TNKP | 17

2.5K 166 54
                                    

Flashback

  Delisya menggunakan kelebihannya sebagai ahli sihir untuk menjejak dua orang demon itu iaitu Kai dan Ryssa. Sihir penjejak yang masih belum cukup dimahiri digunakannya. Malangnya dia langsung tidak dapat menemui kedudukan dua orang 'kanak-kanak' terlebih riang itu!

  "Hisy, manalah mereka ni! Ada juga yang aku tendang nanti!" bebel Delisya dengan geram. Okaylah, dia akui yang dia agak merindui Kai dan Ryssa. Hiks...

  "Hei!" sapa seseorang.

  Delisya yang terkejut pantas membaling bebola bayangnya.

  "Hisy kau ni. Ni akulah, Rez! Aku nak tanya, kau dah tahu ke cara nak sembuhkan mereka?" soal Rez.

  "Eh?" Delisya terpinga-pinga.

  "Mesti kau jejak mereka kan?! Dan mesti kau guna magis penjejakkan?! Hei, lebih baik kita cari cara untuk pulihkan mereka. Elok-elok separuh syaitan terus jadi syaitan!" rungut Rez.

  Apa merungut hah? Salah korang juga pergi cabar tahap kesabaran mereka!

  Delisya menepuk dahi. Haahkan? Dia berjalan ke arah rak-rak bukunya. Terdapat pelbagai jenis buku sama ada buku sihir, buku perubatan, buku sejarah purba dan sebagainya. Juga ada buku tentang dunia lain seperti Dunia Qyran, Dunia Elemental, Dunia Angel, Dunia Devil iaitu Dunia Syaitan dan lain-lain.

  "Jom cari!" jerit Delisya, bersemangat.

  ••••

  Lima minit kemudian...

  Delisya dan Rez tekun mencari...

••••

  Lima belas minit berlalu...

  Mereka masih bersemangat walaupun banyak lagi kawasan, rak dan buku yang masih belum diteroka. Hailah Delisya, nampak sangat kau tak pernah belek buku-buku tu!

••••

  Lima puluh minit kemudian...

  Rez menguap. Matanya digosok perlahan. Dia meletakkan buku ditangannya ke bawah. Tubuhnya disandarkan ke sebuah rak buku. Tangan membelek semula buku tadi.

••••

  Lima jam sudah berlalu sejak saat pertama pencarian buku itu...

Klak...

  Bilik peribadi Delisya dibuka luas. Ray dan Ryn mencari-cari kelibat Delisya dan Rez. Dengar kata daripada seorang pengawal, mereka berdua berada dalam bilik peribadi milik Delisya.

  'Eh?" Ryn terkejut melihat buku-buku yang berteraburan di atas lantai. Pelik.... "EHHH?!" Lebih menghairankan Ryn adalah apabila dia menemui Rez yang tersandar pada rak buku dengan keadaan buku bersepah di sekelilingnya dan terdapat sebuah buku dalam mulutnya! Kau baca buku ke makan buku, Rez?!

  Pap!

  Ray dan Ryn masing-masing menepuk dahi. Kenapalah Delisya tidak menggunakan sahaja sihirnya?

  Ray berdehem seketika sebelum... "Wahai makhluk purba Dunia Fantasi, ku serumu muncul di hadapanku! Tunduklah kamu kepadaku sebagai tuanmu yang telah menyerumu!" Ray berkata dengan nada gurauan. Itu merupakan mantera menyeru mahkluk purba. Tetapi mereka beruntung kerana Ray tidak menyebut nama makhluk tersebut dan tidak membentuk sebuah pentagram. Uhuks...

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now