- 12 ♡

944 157 2
                                    

「Jihyun's POV」

Wajah Eunbi seolah-olah tidak mampu berkata-kata. Hanya senyumannya sehingga ke telinga terus memeluk aku. Selepas itu, dia duduk di sebelah aku.

Kemudian riak wajahnya berubah muram, hilang segala happy moodnya sebentar tadi sehingga Minhyuk dan Jieun juga pelik melihatnya.

“Eunbi, kau okay ke tak ni ? Ada apa-apa masalah ?” tanya aku risau memandang wajahnya yang semakin sendu.

“J-jihyun, aku minta maaf sebab sebelum ni aku tak mengaku yang aku perlukan kau tapi sekarang ya.. Aku perlukan kau! Aku rasa nanti kita akan lebih berjauhan. M-maafkan aku apa yang aku dah buat sebelum ni. Aku— aku mungkin rindukan kau,” Air matanya yang bertaburan itu aku kesat perlahan-lahan. Sayu matanya walaupun dia mampu tersenyum pahit.

Dia buat seperti aku takkan wujud lagi dalam dunia ni lepasni.

• D R E A M •

Rasa lega bila sudah berjumpa dengan Eunbi. Walaupun tak mampu meluangkan masa yang cukup, tapi semua perasaan rindu itu sedikit hilang.

“Minhyuk baliklah dulu. Jihyun nak pergi taman tu dulu,” kata aku menunjuk taman basikal yang kami pergi bersama-sama.

Dia hanya mengangguk dan aku terus meninggalkan mereka. Destinasi aku yang pertama adalah taman yang ada dibawah. Dimana tempatnya Han ajak aku berjumpa.

“BARGH !”

“Eh mak kau tupai gigi kuning ! Haih Han !” melatah aku selepas wajah Han yang dari mana datang mengejutkan aku.

“Hm, perlilah tu gigi macam tupai,” dia mencebik lalu mencekak pinggangnya. Comel gila, bagi kaki kang baru tahu.

Kami hanya meluangkan masa dengan bermain dan berbual bersama-sama sehinggalah waktu senja datang.

Walaupun aku masih keliru dengan dia, tapi sumpah aku rasa seronok dan selesa berasa di sisinya. Macam aku tahu dia sebelum ni.

“Bye Han. Nanti bila-bila kita jumpa lagi tau !” Aku melambai-lambainya sambil menaiki tangga untuk pulang ke rumah. Pastinya Jieun akan jadi singa kalau aku pulang lambat.

D R E A M •

Pulang saja dari rumah, dua beg tarik berisi baju terletak dihadapan pintu. “Oh, mak beluk pergi lagi kamu dah merayau sana sini? Nak repeat perangai dulu la tu,” bebelnya dengan muka singa yang mengerikan. Aku mengeluh, lari mood aku tapi kita hidup kena respect our mom.

“Tak larilah. Dia minta izin nak pergi main dekat taman basikal tu,” Minhyuk mencelah membuatkan aku agak lega mendengarnya.

“Jihyun, mak dan ayah bagi kebebasan dekat kamu. Dua minggu ni kami akan berada di China. Suka hati kamulah nak keluar ke manapun tapi make sure jangan lakukan benda yang tak elok !

Aku mengangguk pantas. Senyuman mula keluar sehingga lebarnya ke telinga. perkataan kebebasan itu adalah impian aku sejak kecil. Akhirnya aku empunya kebebasan tanpa pengawalan sesiapa !

“Sudah. Kami berdua gerak dulu. Jaga diri kamu bertiga masing-masing. Bye !” Kami bertiga memeluknya buat kali terakhir dan melihat mereka menaiki kereta Lamborgini.

D R E A M •

Rasa seperti hari ini semua yang berlaku seakan mimpi. Aku mungkin akan tidur dengan tenang sehingga tersenyum.

KTAK !

Aku mengeluh melihat tingkap yang tidak tercalar. Lantas aku bangun, terkejut dengan apa yang aku bau.

Bau asap seperti bau hangus dari tingkap rumah. Baju itu aku menjadikan lapis ubtuk menutup hidung dan baunya semakin kuat membuatkan aku tidak selesa. Bunyi pelik juga didengari.

Tolong, aku cuma nak rasa kebahagian dan kebebasan tapi kau— aku dah penat.

Dream - Han Jisung.Where stories live. Discover now