rapat bertahun-tahun lamanya !

“ A'ah. Bukan Jihyun yang nak cari hal. Dia orang yang mulakan. Lepastu aku lari je la mana boleh. Nasib baiklah aku jumpa—” aku menoleh kebelakang, terlupa pula kewujudan Han.

Eh ? Aku terdiam. Tadi dia disitu . Macam mana dia serta-merta hilang. Mungkin dia pergi tanda aku sedari.

“ Tak apa la. Jom makan. Mesti perut cacing dalam perut Yuna sudah tak larat nak menyanyi meminta makanan kan ?” kataku membuatkan Yuna tergelak.

“tahu pun,” jawab Yuna sambil kami bertiga menuruni tangga untuk pulang ke kantin sebelum habisnya waktu rehat.

Edit: 23.6.2020

Dream - Han Jisung.Where stories live. Discover now