- 09 ♡

961 180 15
                                    

「Jisung's POV 」

Selepas beberapa tahun, dia datang balik. Tapi aku pasti 100% yang dia takkan ingat aku lagi. Perluang amat kecil.

Lee Jihyun, aku rindukan kau taoi aku tahu kau takkan sedar kewujudan aku.

Tangannya aku capai, aku membawanya kebahagian bawah taman dimana ada suatu kejadian berlaku, malangnya dia takkan sedar dan ingat semula .

Kami bergerak pantas dibawah satu pokok yang agak besar dan mampu menglindungi kami dari cahaya matahari.

“Jihyun nak dengar satu cerita ?” soal aku membuatkan dia memandang ceria. Laju dia mengangguk tanda setuju.

“Dulu, ada seorang lelaki dan perempuan yang rapat sangat. Setiap hari dan malam mereka berdua bertemu. 24/7 mesti bersama. Pokok tu. Lelaki tu cuba buat suprise untuk perempuan tu. Kalau perempuan tu sentuh pokok tu, lelaki tu akan sentiasa berada disisinya tidak kira waktu dan situasi tapi... ” kata aku tidak habis . Aku tak mahu dia tahu tentang semua benda.

“ tapi ?”

“satu hari, Jihyun tahulah. Nampak tak pokok sebelah pokok yang Han bagitahu tu ?” soal aku. Dia mengangguk seakan-akan kanak-kanak berusia 5 tahun. Comel.

Dia mencebik . Mungkin tidak puas hati dengan cerita aku yang tergantung (sepi) .

“Han, awak sekolah mana ? Kenapa—”

“Nanti awak tahulah,” jawab aku sebelum dia menghabiskan ayatnya. KBAT, penat perah otak untuk fikir.

Sekali lagi dia mencebik, kali ini siap menyilangkan tangannya. Marah betul. “Asyik-asyik, awak akan tahu. Awak akan tahu. Huh, kita baru je kenal. Dahlah, Jihyun nak pergi jumpa Jieun dengan Minhyuk. Mesti dia cari Jihyun,” katanya dengan nada marah manja .

Aku tersenyum, mengalu-alukannya pergi. Bukan apa, tapi aku tak mmpu menahan sakit dengan ayatnya yang menusuk jiwa. ‘baru je kenal,’ .

Aku rindu bibir kau bila merajuk, wajah garang kau bila sedang marah, suara kau, perbuatan kau. Aku rindu semuanya.

Lee Jihyun, pokok tu. Kau sentuh. Jadi, aku akan selalu berada disisi kau tidak kira masa. Kecuali dalam toilet XD

Edit: 27.6.2020

Dream - Han Jisung.Where stories live. Discover now