「Jihyun's POV 」
“ Jihyun dah balik,” langkah kanan aku mulakan untuk masuk ke dalam rumah dan terus ke dapur tanpa berfikir panjang.
Aku stress, bila stress kita kena makan, lepas makan , kita jadi gemuk. Bila gemuk kita stress, lepas stress kita makan lagi !
“Macam mana sekolah ? Nah or Yes ?” soal Jieun yang sedang makan makanan kegemeran aku yang mak masak.
Seperti biasa, dia akan masak kemudian keluar bekerja. malas dah aku nak complain , memang kerja lebih penting dari anak sendiri.
“okay je,” jawab aku singkat.
“minhyuk, lepas makan kita orang nak jalan-jalan satu kawasan eh ? Aku nak ambil udara segar,” tanya Jieun.
Minhyuk tergelak kecil. “Tak boleh, udara jadi tak segar bila kau sembur nafas kau balik . Tercemar,” perli Minhyuk membuat aku terbahak.
“berkuman !” tambah aku . Jieun mencebik. Dia memukul aku lalu sambunh menyuap lagi banyak makanan.
Selepas makan, aku dan jieun mengemas meja. Pembantu rumah kami mengambil cuti di Indonesia selama 3 bulan lebih. Lepas makan, aku dengan jieun yamg kemas . Minhyuk ? Huh ! Dia tinggal je . Katanya semua benda tu kerja perempuan.
• D R E A M •
Jam menunjukkan pukul 5 setengah dan kami sudah bersiap sedia bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain.
Rumah hujung menjadi destinasi pertama. Barulah senang nak susunkan ? :D
Tok ! Tok !
Minhyuk mengetuk pintu sebanyak tiga kali manakala kau di belakang bersama jieun menunggu tuan rumah membuka pintu.
“ oh jiran baru tu ke ? saya Nayeon,” dia kenalkan diri membuatkan aku sedikit kehadapan untuk melihat wajahnya . Adakah itu Nayeon rakan sekolah aku ?
“eh Jihyun ?!” riak wajahnya serta nadanya yang terkejut membuatkan Minhyuk dan Jieun berkerut .
Pantas aku bergerak bersebelahan Minhyuk, tersengih memandang Nayeon. “ini Minhyuk, abang saya. Ini Jieun, kakak saya,” aku kenalkan dia kepada kedua adik-beradik aku.
Selang beberapa jam selepas dia menjemput kami masuk untuk makan dan berbual untuk kenal dengan lebih rapat , kami meminya izin untuk ke rumah lain.
Banyak juga kenalan yang aku dapat, aku juga dapat lihat rumah masing-masing yang tersusun lawa dan bersih lagi-lagi rumah Shin Yuna !
“ni last ok ? lepasni aku nak balik,” kata minhyuk mengeluh akibat jalan terlalu lama.
“sabarlah. baru jalan sikit, itu pun dah mengeluh,” Jieun menjeling . Dia melajukan sedikit pergerakkannya supaya dingetuai perjalanan ke rumah yang terakhir.
Rumah selepas ini adalah rumah yang paling hujung seperti rumah Nayeon tapi ini mengakhirannya. Belakang rumah tersebut diselebungi(?) oleh hutan.Pada asalnya, Jieun berdegil tidak mahu masuk tapi disebabkan dia sudah memaksa minhyuk sudah berjalan sejauh ini. Jadi dia perlulah kuat diri untuk melawat rumah tersebut.
“Kau— kau tak tekan loceng lagi ! Aku dengan Jieun dah !” kata Minhyuk mengarahkan aku untuk menekan loceng. Walhal, dia takut .
Ting ! Tong !
Pagar pintu rumah itu dibuka secara automatik sehinggakan aku hampir terperanjat dengan pergerakkannya yang secara tiba-tiba.
aku menutup mulut aku melihat seorang perempuan yang aku kenali tapi amat berbeza. “Lisa !” jerit aku.
Mukanya masam, hilang segala keceriaan dia ketika disekolah. “Lisa , ini Jieun dan ini Minhyuk. Mereka berdua adik-beradik saya,”
Dia hanya tersenyum . “Lisa ni adik tiri Chankan ? Hm.. Lawa. Ada boyfriend tak ?” soal Minhyuk selamba.
Jieun terus menghentak kakinya ke atas kaki Minhyuk membuatkan dia kesakitan. Aku hanya menggeleng, mengarahkan Lisa untuk membiarkan kelakuan Minhyuk yang menjadi-jadi.
• D R E A M •
“ weh weh ada taman basikal ! jom main , jomla . Please,” Minhyuk mencebik mengajak kami semua bermain dengan dia walaupun hakikatnya dia sudah penat.
Jieun , perempuan berusia 23 tahun tetapi akal seperti 3 tahun itu juga bersetuju .
Taman tersebut boleh tahan lawa, aman, kalau nak tenangkan fikiran, semuanya boleh dekat sini. Rasa macam dekat dengan sesuatu.
“kitaorang main dulu eh ? Kau tak nak mainkan ?” soal Jieun . Aku hanya menggeleng tanda respon.
Taman ini sama seperti pantai yang aku pergi semalam. Terdapat dua bahagian, bawah dan atas .
“ ingat tak nak datang tadi,” suara lelaki itu meremangkan bulu roma aku. Bukan apa, tapi lelaki zaman sekarang kebanyakkannya tidak boleh dipercayai.
Aku perlahan-lahan melihat wajahnya. Hampir terhenti dada aku, “ Han ?!”
Edit: 26.6.2020
YOU ARE READING
Dream - Han Jisung.
Fanfiction『 Stray Kids's First Fanfiction 』 + you really exist, aren't you ? ଽ click 'read' to know what happen to Han Jisung ! <3 「 COMPLETED 」 ₊❏❜ start - 05032019 ˎˊ˗ ₊❏❜ end - 28032019 ˎˊ˗ ₊❏❜ cover - by me ( fiey. ) ˎˊ˗ savagesquirrel ™ | 2019 ©